Bab 47

2.9K 109 2
                                    

" Amriz....!" Nasuha terjaga dari tidur. Amsyar juga turut terjaga apabila Nasuha meracau-racau di dalam tidur. Dia segera memetik lampu tidur. Dilihatnya Nasuha berpeluh-peluh.

" Kenapa sayang?" soal Amsyar. Dipegang bahu isterinya. Nasuha lantas memeluk suaminya.

" Abang...Suha mimpi buruk abang. Mimpi ada orang nak ambil Amriz. Mana anak kita abang?" tanya Nasuha sambil menolak dada suaminya.

" Sayang mimpi ni. Amriz ada di katil dia," balas Amsyar. Nasuha yang mendengar kata-kata suaminya lantas bangun lalu menghampiri katil anaknya. Dilihatnya Amriz tidur dengan pulas. Nasuha melepaskan nafas kelegaan. Amsyar pelik dengan tingkahlaku isterinya.

" Kenapa sayang? Kan Amriz tengah tidur tu."

" Suha risau abang. Hati Suha rasa tidak sedap. Tak tenang hati Suha sejak dua tiga hari ni," luah Nasuha. Amsyar memeluk isterinya. Mahu meredakan keresahan isterinya. Dia mengucup ubun-ubun kepala isterinya.

" Sayang jangan fikir yang bukan-bukan. Tidak akan ada perkara buruk yang akan berlaku kepada keluarga kita. Sayang kena yakin yang Allah tu Maha Pelindung. Dah, jom kita tidur." Pujuk Amsyar.

" Tapi abang..."

" Tak ada apa-apa pun. Okey, kalau sayang tak percaya, kejap lagi abang ambil Amriz letak atas katil, tidur dengan kita." Demi memuaskan hati isterinya, diangkat tubuh kecil itu lalu diletakkan di atas katil mereka. Nasuha hanya memerhati perbuatn suaminya itu.

" Dah, mari tidur sayang. Abang letak Amriz dekat tengah-tengah dah ni. Sayang jangan risau dah."

Nasuha diam. Amsyar menepuk-nepuk perlahan-lahan bahu isteinya. Nasuha memejamkan matanya sambil mulutnya terkumat-kamit mengalunkan secebis doa. Dia memeluk anaknya. Cuba dibuang jauh-jauh bayangan mimpi buruknya itu.

Suara mengekek anak-anak sayup-sayup terdengar di telinganya. Nasuha bangun. Dia menggosok matanya sebentar. Dipandang sekelilingya. Matanya melihat jam di atas meja. Sudah pukul 8.00 pagi.

Alamak dah pukul 8.00! Dia segera bangun, namun tolakan daun pintu dari luar mematikan langkahnya. Dilihatnya Amsyar sedang menatang dulang makanan.

" Dah bangun sayang?" soal Amsyar. Dia meletakkan dulang itu di atas meja.

" Abang tak kerja hari ni?" soal Nasuha. Dia memandang suaminya yang melemparkan senyum manis padanya.

" Tak sayang. Abang ambil cuti hari ni. Saja nak spend time dengan sayang dan anak-anak kat rumah."

Amriz diangkat lalu diletakkan di atas ribanya. Sofea juga duduk mencelah di sisi bapanya.

" Mummy, daddy cakap hari ni kita outing."

" Oh ya?. Fea nak pergi mana?" soal Nasuha. Dia mengelus rambut halus Sofea.

" Book store."

" Kenapa book store?" soal Nasuha hairan.

" Fea kan dah jadi kakak, jadi Fea nak beli buku. Nak bacakan untuk adik."

" Alah sayang. Kakak-kakak sungguh Fea ni."

Sofea tersengih. Dia merasakan adiknya sudah cukup besar untuk mendengarnya membaca buku. Sedangkan adiknya baru sahaja berumur empat bulan.

" Okey Fea, pergi mandi siap cantik-cantik. Nanti Mummy tocangkan rambut Fea.",

" Baik mummy," sempat ciuman diberikan di pipi Nasuha. Senang menjaga anak seperti Sofea. Mendengar kata walaupun kadang-kadang memeningkan kepala ibubapanya. Namun dia memang cukup sayang adiknya. Kadangkala terserlah juga sifat cemburunya apabila Amriz dilayan melebihi dirinya. Sesungguhnya bagi Nasuha kasih sayang kepada anak-anaknya adalah sama rata dan tiada berat sebelah.

My Lover Daddy CoolWhere stories live. Discover now