Bab 14

3.5K 148 3
                                    

Sebagai manusia, ada khilafnya. Sama ada secara sedar atau tidak sedar. Setelah pertemuan dengan sahabat baiknya petang tadi membuatkan Amsyar terasa bersalah terhadap Nasuha. Dia bukan membenci guru wanita itu cuma dia mahu menjaga hatinya dari sesuatu. Sesuatu yang dia sendiri tidak sanggup menanggungnya. Jujur dia katakana bahawa pertama kali dia bersua muka dengan Nasuha memang sedikit hatinya sudah tertarik. Siapa saja yang tidak tertarik dengan riak wajah penuh keibuan itu. Sofea yang jarang-jarang ramah dengan orang lain pun boleh sayangkan wanita itu dengan mudahnya.

Teringat kata-kata Hakimi tentang Nasuha. Bagaimana wanita itu bangkit mengumpul semangat setelah kehilangan orang tersayang. Dia cuma hilang bekas isteri sedangkan Nasuha kehilangan anak dan suami yang sangat dicintainya. Dia rasa bersalah apabila teringatkan kata-kata kesatnya kepada Nasuha. Kejadian di mana malam selepas menyambut ulangtahun kelahiran Sofea. Esok harinya dia bertemu lagi dengan Nasuha. Itu pun secara tidak sengaja.

" Jauhkan diri awak dari anak saya," Amsyar memandang tajam ke arah wanita itu. Berkerut dahi Nasuha mendengar kata-kata itu. Semalam lelaki itu sudah mengatakannya, kenapa perlu diucap lagi. Nasuha sungguh tidak faham.

" Encik nak saya pergi jauh mana sampai saya tidak boleh dekat dengan anak encik. Apa yang saya dah buat sampai encik benci sangat saya dekat dengan anak encik?" soal Nasuha.

" Saya tidak membenci awak. Cuma saya tak nak awak beri harapan palsu pada anak saya. Fullstop! " tempik Amsyar. Terkedu Nasuha. Pertama kali ditengking oleh bapa kepada anak muridnya.

" Encik ni mengarut apa?" soal Nasuha. Mukanya sudah merah menahan marah.

" Awak cakap saya mengarut? Habis tu apa yang mama saya cakap? Sampai dia yang baru jumpa awak sekali dua pun boleh cakap yang awak ni bakal jadi mak kepada anak saya. Awak tak tahu malu?" soal Amsyar bengang. Sakit hati dia apabila Datin Aishah cakap dia suka dengan Nasuha.

" Saya tak fahamlah apa yang awak cakap ni. Saya tak pernah cakap apa pun. Saya layan Sofea tu sama macam anak murid saya yang lain. So, celah mananya saya bagi harapan pada anak awak?" soal Nasuha. Nada suara Nasuha sudah mula meningkat pada satu oktaf. Dia bengang apabila dituduh tentang sesuatu perkara yang tidak dilakukannya. Apatah lagi kata-kata dari duda yang dirasakan sangat perasan ini. Nasuha merasa meluat melihat lelaki yang berkaca mata hitam ini seperti sengaja mahu mengejeknya di sebalik kaca mata itu.

" Saya tak suka setiap kali balik rumah, Sofea selalu cakap pasal awak. Apa kat tadika tu dah tak ada cikgu lain nak layan anak saya? Kenapa awak yang baik sangat layan anak saya. Budak umur lima tahun apa sangat yang dia faham. Saya tak suka awak meracuni pemikiran anak saya dengan perbuatan mahupun kata-kata awak."

Nasuha menggenggam kuat tangannya. Tuduhan itu sangat berat dia rasa. Dia tidak pernah pun berniat meracuni pemikiran anak muridnya. Semua dilayan sama rata.

" Maafkan saya. Saya minta diri dulu. Saya tak kisah apa yang encik fikirkan tentang saya. Cuma satu saja yang saya nak cakap. Di dalam hati saya tidak pernah terdetik sekelumit zarah pun untuk menumpang kasih dari encik duda perasan bagus ni."

