04

2.9K 327 32
                                    

04

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

04...🦋

"SAYA kat mana?"

Dua beradik itu berpandangan.

"Qaseh, panggil mama!” Mad menolak Qaseh.

Mujur adiknya tidak terjatuh katil.

“Apa abang ni? Tunggulah kejap. Pelik Qaseh tengok budak ni."

"Pelik apanya?"

"Budak nilah. Bangun-bangun macam orang amnesia." Bukannya ada terhantuk. Takkan dalam sekejap boleh lupa semua benda?

Qaseh menunduk. Berniat mahu memerhatikan wajah Khadeeja dengan lebih jelas. Dia mahu mencari kejanggalan yang boleh membuktikan kepura-puraan Khadeeja.

"Qaseh, sudahlah tu!"

Gadis manja itu merengus geram. Dia meluru keluar tanpa suara. Jejak pada anak tangga baru dia mengomel geram. “Sibuk aje!”

"Sakit sangat ke kepala kau?”

Tangan Khadeeja di kepala dipegang. Risau melihat Khadeeja seperti pening. Khadeeja yang terkejut segera menepis tangan Mad. Matanya terbeliak kaget.

"Kenapa awak pegang saya? Kita bukan mahram! Haramlah!" Jeritnya marah. Pedulikan tekaknya yang sakit dan kepalanya yang berat.

Dia kat mana? Bilik siapa yang besar sangat ni?

"Eh, apa kau merepek ni? Mahram apa pula?"

Khadeeja semakin panik apabila mengetahui dia bukan saja sebilik, malahan sekatil dengan lelaki yang bukan mahramnya. Ya ALLAH, apa dia dah buat?

"Hei, relaks. Kau nak pergi mana?" Mad tergesa- gesa menarik pinggang kecil Khadeeja yang mahu turun dari katil. Khadeeja meronta-ronta dalam pelukannya.

Hesy, tak padan dengan badan kecik! Kuat sungguh rontaan Khadeeja.

"Kau ni dah kenapa? Diamlah, hei!"

"Lepaslah! Lepaskan saya!"

"Aku lepas kalau kau diam." Mad cuba berkompromi. Khadeeja berhenti meronta.

"Duduk sini diam-diam.” Khadeeja didudukkan di atas katil.

Wajah Mad ditatap. Sebenarnya dia di mana?

Tak semena-mena perasaan takut menjalar memenuhi dada. Dia dapat merasakan sekujur tubuhnya lemah. Jikalau lelaki ini bertindak macam-macam pasti dia tidak mampu mempertahankan diri. Dalam ketakutan yang menggunung itu, Khadeeja rasakan pelupuk matanya memanas.

"Awak, siapa?"

“Aku, siapa?”

Mad mengerutkan dahi. Betul cakap Qaseh, Khadeeja nampak pelik. Lepas pengsan, hilang ingatan pula ke?

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now