Bab 30

4K 128 4
                                    

Sebagai tanda kemaafan buat anak tersayang, akhirnya mereka di sini. Legoland. Cuti hujung minggu dihabiskan dengan membawa isteri dan anaknya berjalan-jalan menghabiskan masa. Sofea tersangat gembira. Memang dia mogok seminggu tidak bercakap dengan Amsyar walaupun daddynya rajin menelefon neneknya. Dia hanya mahu bercakap dengan Nasuha sahaja.

" Fea, suka tak?" soal Amsyar.

" Suka. Thank you daddy. Fea always's sayang daddy."

" Oh, kalau macam tu, kiss daddy dulu."

Sofea mencium pipi Amsyar dengan sepenuh hatinya. Nasuha tergelak melihat telatah dua orang ini.

" Dah, jom masuk. " Amsyar memimpin tangan Sofea. Nasuha memaut lengan Amsyar. Mereka berjalan masuk ke dalam Legoland. Memang seharianlah Sofea melepaskan keseronokannya. Amsyar dan Nasuha tidak jemu melayan segala permintaannya. Nasuha rasa bahagia. Dia dapat merasakan hidupnya kini sudah lengkap. Kehilangan cinta dahulu digantikan dengan cinta baru yang membahagiakan hidupnya. Di dalam hatinya terselit juga doa buat arwah suami dan anak yang telah pergi. Amsyar selalu membuatkan hari-hari di dalam hidupnya ceria. Amsyar lembut apabila meminta sesuatu darinya. Dia senang dengan sikap Amsyar yang tidak kasar dan sentiasa bertolak ansur dengannya. Sofea juga mudah diuruskan. Tiada karenah yang menyakitkan hati. Cuma dia geram apabila Asmyar suka mengusik Sofea.

Esoknya baru mereka bertolak balik ke Kuala Lumpur. Itu pun kerana mendapat panggilan dari Shila yang mengatakan ada client yang mahu berjumpa dengannya malam ini. Tidak mampu menolak, kerana Amsyar sendiri yang sudah berjanji mahu berjumpa. Cuma yang dia tidak sangka, secepat ini.

" Malam nanti abang nak keluar sekejap. Jumpa client. Suha dengan Fea duduk rumah baik-baik. Abang pergi tak lama. Habis urusan, abang balik terus." Beritahu Amsyar.

" Baik abang. Nanti nak Suha masakkan apa-apa tak untuk makan malam?"

" Masak yang mudah-mudah. Abang tak cerewet sangat bab makan. Sayang masaklah apa pun abang makan jer."

" Kalau macam tu nanti Suha masakkan abang kayu dengan batu sajalah," selamba Nasuha berkata-kata. Amsyar mencerlungkan matanya. Sofea yang duduk di belakang sudah terlelap.

" Amboi isteri abang ni, takkan sanggup masakkan kayu dengan batu untuk abang. Tak sayang abang ke?'

" Laaa, tadi abang cakap abang tak kisah pun kalau Suha masakkan apa-apa." Sengaja Nasuha mengusik suaminya. Selalu sangat diusik Amsyar, tidak salah sekali sekala dia pula mengusik suaminya.

" Ya lah, kayu batu abang makan juga, asalkan tukang masak tu sayang, " balas Amsyar.

" Amboi, mulut manis."

Amsyar ketawa. Dia mencapai tangan Nasuha lalu diciumnya. Malu Nasuha dengan aksi romantic suaminya. Mujur saja Sofea sudah tidur.

" Boss..." panggil Shila apabila dia ternampak kelibat Amsyar di pintu kaca restoran itu. Amsyar menghampiri pembantunya. Sesak juga dadanya melihat pakaian yang dipakai Shila.

" Mana Encik Hasif?" soal Amsyar.

" Belum datang lagi boss. Saya dah order air untuk boss." Balas Shila. Dia tersenyum melihat Amsyar. Bukan dia tidak perasan tadi banyak mata-mata yang memandang Amsyar. Aura lelaki itu sangat mempesonakan. Tambahan pula apabila sudah memegang title seorang suami.

" Oh, thank you Shila." Seketika kemudian, seorang pelayan membawa air minuman mereka. Amsyar sekadar mengucapakan terima kasih. Mereka berbual kosong sehinggalah satu jam kemudian, baru Encik Hasif muncul. Paling tidak sangka oleh Amsyar adalah rakan Encik Hasif itu. Idlan.

My Lover Daddy CoolWhere stories live. Discover now