Amsyar terpempan. Dia tidak menyangka wanita ini berani mengungkapkan kata-kata sebegitu kepadanya. Jika tidak mengingatkan yang Nasuha itu adalah perempuan, memang sudah lama penumbuknya dilayangkan pada wajah licin itu. Sakit hati usah cakaplah sebab tidak pernah lagi ada perempuan yang berani berkata sebegitu padanya.

" Hei, nanti awak..." Amsyar cuba menyambar lengan Nasuha namun dengan cekap Nasuha menempisnya.

" Jangan berani-berani nak sentuh saya sesuka hati awak. Sila tunjuk teladan yang bagus untuk anak gadis awak supaya dia tahu ayah dia alah seorang lelaki yang sangat budiman kepada kaum wanita. Bukannya kasar macam orang dalam gua seperti awak ni," balas Nasuha geram.

Amsyar mengertap bibir nipisnya dengan geram. Melihatkan Nasuha yang sudah beredar dari situ, membahang rasa di dalam dada Amsyar.

" Termenung jauh nampaknya Am," tegur Pak Omar.

" Eh, pak cik. Tak tidur lagi?" soal Amsyar. Pak Omar hanya tersenyum. Sudah lama dia perhatikan anak saudaranya ini. Mendiamkan diri sejak lepas makan malam tadi.

" Belum. Tak rasa mengantuk lagi. Mak cik kamu dah lama kelam. Letih sangat agaknya mengikut pak cik pergi kebun siang hari tadi. Sudah dilarang mahu juga nak ikut," balas Pak Omar. Sudah lebih 20 tahun mereka berkahwin. Memang isterinya tidak boleh berenggang dengannya. Amsyar tersenyum. Dia tahu bagaimana mesranya kedua-dua suami isteri itu. Kadanga-kadang dia pun terasa cemburu juga.

" Pak cik tengok dari tadi lagi kamu termenung. Kenapa? Teringatkan anak kamu? Kalau dah rindu kenapa tidak bawa saja dia ke sini?" soal Pak Omar. Teringat cucu saudaranya yang banyak mulut dan cukup keletah. Tidak tahu dari mana anak itu mewarisi sifat siapa sebab Amsyar bukan jenis yang suka banyak bercakap. Begitu juga arwah Jasmin. Mungkin saja menurun perangai dari Tok Manya iaitu kakak kandungnya. Memang kalau sudah bercakap sudah tidak tahu mahu berhenti.

" Rindulah juga. Baru tadi borak dengan dia. Bukan tak nak bawa  dia. Susah nanti. Biar jer duduk dengan mama."

" Bekas mak mertua kamu tu memang tak kisah langsung pasal Sofea ke?" soal Pak Omar.

" Entahlah. Am pun tak tahu nak cakap macam mana. Lepas kami bercerai, bekas mak mertua Am buat Am macam musuh. Sofea pun dia tak nak pandang. Am tak tahulah apa yang arwah dah burukkan pasal Am kat mak dia."

" Arwah dah tak ada Am. Nak salahkan dia pun tak guna juga. Doa yang baik-baik untuk dia sudahlah. Yang dah lepas tu, biarlah berlalu. Am pun kena juga berubah. Papa Am selalu cakap Am dah banyak berubah."

" Apa yang berubahnya pak cik. Am rasa sama jer dari dulu sampai sekarang," balas Amsyar.

Pak Omar hanya tersenyum.

" Pak cik, Am nak tanya sikit boleh?" Amsyar merenung wajah pak ciknya. Berkerut dahi Pak Omar.

" Tanya apa?" soal Pak Omar.

" Errmmm, pak cik kenal Nasuha?" soal Amsyar. Berdebar semacam hatinya.

" Nasuha?"

My Lover Daddy CoolWhere stories live. Discover now