Bab 26

3.4K 132 2
                                    

Semakin dekat dengan hari pernikahan. Semakin Amsyar sibuk. Kesibukannya itu kadangkala membuatkan Nasuha hilang sabar. Namun disabarkan juga hatinya. Sofea pandai mengambil hatinya. Datin Aishah juga tidak habis-habis membebel melihat Amsyar yang ternyata sangat sibuk.

" Mama geram betul dengan angah ni. Dah nak dekat dengan hari nikah dah ni, dia bukan main sibuk lagi. Mujur baju apa semua dah fitting awal-awal. Kalau tidak, mama rasa nak ikat kaki dia kat rumah."

Amrina dan Nasuha ketawa mendengar kata-kata Datin Aishah. Hujung minggu ini, Datin Aishah mengajak Nasuha datang ke rumahnya. Mahu menyelesaikan barang hantaran. Sudah dipilih-pilih barang yang akan dibawa pulang oleh Nasuha minggu depan.

" Papa pun tak sibuk." Balas Amrina. Dato Iqbal yang sedang duduk menonton televisyen bersama-sama Sofea hanya tersengih.

" Ni semua salah papa kamu. Kalau dia tolong angah kamu nak dekat-dekat kenduri ni kat pejabat, tak adalah angah kamu tu sibuk mengalahkan perdana menteri."

" Saya juga yang awak salahkan. Salahkan anak awak, siapa suruh dia terima projek dari pelabur tu nak dekat-dekat kenduri ni," balas Dato Iqbal.

" Eh abang ni. Dari abang duduk macam raja atas sofa tu, baik abang tolong saya dengan anak menantu siapkan hantaran ni." Datin Aishah sudah bercekak pinggang. Amrina ketawa terbahak-bahak melihat aksi kedua ibubapanya. Nasuha sudah tersenyum simpul. Suka dia melihat kebahagiaan keluarga bakal mertuanya. Dia sangat beruntung kerana Dato Iqbal dan Datin Aishah tidak memandang serong pada statusnya. Mereka melayannya dengan baik bagaikan anak sendiri.

" Bukan bidang saya tu." Datin Aishah sudah menjulingkan matanya ke atas.

" Geram betul. Anak dengan bapa sama saja perangai."

" Fea, jom kita bagi ikan Tok Pa makan. Rasa macam tak bagi makan lagi tu. Kasihan ikan Tok Pa, mesti lapar."

Sofea sudah terlompat-lompat bangun. Mengekori datuknya keluar ke belakang rumah.

" Ha tu tak ada kerja lain. Mengelak saja. Siap awak nanti abang. Malam karang, kopi ke mana, awak ke mana," ugut Datin Aishah.

" Sabar mama. Tak apa Suha dengan Ina ada. Kami tolong. Kak Ju pun cakap nak datang petang nanti. Tak banyak dah pun yang nak kena buat dah ni," Nasuha memujuk bakal ibu mertuanya. Sejuk hati Datin Aishah mendengar nada lembut itu.

" Pandai Kak Suha ambil hati mama. kalau tidak, habislah papa tu," celah Amrina sambil tersengih-sengih.

" Mama bukan apa. Mama risaukan angah tu. Dia tu kalau tak dilarang, makin menjadi-jadi sibuknya. Esok mama nak cakap dengan P.A dia Shila tu. Minta kurangkan jadual angah. Ni mama tengok dah macam makin melampau sangat kesibukannya. Macam semalam, dah balik kerja, ingatkan nak berehat apa ke, tapi lepas maghrib, dia keluar lagi. Mama tak faham."

" Mama cakap la dekat Cik Shila tu minta angah kurangkan kesibukannya. Yang susun jadual angah, Cik Shila. Ina rasakan Cik Shila tu frust angah tak kahwin dengan dia. Macam saja jer dia buat angah sibuk."

Nasuha mengerling Amrina. Dia tidak pernah mendengar nama Shila. Ini kali pertama dia mendengar.

" Jangan nak mengarutlah Ina. Shila tu P.A angah saja. Bukan kamu tak tahu, angah kamu tu macam mana." Balas Datin Aishah. Dia tidak mahu Nasuha salah sangka dengan anaknya apabila nama Shila disebut-sebut.

" Sorry mama. Tapi itu yang Ina rasa." Amrina tetap mempertahankan pendapatnya. Nasuha hanya diam. Dia tidak menyampuk, hanya menumpu perhatian kepada bunga telur di hadapannya.

" Sudahlah Ina. Pergi minta Mak Munah sediakan air minum petang. Ada semalam mama buat kek marble. Elok juga kalau kamu pergi potong kek tu, bawa ke sini." Arah Datin Aishah. Dia hanya mahu Amrina berhenti bercakap pasal Shila apabila dia melihat wajah Nasuha yang nampak keruh itu. Amrina bangun lalu menuju ke arah dapur.

" Mama minta maaf..."

" Eh kenapa pula mama?"

" Mama tak naklah Suha fikir bukan-bukan pasal angah dengan PA dia tu. Kalau Suha nak tahu. Angah tu sepsis yang garang kalau dengan perempuan yang dia tak suka."

" Suha faham, sebab awal-awal dulu pun dia garang juga dengan Suha."

" Suha kes lain. Angah tu dah terberkenan dengan kamu masa dia nampak kamu kat tadika lagi."

" Erk,,,seingat Suha, kali pertama Suha jumpa dia masa hari sebelum dia minta tolong Suha jaga Sofea."

Datin Aishah tersenyum. Amsyar dengan dia memang tidak pernah ada rahsia. Awal-awal lagi Amsyar memang sudah bercerita tentang sorang guru baru di tadika Sofea masa awal tahun tu lagi. Katanya dia nampak Nasuha ketika mendaftar anaknya, Cuma Nasuha yang tidak perasan akan kehadirannya.

" Jadi selama ni, dia marah-marah Suha tu sebab apa?" soal Nasuha. Teringin juga dia hendak tahu. Bukan senang hendak korek rahsia Ahmad Amsyar dari ibu tercintanya. Datin Aishah hanya tersenyum.

" Kalau yang itu, Suha kena tanya angah sendiri. Mama boleh cerita sikit-sikit saja."

Kecewa Nasuha dengan jawapan itu. Tiba-tiba hatinya jadi penasaran. Kemudian Amrina keluar bersama-sama Mak Munah sambil menatang dulang. Mereka menikmati minuman petang itu sambil meyelesaikan apa yang patut. Julia tiba lewat petang sikit, namun dia ringan tulang. Cepat juga kerja siap. Tak adalah Dato Iqbal jadi mangsa bebelan isterinya.

My Lover Daddy CoolDove le storie prendono vita. Scoprilo ora