Bab 46

3.1K 112 0
                                    

Sejak akhir-akhir ini, Nasuha selalu rasa tidak sedap hati setiap kali suaminya keluar pergi bekerja. Hatinya rasa kurang enak. Tidak tahu bagaimana mahu memberitahu suaminya. Hanya berdoa semoga suaminya itu baik-baik sahaja.

Nasuha bercadang mahu keluar membeli sedikit barang untuk memasak. Ini kerana dia teringat yang suaminya ada memintanya memasak ikan siakap kengsom. Tidak tahulah kenapa suaminya ini tiba-tiba mahu makan masakan ala Thai begitu. Namun dia hanya menurut dan melayan sahaja permintaan suaminya.

Hari minggu sebegini, rumah mereka sudah kecoh dengan suara Sofea yang suka mengusik adiknya. Pantang lepa sahaja, ada sahaja ulahnya mahu membuatkan adiknya menangis. Bila ditegah dan dilarang, mulalah menarik muka. Pening Amsyar mahu melayan.

" Abang, jom temankan Suha beli barang dapur sikit. Semalam kan abang minta Suha masakan ikan siakap kengsom tu."
Nasuha berdiri di tepi sofa. Amsyar memandang isterinya.

"Okey,jom."

" Fea...jom kita keluar." Nasuha memanggil Sofea yang masih asyik dengan tab. Sofea mendongak memandang mummynya. Kemudian dia meletakkan tab itu diatas meja. Nasuha memimpin tangan Sofea. Walaupun sudah ada adik baru, manja Sofea tidak pernah hilang apabila berada dengan Nasuha.

"Daddy, nanti belikan Fea aiskrim kit kat yang baru tu."

" Alahai ais krim juga yang dia nak makan. Rosak gigi nanti sayang."

" Nak juga. Mummy,Fea nak juga."

" Raihan Sofea kenapa degil sangat ni. Daddy selalu sangat tengok Fea makan ais krim. Nanti sakit gigi, daddy juga yang nak kena layan Fea. Jangan degil sangat boleh tak?" kadang-kadang kedegilan anaknya ini sering juga menduga kesabarannya.

" Abang, kenapa cakap macam tu dengan anak?" soal. Nasuha. Kasihan pula melihat Sofea yang sudah mencebik mulut itu. Muka usah cakaplah, sudah merah-merah.

" Makin besar makin degil sekarang. Kalau tak dilarang,makin menjadi-jadi."

" Ala abang, anak tu cuma minta belikan ais krim sahaja. Bukan dia minta yang bukan-bukan."

" Suha la ni manjakan sangat dia." bengang pula Amsyar. Dia memandang anakmya dari cermin pandang belakang. Sudah nampak wajah itu sudah masam mencuka. Kasihan pula dia melihatnya.

" Suha pula. Abang kalau tak nak bagi,cakap elok-elok dengan anak. Jangan marah-marah macam ni. Tak elok. Aishh anak baru dua dah macam ni." perli Nasuha.

" Daddy dah tak sayang Fea," sudah mula nampak bunga-bunga mahu menangis.

" Okey daddy minta maaf. Fea maafkan daddy tak?" soal Amsyar. Sofea hanya diam. Tidak mahu melayan permintaan bapanya. Yang dia tahu kini, dia hendak melayan rasa merajuknya. Nasuha menggelengkan kepala sahaja.

" Siapa cakap daddy tak sayang Fea? Fea kan anak daddy yang paling cantik dan paling menawan. Dah tentu daddy sayang. Tengok Amriz. Dia sayang Kakak Fea dia juga. Tak naklah merajuk. Nanti dah tak cantik. Okey daddy janji, Fea boleh beli ais krim. Daddy tak marah. Fea makanlah banyak mana pun tak apa,"pujuk Amsyar. Nasuha sudah ketawa. Begitulah setiap kali anak mereka merajuk,pasti si bapa akan menggelabah memujuk.

" Betul ni Fea boleh makan ais krim banyak-banyak?" soal Sofea. Matanya bersinar bulat apabila mendengar janji manis daddynya.

