Special Part MLDC

2.8K 98 4
                                    

Nasuha menolak pintu bilik Sofea. Dilihatnya Sofea masih lagi mamai. Gadis berusia 14 tahun itu sudah pun bangun namun masih lagi berteleku di atas katil.

" Kak long, cepat bangun. Mummy nak kejutkan Bang Ngah lagi ni."

" Yes mummy."

" Cepat, masa dah tak banyak dah ni. Daddy dah tunggu dekat bawah. Lambat daddy bising nanti." Sekali lagi Nasuha mengingatkan anak daranya ini.

" Yea, Kak long bangunlah ni. Kejap Kak long turun mummy."

Setelah mengejutkan semua anak-anaknya untuk bersahur, Nasuha bergegas pula mendapatkan anak kecilnya. Takut bayi berusia tujuh bulan itu menangis.

" Mana mummy?" tanya Amsyar. Dilihatnya isterinya tidak turun sekali dengan anak-anak mereka.

" Mummy tengok adik. Mummy suruh makan dulu," jawab Amriz. 

" Makanlah dulu. Daddy tunggu mummy sekali. Amjad cuba makan elok-elok sikit. Ni sampai bersepah nasi keluar dari pinggan." Amsyar menggelengkan kepalanya melihat anak kembarnya ini.

Amjad hanya tersengih. Kembarnya Alisa masih memejam mata. Ternyata sangat mengantuk.

" Alisa, jangan nak tidur. Cepat makan. Kalau tak nanti lapar sepanjang hari." Amsyar mencuit bahu anak perempuannya itu.

" Mengantuk daddy. Alisa tak lalu nak makan nasi."

" Habis tu nak makan apa?"

" Nak susu."

Amsyar menggelengkan kepalanya. Kak long pergi buatkan susu untuk Alisa."

Tanpa banyak soal, Sofea terus bangun. Matanya menjeling tajam adik perempuannya. Alisa hanya tersengih.

" Cuba jangan bergaduh pagi-pagi ni. Depan rezeki pula tu." Geram pula Amsyar dengan karenah anak-anaknya yang macam-macam ini. Beberapa minit kemudian, Nasuha turun. 

" Sayang, jom makan." Amsyar mempelawa isterinya.

" Kenapa abang tak makan dulu?"

" Abang tunggu sayang. Mana pernah abang makan tanpa sayang. Andrian dah bangun ke?" tanya Amsyar.

Nasuha tersenyum mendengar kata-kata suaminya. Sudah hampir 10 tahun mereka berkahwin, namun Amsyar tidak akan pernah sekali makan tanpa ada dia. Dalam tempoh 10 tahun ini, mereka sudah dikurniakan anak seramai lima orang. Siapa sangka umurnya meningkat masuk 40 tahun, namun masih lagi diberi rezeki anak.

" Dah. Sayang dah susukan dia tadi. Marilah makan abang. Ada lagi setenghah jam nak masuk Imsak."

" Yalah." 

Sudah dua minggu mereka berpuasa. Berpuasa di dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini memang terasa lain. Anak-anak pula terpaksa belajar secara atas talian sahaja. Kalau tidak sabar, mahu sudah Nasuha bertukar menjadi pelbagai watak. 

Suasana sunyi di banglo milik Amsyar dan Nasuha dikejutkan dengan jeritan Sofea.  Bergegas Amsyar dan Nasuha menuju ke bilik anak dara mereka. 

" Kenapa ni?" tanya Amsyar. Panik. Dilihatnya Sofea sudah menangis-nangis. Nasuha membelek tubuh anak gadis ini.  Matanya terpandang sedikit tompokan di belakang dress yang dipakai oleh Sofea. Nasuha hanya tersenyum.

" Tak ada apa abang. Hal kecil aje. Sayang boleh settlekan. Abang keluar dulu."

Amsyar memandang isterinya dengan pelik. Nasuha hanya tersenyum sahaja. Sofea pula masih menangis. Masih terkejut apabila dia bangun dari kerusi tadi, ternampak tompokan darah di kainnya. Di dalam kepalanya sudah terfikir macam-macam.

My Lover Daddy CoolWhere stories live. Discover now