01

4.8K 376 37
                                    

01

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

01...🦋

GADIS bertubuh kurus dan kecil itu teresak. Kepalanya tersembam di atas lutut. Disudutkan diri di satu ceruk dinding yang dirasakan paling selamat.

Tak pernah dia rasa terkurung dalam penjara seperti ini. Batinnya memberontak, jiwanya meraung. Tapi sayang, dia terpaksa memendam.

Hari ini sebuah kisah klise yang selalu terjadi dalam drama tontonan seluruh rakyat Malaysia terjadi dalam hidupnya.

Salah siapa? Salah TUHAN? Atau salah dia yang tak berani menolak segala kesulitan yang dihadapkan kepadanya? Namun, siapa dia untuk salahkan TUHAN?

“Ya ALLAH.” Ketika kamu merasakan kamu tak punya sesiapa, ingatlah ALLAH. Dia sentiasa ada, di mana-mana!

Tubuhnya ditegakkan, bibirnya diketap.

Khadeeja meraba lehernya sehingga tangannya menyentuh sebuah loket. Satu-satunya harta peninggalan arwah ibunya. Satu-satunya juga barang yang membuatkan dia rasa dia tak pernah keseorangan.

"Ibu." Dia menyeru.

Fikirannya mula menerawang. Air mata kembali menitis.

 🦋.🦋.🦋.🦋.🦋

Beberapa hari sebelum itu...

"ARGH!"

Mata Khadeeja membulat. Terkejut! Terus jantungnya berdegup laju. Cepat-cepat pisau dicapai. Sambil memegang pisau, cuping telinga diletakkan ke daun pintu.

Suara siapa yang tengah mengerang tu? Takkan suara hantu kut?

“Tak ada pun.”

Agaknya yang dia dengar hanya khayalan. Maklumlah telinga tengah berdesing kerana tak sihat. Lama juga dia cuba mengamati, namun bunyi itu tidak kedengaran lagi.

Baru dia nak tarik nafas lega, boleh pula suara itu terdengar semula. Tak kelakarlah siapa pun yang buat bunyi di lorong belakang rumahnya itu. Malam Jumaat ni banyak hantu syaitan yang berkeliaran.

"To...long." Suara terdengar.

Aduh, dia minta tolong pula. Orang ke hantu ni? Boleh ditolong ke?

Tok! Khadeeja terlompat. Terkejut bukan kepalang.

"Siapa?" Takut-takut dia bertanya.

"Tolong..." Tak boleh kalau dalam hati tak ada syak wasangka langsung. Buatnya bukan manusia, matilah dia. Namun, dalam takut-takut itu dia beranikan diri membuka pintu belakang. Selagi tak tengok sendiri selagi itulah hatinya tak tenteram.

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now