Bab 11

3.4K 136 0
                                    

Penat.

Terluka.

Itu semua dirasakan oleh Husna. Selama dua tahun bergelar isteri kepada Hakimi, Husna merasakan tahap kesabarannya semakin menipis. Namun Hakimi seperti tidak memahami perasaannya. Sejak dari awal pernikahan mereka lagi, Hakimi memang sudah tidak mempedulikannya. Apatah lagi soal nafkah. Semuanya Husna yang uruskan. Merunsingkan hati Husna kini adalah dia sedang berbadan dua. Dia takut Hakimi akan memarahinya kerana Hakimi pernah mengatakan bahawa dia tidak mahu mempunyai anak.

" Kau tak masak lagi ke?" soal Hakimi tiba-tiba mengejutkan Husna yang sedang mengelamun itu.

" Belum. Abang nak makan ke?" soal Husna.

" Kau tak tengok jam sekarang pukul berapa?" sindir Hakimi. Malas mahu berbalah kata, Husna terus melangkah ke dapur. Mengeluarkan bahan untuk memasak makan tengah hari. Untung sahaja Hakimi tidak cerewet soal makan. Dia makan apa sahaja yang dimasak oleh Husna tanpa banyak soal.

" Tadi aku jumpa mak. Mak cakap kau pergi klinik. Sakit apa?" soal Hakimi. Husna terkejut. Berdebar-debar hatinya.

" Pening kepala. Tak ada sakit apa pun." Balas Husna. Hakimi merenung Husna dengan pandangan yang tajam.

" Kau ada sembunyikan apa-apa dari aku?" soal Hakimi.

" Tak ada. Kenapa abang cakap macam tu?. Una tak pernah sembunyikan apa-apa dari abang," balas Husna. Dia beralih ke sinki, mahu mencuci sayur yang baru dikeluarkan dari peti sejuk. Walaupun sayur itu sudah dicuci bersih, namun sudah menjadi kebiasaanya untuk membilasnya lagi.

" Aku tak percaya cakap kau. Ingat Husna, kalau kau sembunyikan apa-apa dari aku, siap kau nanti."

" Kenapa abang tak pernah percayakan Una?" soal Husna. Dia memberanikan diri membalas pandangan mata suaminya.

" Kau nak apa sebenarnya?" soal Hakimi.

Husna diam. Dia mahu Hakimi menyayanginya dan menyintainya sepertimana dia rasa terhadap suaminya sendiri. Dia penat mahu mengemis. Namun lelaki seperti Hakimi tidak pernah mahu menyelami hatinya.

" Una cuma nak abang terima Una. Sama macam Una terima abang. Una dah reda jodoh Una dengan abang. Tapi abang kenapa susah untuk menerima Una. Apa salah Una sampai abang layan Una macam ni?. Dah dua tahun abang kita tetap macam ni. Una terima segala kekurangan abang. Una tak pernah merungut apa-apa pun pasal abang pada mak ayah." Husna kecewa melihat riak wajah Hakimi yang seperti tidak cakna dengan apa yang dia luahkan.

" Kau tak sepatutnya hadir dalam hidup aku Husna. Kau bukan perempuan yang aku cinta," balas Hakimi. Kemudian dia beredar dari ruang dapur itu. Mahu melepaskan rasa amarahnya. Husna terduduk mendengar kata-kata suaminya.

' Una sayang abang. Una cuma nak abang dalam hidup Una'.

Sehingga ke malam, Husna menunggu Hakimi balik. Selepas perbalahan mereka siang tadi, Hakimi terus menghilangkan diri. Husna bimbang jika terjadi apa-apa pada Hakimi. Puas jarinya mendail nombor telefon suaminya, namun tidak berjawab. Husna resah.

Husna melihat jarum jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Matanya tetap berdegil mahu berjaga. Mahu menunggu suaminya balik. Namun akhirnya, dia tewas. Dia tertidur.

Husna tersedar apabila terasa ada tangan yang melingkar di pinggangnya. Disentuh tangan itu. Tanpa perlu melihat siapa, dia sudah tahu siapa gerangan orangnya. Dia bergerak mahu melepaskan diri namun Hakimi menarik tubuhnya rapat dengannya.

" Abang..."

" Jangan bergerak." Gemersik suara Hakimi di belakang telinga Husna. Dada Husna terasa berdebar. Rentak irama di dadanya sudah berubah. Hakimi tidak selalu begini. Melainkan jika dia ada membuat Husna terluka. Kadangkala Husna juga tidak faham dengan tingkah suaminya. Adakala seperti menyayanginya. Adakala seperti membencinya.

" Una minta maaf abang." Perlahan sahaja nada suara Husna. Hakimi hanya diam. Dia tahu dia telah banyak mengguris perasaan isterinya. Husna banyak bersabar dengannya. Namun hanya dia yang tidak mampu menerima ketentuan takdir hidupnya.

Husna mengalihkan badannya menghadap ke arah suaminya. Perlahan-lahan dia meletakkan tangannya di pipi Hakimi. Diusap perlahan wajah itu. Hakimi merenung anak mata isterinya. Dia bahagia apabila Husna melayannya seperti itu.

" Una sayang abang. Abang cinta pertama Una. Sejak dari kita kecil lagi," luah Husna. Hakimi terkejut. Dia tidak pernah tahu akan hal itu.

" Maksud Una?" soal Hakimi lembut. Tidak perasan yang nada suaranya sudah semakin lembut. Husna tersenyum. Sudah lama Hakimi tidak bernada lembut begitu. Selalunya nada suaranya kasar, bagaikan tiada perasaan.

" Una sayang abang sejak abang selamatkan Una dari dipukul oleh ayah Una. Abang tahukan ayah Una tu seperti apa," ujar Husna. Hakimi tahu bapa mertuanya itu memang garang. Terutamanya pada Husna. Dia sendiri tidak tahu kenapa bapa mertuanya sangat garang kepada Husna.

" Abang, Una nak cakap sesuatu dengan abang. Tapi..."

Hakimi menanti ayat seterusnya dari bibir mungil itu. Husna berdebar mahu memberitahunya. Dia takut penerimaan suaminya. Apatah lagi dengan keadaan mereka yang masih rapuh ini. Namun jika disembunyikan, mahu sampai bila. Dia harus memberanikan dirinya untuk berterus terang.

" Apa dia Una?" soal Hakimi. Dia mengelus lembut anak rambut Husna yang berjuntai di dahi. Setelah seharian keluar, menenangkan dirinya, Hakimi sudah membuat keputusan. Apatah lagi sejak dia berjumpa dengan kawan baiknya, Amsyar. Kata-kata Amsyar terbenam rapat di dalam kepala otaknya. Setelah dua tahun dia membiarkan dirinya dikuasai dengan rasa kecewa, dia mahu mengubahnya. Bukan dia tidak mampu menerima Husna namun dia lebih membiarkan rasa kecewa itu menguasai dirinya. Akhirnya dua tahun ini, hidupnya tiada apa yang berubah.

" Una mengandung..." Hakimi terpempan. 

My Lover Daddy Coolحيث تعيش القصص. اكتشف الآن