Bab 41

3.1K 120 5
                                    

" Mama...!" panggil Amsyar sebaik sahaja dia nampak figura wanita itu berdiri di hadapan unit kecemasan.

" Angah..." Datin Aishah bangun mendapatkan anaknya.

" Macam mana boleh jadi macam ni mama? Nasuha macam mana?" soal Amsyar. Hatinya tidak tenang selepas mendapat panggilan dari Idlan tadi. Idlan yang setia menemani Datin Aishah hanya memandang dua beranak itu. Dia menghampiri Amsyar.

" Am..." tegur Idlan.

" Id...kau kat sini?" soal Amsyar.

" Ya, aku temankan mama kau. Doktor belum keluar lagi."

" Macam mana kau boleh ada di situ?" soal Amsyar.

" Aku kebetulan nak beli barang. Singgah sekejap. Masa nak melintas jalan tu, aku nampak isteri kau berpatah balik ke kereta. Masa tulah aku nampak sebuah kereta Myvi hitam laju semacam nak langgar isteri kau. Aku sempat tarik isteri kau, tapi kemudian dia jatuh. Pengsan, ada luka dekat kepala dia. Kau sabar ya," pujuk Idlan.

" Myvi?" soal Amsyar.

" Ya, tapi aku tak sempat tengok nombor plat kereta orang tu sebab dia meluru laju sangat. Tapi pelik juga, tu kan kawasan pasar raya, kenapa nak bawa laju-laju. Membahayakan orang."

Amsyar diam. Otaknya cuba mencerna apa yang dikatakan oleh Idlan. Namun dia tidak mampu. Datin Aishah di sebelahnya hanya menangis. Takut dengan kejadian yang berlaku di hadapan matanya.

" Angah...mama takut kalau jadi apa-apa pada Nasuha."

" In shaa Allah mama, semuanya akan baik-baik sahaja." Pujuk Amsyar sedangkan di dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Dia tidak sanggup untuk kehilangan kali kedua. Tidak putus-putus dia berdoa.

Idlan mengusap perlahan bahu sahabatnya. Bagaikan tertayang semula peristiwa lima tahun dulu. Idlan menggelengkan kepalanya. Tidak mahu lagi mengingatkan peristiwa itu. Cukuplah sekali dia mengkhianati sahabat baiknya.

" Am...aku nak minta maaf dengan kau. Aku tahu maaf aku ni tiada nilai pada kau. Tapi aku tetap mahu mohon maaf kepada kau."

" Id,,,aku dah lama maafkan kau. Aku dah jumpa bahagia aku. Semoga kau juga akan bertemu dengan bahagia kau dengan orang lain."

" Am...kau baik sangat walaupun kadang-kadang mulut kau macam longkang."

" Sempat lagi kau mengata aku weihhh..."

Idlan ketawa. Dia tiada niat. Hanya mahu menceriakan sahabatnya. Datin Aishah hanya tersenyum mendengar kata-kata dua orang sahabat itu.

Beberapa minit kemudian...

" Siapa waris Puan Nasuha?" soal jururawat yang beruniform warna biru itu.

" Saya nurse. Saya suami dia."

" Puan Nasuha dah stabil. Tak ada apa-apa kecederaan teruk. Cuma dia trauma sikit. Nanti kami akan pindahkan dia ke ward. Nanti boleh pergi melawat."

" Alhamdulillah. Terima kasih nurse."

Lafaz syukur tidak henti-henti meniti di bibir mereka. Datin Aishah memeluk tubuh anaknya. Idlan juga lega mendengarnya. Namun kemudian, baru dia merasa sakit di sikunya.

" Id...siku kau berdarah. Baik kau pergi jumpa doktor", tegur Amsyar.

" Sikit ni. Nantilah aku pergi jumpa doktor. Alhamdulillah, isteri kau tak apa-apa."

My Lover Daddy CoolWhere stories live. Discover now