19

2.8K 274 81
                                    

19

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

19...🖋️

MAD merengus kencang. Kalau boleh dia nak baling telefon di tangan. Di mana Khadeeja? Berpuluh kali dia menghubungi telefon rumah, tak dijawab-jawab juga.

"Takkan tidur kut."

Argh, dia stres! Baru seminggu berbini, dia sudah hilang ketenteraman hidup. Mad tak jamin dia akan aman sehingga ke akhir perkahwinan mereka. Sekarang pun Khadeeja sudah berjaya memporak-perandakan perasaannya.

Dia pun bodoh! Kenapa tak minta nombor telefon Khadeeja? Hari ini baru kelam kabut teringat. Susah sungguh kalau sudah begini. Dia meraup muka gusar.

Dah makan ke Khadeeja? Agak-agak apa yang Khadeeja masak malam ini?

"Argh! Lama-lama sewel juga aku macam ni!" Mad berpusing di kerusi kerjanya. Inilah punca dia tidak mahu menikah. Komitmen membuatnya tertekan. Dia benci terikat. Dia tak suka perasaan mahu bertanggungjawab.

"Jadi lelaki kena berani bertanggungjawab. Kotakan segala janji. Terutama bila Mad sudah beristeri. Isteri adalah amanah dari TUHAN. Kalau dah beristeri nanti, ingat pesan Tok Pa ni," nasihat Tok Pa, datuk di sebelah papa suatu ketika dahulu.

Minggu itu mereka semua berada di kampung. Semua anak cucu dikumpulkan. Seorang demi seorang dipanggil menghadap. Yang paling panjang mendapat tazkirah, pastilah Mad.

Dengan Tok Pa, Mad tak boleh sorok apa-apa. Tok Pa paling mengerti Mad. Mungkin kerana Tok Pa juga pernah berjiwa bebas seperti Mad.

Mad hanya tertawa, "Mad lambat lagi nak kahwinlah, tok!"

Tok Pa menepuk belakang Mad. "Lambat tak lambat jangan lupa pesan Tok Pa. Isteri tu amanah. Ke syurga kamu, ke syurgalah dia. Bimbing elok-elok. Jangan persiakan."

Mad memejamkan mata. Suara Tok Pa seperti kaset buruk bermain di kepalanya.

“Ke syurga kamu, ke syurgalah dia.” Ada ke tempat dia di syurga?

Wajah Khadeeja terbayang di ruang mata. Dia rasa dia memang sudah gila. Tak faham kenapa mudah benar menjemput seraut wajah biasa-biasa itu.

"Mad, darling!" Pintu biliknya terkuak. Muncul dua sejoli berpakaian warna sedondon. Mad mendelik menyampah. Waktu dia tengah serabut inilah makhluk dua ekor ini muncul.

"Janji ke pakai baju sama?"

"Mestilah! Aku dengan Is kan couple sehati sejiwa. Kau jangan jeles, okey." Isabella melepaskan rangkulannya di lengan Iskandar. Dia menghampiri Mad. Tanpa segan dia duduk di lengan kerusi yang sedang diduduki Mad. Bahu Mad dipeluk.

Mad menggeram. Iskandar tergelak.

"Kau ingat kau kecik lagi nak duduk macam ni? Kalau orang tengok nanti dia ingat kau jenis perempuan tak tahu malu!" Bentak Mad namun tidak pula menolak sewaktu Isabella merebahkan kepala di bahunya.

"Kesah apa aku. Biarlah orang nak cakap apa pun. Aku tak peduli." Suara Isabella sayup-sayup kedengaran kerana bibirnya melekap di bahu Mad.

Setelah itu lama Isabella terdiam. Hanya deru nafasnya yang kedengaran.

Mad dan Iskandar berlaga pandang. Pandangan Iskandar tidak kelihatan seperti biasa. Ada sesuatu yang tersirat di situ. Sesuatu yang membayangkan petaka.

"Mad. " Isabella memeluk Mad. Dia sudah puas meluah kesal pada Iskandar, sekarang giliran Mad pula.

"Hei, kau kenapa?"

Iskandar membiarkan Mad dan Isabella berbicara. Dia duduk melepaskan lelah di sofa dalam bilik Mad.

Pelukan Isabella bertambah erat. Dahi Mad mengernyit ketika bahunya terasa basah. Tak mungkin itu air liur Isabella.

Apa lagi masalah yang menimpa Isabella kali ini? Tak habis-habis terkait dengan masalah. Selalunya masalah Isabella pasti berkait dengan Datuk Mursyid. Apa pula yang orang tua tu buat sampai Isabella jadi seperti ini?

Lama Isabella menangis. Mad bertahan menampung berat Isabella sampai kebas bahunya.

"Dah?" Soal Mad setelah Isabella angkat mukanya. Isabella mengangguk. Merelakan ibu jari Mad menyeka air matanya.

"Makin buruk.”

Isabella cemberut. Memukul manja dada Mad. "Buruk pun kau sayang kan?"

Pelik kenapa cara Isabella berbahasa dengan Mad berlainan dengan Iskandar? Ya, kerana begitulah mereka. Iskandar lebih lembut. Mad pula lebih kasar. Namun kedua-dua mereka ada tempat yang sama di hati Isabella.

"Okey, sekarang kau dah boleh bagi tahu aku kenapa kau menangis tadi?"

Isabella gigit bibirnya. Wajah yang sempat ceria tadi kembali mendung. Dia bangun mendapatkan beg tangannya. Kemudian kembali dengan sekeping kad.

"Apa ni?"

"Bacalah."

Undangan pertunangan? "Kau nak bertunang? Again?"

Isabella enggan menjawab. Dia membuang muka. Sejujurnya dia ingin kembali menangis. Sedih! Tak tahu kenapa TUHAN asyik menurunkan bala dalam hidupnya. Salah apa dia sebenarnya?

Mad membaca baris demi baris nama yang tertera.

"Damn!"

Kad itu terpelanting. Serentak dengan itu cawan kosong di atas meja Mad pecah berderai. Iskandar sudah mengagak. Isabella menggigil di sebelahnya.

Rahang Mad mengeras. Dalam banyak-banyak lelaki, kenapa mesti lelaki keparat itu?

Sial! Dia terus memaki sebaris nama di dalam kad itu.

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now