21

2.3K 216 32
                                    

21

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

21...🖋️

TAK khusyuk solatnya! Loceng pintu yang berbunyi berkali-kali menggesanya supaya segera keluar dari bilik. Tak sempat dia membaca doa. Setelah memakai tudung dia keluar tergesa-gesa untuk membuka pintu.

Mad mana? Tak dengar ke bunyi loceng?

"Kejap."

Hesy, tak reti sabar ke? Kunci yang tersangkut di tepi pintu diambil. Pintu rumah dibuka segera. Seorang lelaki sedang berdiri menjulang di hadapannya. Lelaki itu tampak bingung setelah melihatnya.

"Ya. Encik cari siapa?" Khadeeja menyoal sopan.

Iskandar bingung. Kenapa pula yang buka pintu rumah Mad seorang perempuan bertudung? Kalau perempuan separa bogel pun Iskandar tak hairan lagi.

Dah selalu sangat dia bertandang ke rumah Mad, takkan dia salah rumah. Tak boleh jadi! Mana tahu tadi kakinya tersilap lencong, termasuk lorong rumah orang lain. Untuk lebih kepastian, Iskandar beralih memandang nombor rumah di tepi dinding bahagian kanan.

Betullah rumah Mad! Iskandar tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Terkebil-kebil matanya pandang Khadeeja.

Khadeeja mula cuak dengan telatah Iskandar. Tergaru-garu depan pintu rumah Mad. Biji mata Iskandar pula seperti hendak terkeluar sewaktu memandangnya. Dah kenapa tengok dia macam tu? Muka dia dah berubah macam alien ke?

"Encik cari siapa?"

"Mad ada?"

Mendengar nama Mad disebut, lekas-lekas pintu jeriji besi dibuka. Memberi ruang kepada lelaki itu masuk ke dalam apartmen. Pertanyaan lelaki itu dibiarkan tergantung sepi.

"Jemput duduk, encik." Khadeeja mempersilakan lelaki itu duduk. Disambut baik oleh lelaki itu yang segera melabuhkan duduk di sofa panjang.

Mad mana? Dia kena buat apa? Buat airlah kut. Kan tetamu!

Kawan Mad ke ni? Alamak, dia lupa nak tanya! Khadeeja mula ragu. Sepatutnya dia tanya dahulu sebelum membenarkan lelaki ini masuk.

Aduh, macam mana ni? Nak tanya sekarang ke? Tapi, dia ada hak ke nak tanya? Khadeeja berbelah bagi. Mati kutu di hadapan lelaki itu. Seram sejuk Khadeeja rasa kerana lelaki itu tampak menilainya dari atas sampai ke bawah.

Tolonglah! Kalau makhluk TUHAN yang ketiga tampan selepas Datuk Akil dan Mad ini bukan kawan Mad, matilah dia kena marah.

🦋.🦋.🦋.🦋.🦋

AH, MASAK! Tiba-tiba Mad rasa pernafasannya terhenti. Keluar saja dari bilik air di dapur dia nampak Iskandar sedang duduk santai sambil merenung Khadeeja.

Aduh, gawat! Malam masih muda dan Iskandar datang ke rumahnya? Bukannya nak bagi tahu dulu. Apa dia nak jawab kalau Iskandar tanya pasal Khadeeja?

Takkan dia nak jawab, 'Bro, ni bini aku!'

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now