Bab 42

3K 123 2
                                    

" Angah...kau jangan buat sesuatu. Serahkan pada along. Tahulah along nak uruskan."

Ammar menepuk bahu adiknya.

" Along, biar angah yang uruskan."

" Kau jangan cari pasal angah. Kau fikir sama anak dengan isteri kau. Nasuha tu tunggu hari nak bersalin saja. Kau jangan buat bukan-bukan."

" Tapi along..."

" Ahmad Amsyar Bin Abbas..." Dato Abas yang tadi hanya mendiamkan diri terus menegur Amsyar. Sengaja tadi dia tidak mahu masuk campur kerana anak-anaknya semua sudah dewasa. Namun dengan Amsyar, dia perlu bertegas.

" Papa..."

" Dengar cakap along. Biar polis yang uruskan. Papa tak nak perkara lama berulang lagi. Ingat tu."

" Tolonglah angah. Dengar cakap papa dengan along. Jangan buat mama susah hati. Ingat sama anak dengan isteri angah." Sampuk Datin Aishah. Nasuha memandang suaminya. Sepertinya ada sesuatu yang dirahsiakan dari pengetahuannya selama ini.

" Abang...biar along yang uruskan."

Amsyar memandang isterinya. Matanya dihala ke arah perut yang membukit itu. Keluhan dilepaskan.

" Baiklah. Angah biarkan along yang uruskan. Tapi jangan sampai terlepas. Kalau tak angah sendiri yang akan uruskan."

" Angah, mama minta angah jangan buat perkara bukan-bukan. Mama susah hati tahu kalau anak-anak mama buat perkara yang mama tak suka. Cukup sekali angah."

" Maksud mama apa?" soal Nasuha. Tidak puas hati. Julia menarik tangan birasnya. Memberi isyarat mata supaya tidak bertanya lagi. Datin Aishah memandang menantunya. Berat mulut rasanya mahu menceritakan. Baginya biarlah menjadi rahsia keluarga.

" Angah, bawa Nasuha masuk bilik. Dia pun dah penat ni. Nanti-nantilah kita sembang lain." Julia memanggil adik iparnya.

" Jom sayang. Berehat di dalam bilik." Amsyar mencapai tangan isterinya lalu melangkah ke arah tangga. Nasuha hanya mengikut sahaja kata-kata suaminya walaupun ada banyak persoalan yang dia mahu tanya. Dipandang wajah tenang suaminya.

" Sayang rehatlah. Nanti abang datang semula."

" Abang nak ke mana?" soal Nasuha. Bimbang.

" Tak ke mana. Kat bawah. Ada benda nak bincang dengan along dan papa."

" Temankan Suha. Nanti abang turunlah." Pinta Nasuha. Amsyar memandang isterinya. Serba salah. Dia tahu isterinya pasti mahu bertanyakan sesuatu.

" Duduk sini. Temankan Suha dengan baby. Kalau Sofea ada, abang juga yang suka buat mulut muncung. Ni anak tak ada, bila lagi nak duduk berdua." Usik Nasuha. Amsyar tersengih. Dia segera duduk di sebelah isterinya di atas katil.

Disandarkan badannya di kpala katil. Nasuha lantas melabuhkan kepalanya di dada bidang suaminya. Tangannya bermain-main dengan butang baju suaminya.

" Sayang..."dia menangkap tangan isterinya. Sesuatu sangat dia kalau isterinya sudah begitu.

" Abang tak nak cerita?" soal Nasuha. Amsyar melepaskan keluhan yang berat.

" Kisah lama sayang. Masa tu abang remaja lagi. Budak sekolah."

" Kenapa tak nak cerita dengan Suha? Kata tak ada rahsia antara kita. Abang juga yang cakap dulu."

" Sayang, kisah tu dah lama. Tak elok kalau buka balik semata-mata nak cerita kat sayang. "

Nasuha menarik muka masam. Jarang Amsyar marah padanya.

" Masa tu abang sekolah asrama. Baru tingkatan tiga. Duduk asrama. Tahulah macam mana. Abang tak suka duduk jauh dengan mama sebab abang memang manja dengan mama. Tambah pula Along masa tu dah habis sekolah. Dah tak duduk asrama dah."

" Lepas tu?" soal Nasuha.

" Lepas tu...three..four..five..." menyeringai sakit Amsyar apabila perutnya dicubit oelh isterinya. Sudah pandai mengutil dan mengetam. Sama macam mama. Anak murid mama ni.

