Special Part MLDC Last

3.5K 118 9
                                    

Takbir raya bergema. Dua tahun berturut-turut mereka beraya di sini.  Namun begitu, sesudah solat sunat raya selesai, mereka saling bermaaf-maafan. Gelagat anak-anak kadang-kadang memeningkan kepala namun kehadiran mereka juga yang menceriakan kehidupan pasangan suami dan isteri ini.

Sesi bersalam-salaman dan memohon maaf.

" Abang, sayang minta ampun dan maaf jika sayang ada tersalah kata dan terkasar bahasa dengan abang. Sayang juga mohon abang halalkan makan dan minum sayang sepanjang menjadi isteri abang. Sayang tahu sayang banyak kali buat abang terasa hati dan mengguris hati abang. Sayang bukan isteri yang baik dan juga bukan mummy yang terbaik kepada anak-anak kita. Di bulan Syawal yang mulia ini, sayang memohon maaf zahir dan batin. Selamat hari raya abang." Tangan si suami dikucup dengan penuh syahdu.

" Abang juga macam tu. Abang juga nak minta maaf kalau abang ada menyinggung perasaan sayang dan anak-anak. Abang cuba menjadi suami yang terbaik dan daddy yang sempurna buat anak-anak. Abang banyak khilaf pada sayang dan anak-anak. Abang halalkan segala-galanya." Dahi si isteri dikucup dan jari-jemari halus itu dicium. Kemudian, Amsyar menghulurkan sampul berwarna hijau turqoise yang mempunyai lambang Petronas lalu dihulurkan kepada isterinya. Nasuha menyambutnya sambil tersenyum.

" Terima kasih abang. Sayang doakan rezeki abang sentiasa melimpah ruah dan juga buat keluarga kita."

" Sama-sama sayang." Pipi mulus wanita kesayangan dicium.

" Daddy...daddy...daddy nak duit raya." Amjad sudah menempel di sebelah Amriz.

" Apa ni Jad. Tolak-tolak abang ngah. Rungut Amriz. Geram pula hatinya apabila ditolak oleh adiknya dengan kasar.

" Salam daddy dengan mummy dulu. Baru daddy bagi duit raya." Amsyar meleraikan pergaduhan kecil itu. Tidak mahu anak-anaknya bertikam lidah di pagi Syawal ini.

" Kak long salam dulu dengan daddy dan mummy, korang semua ikut turn," tegas Sofea. Dia menjeling adik-adiknya. Amriz menarik muka masam. Menyampah betul dengan si kakak yang selalu hendak menang itu.

" Daddy, mummy, Kak long minta maaf sebab selalu buat daddy dengan mummy marah. Kak long selalu tak dengar cakap daddy dengan mummy. Kak long mohon maaf zahir dan batin."

" Ya, daddy dengan mummy maafkan. Selepas ni Kak long tak boleh lagi amalkan sikap marah-marah dekat adik-adik. Kena sayang adik-adik. Kena tolong mummy jaga adik-adik. Faham sayang?" tegur Amsyar. Tidak sangka anak daranya ini sudah membesar dengan jayanya. 

" Baik daddy. Mummy Kak long minta maaf. Kalau Kak long ada buat mummy kecil hati. Kak long tak nak jadi anak derhaka. Kak long sayang daddy dan mummy sepenuh hati Kak long." Sofea mengucup tangan kedua-dua ibubapanya. Amsyar mengusap lembut kepala anaknya. Nasuha juga berbuat demikian. Diciumnya pipi anak dara sunti itu. 

Tiba giliran anak-anak lelakinya. Berebut-rebut kedua-dua anak teruna itu mahu bersalaman dengan ibubapa mereka.

" Eh, jangan gaduh-gaduh. Semua orang akan dapat sama rata. Amriz salam daddy cepat." Tegur Nasuha. Mahu naik tekanan darah kalau macam ini punya gaya. Amsyar menggaru-garu keningnya.

" Daddy, abang ngah mohon maaf dan selamat hari raya. Abang ngah puasa penuh tau." Amriz sudah tersenyum-senyum. 

" Anak bertuah ni. Yalah, daddy maafkan. Nah, duit raya. Salam mummy dulu." Amriz akur lalu mencium tangan dan memeluk tubuh ibunya.

Apabila tiba giliran Amjad dan Alisa. Tidak mengalah juga kedua-dua kembar itu.

" Kalau gaduh-gaduh macam ni tak naklah bagi duit raya. Nanti daddy nak bagi dengan Adik Rian aje."

My Lover Daddy CoolOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz