15

2.4K 267 30
                                    

15

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

15...🖋️


MAD serik. Hampir 15 minit mereka duduk semeja. Makan dalam senyap masakan ringkas, air tangan Khadeeja. Boleh tahan rasanya, sanggup ditelan tekak Mad. Daripada mama yang langsung direjek masakannya oleh Mad, boleh mimpi ngeri kalau makan juga.

Kasihan papa terjatuh cinta pada wanita tidak pandai memasak seperti mama. Kalau Mad jadi papa, awal-awal lagi Mad tolak. Tak kenyang perut. Harapkan pembantu rumah yang masak semata-mata, apa kelas? Baik kahwin dengan pembantu rumah!

"Ini apa?" Mad tunjuk sayur dalam pinggan.

"Kangkung," jawab Khadeeja selepas beberapa saat.

Mad mendengus. "Kau ingat aku bodoh sangat ke? Tak kenal kangkung? Aku yang beli!"

Terus dia teringat peristiwa petang tadi. Nyaris dia tertukar kangkung dengan bayam. Dia pun bodoh, main ambil saja. Kalau tidak disebabkan ada seorang mak cik menyebut kangkung tapi pegang daun tak sama macam Mad, mesti Mad tak tahu. Bodoh, kangkung dengan bayam boleh tertukar? Kebodohan yang tidak mahu diakui Mad.

"Kangkung ni masak apa?"

"Goreng."

Oh, boleh tak Mad cekik Khadeeja sekarang? Gadis itu santai selepas memberikan jawapan sepatah. Rasa macam nak korek-korek emas dalam mulut Khadeeja, kalau adalah! Berat mulut sungguh.

"Ini?"

Khadeeja jeling sekilas benda yang dipegang Mad. "Ayam." Merah muka Mad tidak dipedulikan. Dia kembali tunduk. Tanya soalan bodoh, Khadeeja bagi jawapan cerdik.

Mad gigit ayam masak merah itu. Geram! Dia bayangkan dia tengah gigit-gigit Khadeeja. Niat murni Mad ajak Khadeeja berbual, tak dihargai. Otak Mad dah mula fikir nak buat peraturan dalam perhubungan mereka. Sekali Khadeeja bagi jawapan menyakitkan hati, dua kali Mad hukum Khadeeja. Ikut cara Mad yang pastinya!

Tangan dibasuh. Dia sudah selesai makan. Pinggannya sudah licin. Hanya tinggal tulang ayam semata-mata. Dijenguk ke dalam pinggan Khadeeja. Penuh lagi. Hanya sesekali Khadeeja menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Sendiri yang masak, takkan tak lalu nak telan?

"Khadeeja." Seperti yang Mad jangka, Khadeeja tidak menyahut. Makan pun seperti berkhayal. Macam fikir masalah negara saja. Gerutu hati Mad geram.

"Khadeeja." Mad lambai-lambaikan tangan di hadapan muka Khadeeja. Khadeeja tetap tidak bergeming. Matanya bulat sambil menyuap nasi.

"Aku sekeh juga budak ni karang."

Mad mengeluh. Apa dia nak buat dengan budak bendul seperti Khadeeja? Lawannya sentiasa agresif, sekali dapat yang pasif macam Khadeeja, Mad pusing kalahkan hilang projek berjuta-juta.

🖋️.🖋️.🖋️.🖋️.🖋️

MAD mengerang, Khadeeja mengerjap.

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now