" Sakitlah sayang..."

" Main-main lagi. Orang serius, dia main-main pula."

" Okey, sorry."

" Lepas along dah habis sekolah, abang tinggal kat asrama sampailah satu hari tu. Senior tingkatan lima datang cari abang. Takutlah juga sebab senior tu badan besar. Abang badan halus jer masa tu. Lepas along tak ada, mimpi ngeri bagi abang, sampai satu tahap tu, abang kena buli, siap kena raging lagi. Bukan abang saja, Idlan pun kena. Adalah lagi yang kena buli tu. Tapi kali ni abang memang dah hilang sabar sebab senior tu melampau sangat-sangat. Abang balas balik dengan buang baju sekolah dia kat luar kawasan asrama. Masa tu dah tak ada rasa takut dah sebab abang dah fikir, abang sanggup ambil risiko. Entah siapa yang mengadu kat senior tu, yang abang buang baju dia. Habislah abang malam tu. Kena belasah. Tapi takkan nak biar saja jadi mangsa. Abang balas balik. So, malam tu kami bergaduh besar sebab ada campurtangan dari orang-orang yang tidak sepatutnya. Puas malam tu warden tangkap kami."

" Senior abang tu jadi apa?" soal Nasuha.

" Disebabkan abang dah hilang sabar, entah macam mana abang dah ambil kayu, abang belasah dia, sampai dia patah kaki."

Nasuha terlopong. Tidak sangka suaminya begitu.

" Lepas tu, warden panggil polis. Sebab dah belasah orangkan. Papa dengan mama terkejut. Diorang datang sekolah, bincang dengan cikgu. Nak buat apa dengan abang. Senior abang tu dah masuk hospital kena tahan di wad. Family senior tu melampau. Diorang siap maki-maki papa dengan mama cakap tak pandai jaga anaklah. Macam-macamlah. Padahal hakikatnya anak diorang tu yang macam samseng. Ada ke patut satu hari tu, dia suruh abang bukakan sarung kaki dia, lepas tu suruh abang hidu. Memang kurang ajar."

" Lepas tu papa dengan mama buat apa dengan abang?" soal Nasuha lagi.

" Family senior tu nak abang dipenjarakan. Papa tak bagi, sebab papa nak selesaikan di luar mahkamah sahaja. Papa bayar banyak ganti rugi kat family diorang. Kebetulan masa tu Ayah Su ketua balai dekat dengan sekolah. Dia yang uruskan semua. So, abang tak jadi dipenjarakan kat juvana. Tapi mama hantar abang duduk dengan Mama Ngah di oversea. Abang sedih sebab kali ni abang terpaksa berpisah jauh dengan mama. Idlan pula masih kat sekolah tu. Tapi lepas tu abang dengar senior tu dah kena pindah sekolah sebab rekod disiplin dia pun teruk."

" Abang merajuk dengan mama. Tak nak balik setiap kali cuti sekolah. Abang duduk dengan family Mama Ngah selama enam tahun. Lepas tu abang balik Malaysia. Terjumpa pula dengan arwah mommy Sofea. Kami berkenalan, bercinta lepas tu kahwin. Tapi jodoh tak panjang sebab dia curang dengan abang. Kawan baik abang sendiri tu yang tikam abang dari belakang."

" Oh abang. Suha tak sangka. Tapi arwah dah tak ada. Jangan diungkit-ungkit lagi. Kasihan arwah."

" Abang tahu. Abang marah sebenarnya. Tak sepatutnya Shila langgar sayang . Abang tak sangka dia berani buat macam tu."

" Yang penting Suha dah selamat. Abang jangan marah-marah lagi. Ikut cakap papa dengan along. Kasihan mama."

" Okey, abang tak akan buat perkara yang bodoh. Sayang jangan risau. Abang masih waras lagi."

" Ya Suha tahu. Tapi abang tulah, siapa suruh kacak sangat. Hitam manis macam abang ni pun ada juga orang suka."

" Amboi mulut...." Amsyar mencubit mulut isterinya. Menjerit-jerit Nasuha apabila Amsyar menggeletek pinggangnya.


p/s: done update untuk hari ini.,,happy reading,,,dan jangan lupa utk vote and komen..saya sedia mendengar komen dan teguran dari anda semua... 

My Lover Daddy CoolWhere stories live. Discover now