22

1.9K 194 7
                                    

22

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

22...🦋

MAD ke bilik air. Pandang cermin sekejap, baca bismillah berkali-kali bagi menghilangkan gugup. Makan pun Mad tak pernah baca bismillah. Malam ini Mad baca bismillah hanya kerana dia gugup berhadapan dengan Khadeeja.

Gila! Dia hanya mahu bercakap dengan Khadeeja, kenapa gementar mengalahkan hendak membuat pembentangan projek?

Khadeeja dihampiri lalu dia mengamati muka yang terlihat datar itu. “Aku nak minta maaf.” Halus bunyi maaf yang terlafaz.

Khadeeja tidak bergeming. Teruskan kerja melipat kain di atas katil. Tangannya lincah melipat sambil mengasingkan baju-bajunya dengan baju Mad.

“Khadeeja." Mad menarik tangan Khadeeja supaya memandangnya. Khadeeja menatap Mad tanpa reaksi. Hanya menunggu apa yang mahu disampaikan Mad.

“Aku minta maaf.”

“Untuk?” Khadeeja angkat kening, tidak mengerti.

Mad memegang ubun-ubun Khadeeja. Mengusap lembut dengan senyum meniti di bibir. Dia tidak cinta pada Khadeeja. Itu Mad pasti.

Adakah sayangnya pada Khadeeja? Masih terlalu awal untuk dia membuat penilaian. Satu hal yang paling Mad pasti, selain daripada Datin Saloma dan Qaseh, Khadeeja juga termasuk dalam senarai wanita yang wajib Mad hormati.

Gadis sederhana ini isterinya. Isteri segera yang diangkat martabatnya pada tempat yang paling tinggi di sisi seorang lelaki. Mereka memang belum selayaknya bergelar suami isteri dalam erti kata yang sebenar.

Meskipun begitu Mad tidak pernah menolak hakikat bahawa gadis mungil yang sedang duduk di hadapannya inilah, namanya tertulis dalam buku nikah mereka sebagai isterinya. Wanita yang halal untuk Mad gauli namun Mad abaikan kenyataan yang satu itu kerana tahu Khadeeja belum bersedia.

“Aku minta maaf sebab....” Kali ketiga Mad mengulang.

Khadeeja semakin tidak mengerti. Sedikit melonjak kaget ketika tangan Mad yang besarnya hampir menyamai wajahnya mengusap lembut pipinya. Khadeeja yang belum terbiasa dengan sentuhan fizikal mereka segera merona. Tiba-tiba terbayang kejadian Mad merampas ciuman pertamanya. Haih, kenapa boleh terbayang hal itu pula?

Mad tak peduli, seolah tidak nampak rona merah yang muncul di pipi Khadeeja. Ibu jarinya mengelus lembut pipi Khadeeja.

Kulit Khadeeja tidak semulus wanita-wanita yang pernah Mad sentuh, tidak juga terasa kasar di telapak tangannya. Mungkin kerana selama ini Khadeeja tidak berpeluang untuk merawat diri sendiri.

“Sebab aku belum dapat bagi tahu hubungan kita pada kawan-kawan aku. Kau ingat lelaki yang datang tadi? Dia kawan aku. Maksud aku partner in crime aku! Aku minta maaf sebab tak bangkang bila dia kata kau orang gaji aku. Aku ”

Khadeeja tersenyum. Baru mengerti rasa serba salah Mad. Mad minta maaf hanya kerana perkara kecil itu? Terharulah sikit. Tapi, dia tak simpan dalam hati pun!

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now