11

2.7K 272 44
                                    

11

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

11...🦋

NABILA mencampakkan majalah Remaja yang belum habis dibaca di atas meja. Dia merenung Sakinah tajam.

Guru tadika berbadan montok tak sedar diri itu balas merenungnya. Huh, dasar dugong mulut tempayan! Hati busuk bau longkang!

Nabila memang sudah lama geramkan Sakinah. Setahun lebih mereka menjadi teman serumah, setahun lebih itu juga dia dan Khadeeja selalu makan hati dengan sifat Sakinah yang serba pemalas. Sudahlah pemalas, pengotor pula. Itu belum lagi dikira mulut Sakinah yang sentiasa berbicara kasar dan sinis terhadap Khadeeja.

Tak tahulah macam mana makhluk satu ini boleh diterima menjadi guru. Guru yang mengajar kanak-kanak pula. Entah-entah guna kabel, sebab itu senang saja mendapat pekerjaan itu.

Paling Nabila tidak mengerti adalah kenapa cikgu tadika itu terlalu membenci Khadeeja. Ada saja perbuatan Khadeeja tak kena di mata Sakinah. Pantang Khadeeja tersilap sedikit memang tak tunggu-tunggu dia mengherdik Khadeeja.

"Kau ni tak habis-habis nak fitnah Khadeeja. Apa yang kau dengki dengan budak tu sampai kau sibuk sangat nak mengata dia macam-macam?" Soal Nabila kasar.

Dia sudah tidak tahan mendengar Sakinah mengumpat Khadeeja. Perempuan berlagak suci ini agaknya hilang ingatan. Lupa dosa mengumpat itu seberat apa. Hesy, kalau ikutkan hati mahu saja Nabila cilikan mulut Sakinah.

"Apa pula fitnah? Semua benda yang aku cerita tu cerita betul. Kau aje yang tak tahu cerita sebenar. Heboh sekampung tahu tak?" Sakinah duduk bergoyang kaki. Dia mencapai majalah Remaja yang dicampak Nabila.

"Kaulah yang jadi tukang hebohnya, ya tak?"

"Kalaupun aku yang sebarkan, apa salahnya? Benda betul pun. Perempuan miang macam tu patutnya dikasi pelajaran. Biar tak menggatal dengan semua jantan kat dunia ni." Lantang suara Sakinah.

Amboi, kalau bab mengata Khadeeja, dialah juara! Hendak bagi satu taman perumahan ini dengar agaknya. Biar bertambah malu Khadeeja. Seronok sangat dapat buka aib Khadeeja. Dasar ustazah celup!

"Kau ni belajar agama tak habis ke apa, hah? Mengaku ustazah tapi perangai macam sundal!" Nabila naik angin. Kecik besar dia nampak Sakinah sekarang.

Panas cuaca hari ini, panas lagi hati Nabila. Pantang sungguh dia kalau orang mengumpat Khadeeja. Kesannya seperti orang mengumpat adiknya.

Sakinah mendelik benci pada Nabila. Kalau tak ingat sekarang tak mudah mahu mencari rumah sewa, saat ini juga Sakinah kemas baju, angkat kaki keluar dari rumah ini.

Mujur Khadeeja sudah tidak tinggal bersama mereka. Senang sedikit hatinya. Tidaklah setiap hari dia bimbang melihat tunangnya mencuri jeling Khadeeja setiap kali menghantar dia pulang dan Khadeeja pula ada di rumah pada waktu itu.

"Comel kawan awak tu. Nampak baik," puji Mukhsin sewaktu kali pertama melihat Khadeeja.

Dia yang sedang kepenatan kerana baru pulang daripada program anjuran tadika tempatnya mengajar, cepat saja menjadi marah. Apa hal tunangnya memuji perempuan lain? Khadeeja pula!

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now