03

3.1K 334 38
                                    

03

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

03...🦋

WAJAH pucat itu direnung. Gadis yang terbaring itu sampai-sampai saja di rumah telah menimbulkan kekecohan. Boleh pula pengsan secara tiba-tiba di muka pintu rumah. Terkejut beruk dia dibuatnya!

Tubuh Khadeeja ringan ketika diangkat. Tak terasa beban mengangkat seseorang. Hangat kulit yang tersentuh dek tangannya membuatkan dia tahu gadis itu demam.

Gadis ini, walaupun hati masih tidak rela, terpaksa diakui sudah bergelar isterinya. Pernikahan mereka sah, berdaftar dan tidak boleh diragukan oleh sesiapa. Bukti sahihnya wujud.

 🦋.🦋.🦋.🦋.🦋

"KAMI tak buat apa-apa, mak ngah."

"Kau jangan nak kencing aku!"

Mereka dikumpulkan di ruang tamu. Dia keluar tanpa dipaksa sesiapa sedangkan Khadeeja diseret seperti lembu! Semput nyawa gadis itu menahan sakit di kepala kerana rambut yang ditarik.

"Betul, mak ngah! Semua ni salah faham. Kami tak buat apa-apa."

"Kau diam!" Pang! Tamparan melayang ke pipi Khadeeja. Terteleng kepala gadis kurus itu. Bibirnya sobek, darah mengalir dari celahan bibir yang luka.

"Mak ngah. " Khadeeja sujud di kaki Melur.

Tanpa belas Melur menunjal kepalanya kuat, membuatkan dia tersembam ke lantai. Aduhai, semakin malang nasib Khadeeja. Sudah jatuh ditimpa tangga.

"Puan " Mad cuba menghampiri wanita gempal itu. Tak sanggup dia melihat Khadeeja diperlakukan tidak manusiawi.

"Kau diam! Kalau tak dengan kau-kau, aku tampar!" Jari montel Melur menuding muka Mad.

Ah, gerun juga ketika melihat jejari montel, penuh dengan cincin berbagai permata. Kalau kena pipi pasti berbirat.

"Puan, dengar dulu saya boleh jelaskan."

"Diam aku kata! Kau jangan nak kata kau tak nak bertanggungjawab. Dasar lelaki tak guna! Kau dah tidur dengan budak sial ni, lepas tu kau nak lepas tangan?" Suara besar itu menggelegar di setiap penjuru rumah.

Khadeeja teresak, sedih diaibkan sedemikian rupa. Sudah ramai orang yang memenuhi ruang tamu itu. Mereka dikerumuni oleh orang-orang yang boleh dikatakan bukan sedang menuntut penjelasan, sebaliknya mahu menghukum mereka.

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now