Bab 22

3.5K 146 0
                                    

Malam itu, Dato Iqbal dan Datin Aishah berbincang mahu Amsyar membawa Nasuha berjumpa mereka dahulu. Mereka tidak mahu Amsyar terburu-buru membuat keputusan. Bukan mereka mahu menghalang. Tetapi mereka perlu juga mendengar dari pihak Nasuha sendiri. Amsyar tetap akur dengan arahan kedua ibubapanya. Soal Nasuha memang dia laju saja.

" Angah, papa rasa angah perlu bawa Nasuha datang jumpa keluarga kita dulu."

" Nanti angah bawa dia, sekarang pun boleh papa."

" Eh kamu jangan nak buat pasal angah. Nak bawa anak dara orang malam-malam macam ni." Datin Aishah menjeling anaknya. Terserlah sikap sengal Amsyar. Amsyar hanya tersengih menayang gigi.

" Bukan anak dara dah mama."

" Ya la bukan anak dara pun. Tapi tetap anak orang. Dia tu jauh dari mak ayah dia. Kamu jangan nak buat yang bukan-bukan. Mama tak suka. Elok-elok boleh bincang merisik, kang nanti kamu menikah di pejabat agama pula."

" Mama ni suka fikir bukan-bukan. Angah nak jadikan dia isteri, bukan angah nak main-mainkan dia."

" Sudahlah tu, mama pun. Kalau dengan anak bukan nak beralah. Lagi menjadi-jadi," sampuk Dato Iqbal.

" Abang ni bukan nak nasihatkan anak kita. Asyik dengan basikal saja. Ingat dia tu muda sangat. Jangan sampai Syah bakar basikal abang nanti," ugut Datin Aishah.

" Ish, janganlah sampai nak bakar basikal abang. Abang pergi main golf awak tak bagi. Pergi ride pun awak tak kasi. Saya ajak ikut tak nak. Jadi jangan sakit hati dengan bini nombor dua abang tu," balas Dato Iqbal. Sesekali mengusik isterinya, tiada salah.

" Nanti dah sakit-sakit lutut kita juga yang dia cari. Kenapa tak suruh basikal abang tu yang urutkan. Dah sayang sangat dekat basikal tu kan." Dato Iqbal menjeling isterinya. Sejak Amsyar mengambil alih perniagaannya, memang dia banyak menghabiskan masa dengan berbasikal. Suatu aktiviti riadah yang semakin diminati kini oleh rakyat Malaysia.

" Papa, mama pula yang lebih-lebih. Tak payah nak gaduh-gaduh. Esok Am jemput dia datang makan tengah hari dekat rumah kita. Okey, puas hati?" soal Amsyar.

" Okey. Mama puas hati. Ingat angah, kalau dia tak nak datang, kamu jangan paksa pula. Bukan mama tak tahu perangai kamu tu. Lagi orang tak nak, lagi kamu paksa."

" Baik mama. Angah ingat pesan mama tu. Mama tak suka angah kahwin lagi ke?" soal Amsyar. Dia sekadar mahu tahu isi hati mamanya.

" Mama bersyukur sangat-sangat angah nak kahwin lagi. Mama nak anak-anak mama hidup bahagia. Mama tak kisah pun tentang latar belakang menantu mama. Cukup dia boleh jaga dan sayang cucu mama yang seorang tu pun mama dah happy dah."

" Takkan nak sayang cucu saja?'

Dato Iqbal ketawa. Datin Aishah lantas mencubit paha Amsyar. Geram betul dia apabila selalu dipermainkan oleh Amsyar. Mengeliat jugalah Amsyar apabila disepit begitu. Berbisa. Menusuk ke jantung.

" Main-main lagi. Macam mana abang boleh lantik anak abang ni sebagai orang kepercayaan abang? Dah besar pun suka lagi nak perangai macam ni. Mujur tak turun ke cucu mama tu. Kalau dia pun macam kamu, boleh pengsan mama."

" Okey, angah minta maaf. Angah buat ni semua untuk kebaikan Fea. Fea sayang sangat dengan Nasuha. Lagi pun angah tengok Nasuha layan anak angah baik. Sayangkan Fea macam anak sendiri. Kalau nak cakap soal hati, memang akan ambil masa. Tapi angah tak perlukan masa yang lama untuk sunting dia jadi suri hati angah. Naluri angah tetap mengatakan yang dia adalah jodoh angah. Angah dah dapat jawapannya mama, papa. Angah cuma nak papa dengan mama restu pilihan angah kali ni."

My Lover Daddy CoolWhere stories live. Discover now