"Ya sayang. Boleh. Mintalah nak perisa  apa, daddy akan tunaikan."

Segera Sofea bangun lalu memeluk Amsyar. Dicium-ciumnya si bapa dengan rasa gembira. Gembira kerana permintaannya ditunaikan. Amsyar dan Nasuha sama-sama ketawa. Macam-macam ragam anak. Nanti Amriz bila sudah besar,mohon tidak cengeng seperti si kakak.

Keasyikan suami isteri itu memilih barang untuk memasak langsung tidak terganggu dengan suasana bising pasar. Namun mereka tidak sedar bahawa ada yang mengekori mereka. Amriz yang didukung oleh Amsyar sudah mula merengek. Sofea pula sangat teruja dengan ikan-ikan yang banyak dan pelbagai jenis.

"Sayang, cepat pilih ikan. Amriz dah mula menangis dah ni."

"Sekejap. Suha nak ambil ikan ni."

Ketika mahu beredar dari situ, seorang lelaki terlanggar Nasuha. Mujur dia tidak terjatuh dan sempat berpaut pada tubuh suaminya.  Lelaki yang melanggar Nasuha tadi sudah pun menghilangkan diri tanpa mengucapkan kata maaf.

"Hei...nanti..." panggil Amsyar. Bengang pula apabila lelaki itu tidak mengendahkan panggilannya. Sofea memandang ibubapanya. Takut pun ada.

" Sayang okey?" soal Amsyar. Bimbang juga kalau yang melanggar isterinya itu entah siapa-siapa.

" Suha okey. Abang jangan risaulah."

" Abang bukan apa. Dah langgar orang lepas tu blah macam tu. Tak ada adab betul," marah Amsyar. Masih tidak puas hati.

"Janganlah marah. Ramai orang tengok ni. Dah jom kita balik. Daddy hari ini macam tertelan tebuan." usik Nasuha. Amsyar mencubit pipi isterinya. Sofea terkekek ketawa.

Setelah memasukkan semua barang di dalam bonet, Amsyar terperasan bagaikan ada orang seperti memerhati mereka. Matanya meliar memandang kiri kanan. Bimbang sekiranya diekori penyangak.

Dua hari kemudian...

" Id, aku rasa tak sedap hatilah sejak dua tiga hari ni." luah Amsyar ketika Idlan datang bertandang ke pejabatnya.

" Maksud kau?" soal Idlan. Kening lebatnya dikerutkan. Rasa hairan dengan kata-kata Amsyar.

"Entahlah. Aku rasa macam ada orang perhati kami sekeluarga. Aku risau Id. Aku takut ada orang berniat jahat."

"Perasaan kau kot. Kalau kau rasa tak kena,baik kau bagi tahu abang kau. Kes Shila langgar isteri kau pun,senyap sebab isteri kau tak nak buat laporan polis."

" Maybe perasaan aku saja kot. Tapi aku tetap rasa bimbang juga. Tambah pula anak-anak dengan isteri aku selalu kena tinggal kalau aku keluar pergi out station."

" Kalau kau rasa macam tu, baik kau hantar mereka balik rumah mama kau. Demi keselamatan mereka juga," cadang Idlan.

"Aku memang fikir macam tu juga. Tak tenang hati aku ni wei. Orang kalau nak buat jahat,buat kat aku, tapi jangan sentuh anak-anak dan isteri aku."

" In shaa Allah, semoga dijauhkan daripada perkara yang tidak-tidak. Tapi kau tak terfikir ke mana tahu kalau perempuan gila tu ada plan apa-apa."

" Aku dah lama tak dengar cerita pasal dia lepas kes langgar lari tu. Siap dia kalau cuba sakitkan keluarga aku. Kali ni aku dah tak peduli apa nak jadi sekalipun,"balas Amsyar. Tangannya digenggam erat dan kuat seolah mengalirkan rasa amarah di situ.


My Lover Daddy CoolWhere stories live. Discover now