13

2.7K 286 11
                                    

13

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

13...🦋

"MANA arah kiblat ni? Aduh!" Khadeeja menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Serba salah hendak mengejutkan Mad yang tertidur pulas.

Telekung solat dipakai. Sesudah itu perlahan- lahan katil dihampiri. Nak tak nak dia kena tanya Mad juga.

"Awak... "

Walaupun tahu perbezaan umur mereka begitu ketara, dia belum sudi panggil Mad dengan panggilan mesra. Antara mereka tidak ada kasih sayang, tak perlu gunakan panggilan mesra. Mad juga ber 'aku engkau' dengannya.

"Awak........... "

Mad bergerak sedikit. Bukan membuka matanya melainkan mengeratkan pelukan pada bantal guling.

Khadeeja mendesah perlahan.

"Awak!" Suaranya dikeraskan sedikit. Mad belum bergeming dari tidurnya.

"Mad!" Bahu Mad dicuit. Tak sedar juga?
"Muhammad  Ghazi  bin  Akil,  bangunlah kejap! Saya nak tanya arah kiblat rumah awak  ni. Saya nak solat zuhur," ujar Khadeeja selajur menggoyangkan bahu Mad.

"Argh!" Refleks Khadeeja menjerit.

Mad menarik tangan kecil yang sibuk menggoncangkan bahunya. Mengganggu tidurnya pada petang hari yang indah. Tubuh kecil itu dipeluk erat menggantikan bantal peluk yang sudah ditendang dengan sebelah kaki. Peluk makhluk bernyawa dengan tingkat degupan jantung yang begitu kencang barulah terasa hangat.

Khadeeja meronta-ronta. Alahai, Mad ni kalau tak buat jantungnya berdegup kencang memang tak sah! Berdebar-debar tak usah cakap. Mad suka buat kejutan yang tak terjangka. Jantungnya hampir koma! Tolong!

"A...wak...."

Mata Mad tetap terpejam. Semakin kuat Khadeeja meronta semakin kencang pelukannya. Ada juga dia cium Khadeeja karang!

"Awak, saya nak solat. Habislah wuduk saya." Khadeeja menolak tubuh Mad. Dia sudah berhenti meronta. Seakan mahu menangis dalam dakapan Mad.

Kenapa Mad tak nak faham ketakutan yang Khadeeja rasakan? Sesungguh hati ditolak tubuh Mad yang rapat dengan tubuhnya. Percuma kerana seinci pun badan Mad tidak bergeser.

Pegangan Mad pada pinggangnya semakin erat. Khadeeja lemas merasakan nafasnya menghilang. Mad nak bunuh dia ke?

"Mu " Bibir kecil Khadeeja terkatup. Bicaranya terhenti.

Mad menjatuhkan bibir lembapnya pada pipi Khadeeja. Dia masih mamai namun rasanya nyata sekali. Dia mengecup pipi itu lama.

Serasa tidak lancar pernafasan Khadeeja. Mad pula masih belum melarikan bibirnya yang melekap di pipi Khadeeja. Sampai bila Mad hendak cium pipi dia? Kalau terus begini bila dia boleh menunaikan solat zuhur?

"Awak " Khadeeja beranikan diri panggil Mad. Tak boleh dibiarkan. Dia nak solat!

"Hurm." Mad bergumam perlahan. Bukankah itu petanda Mad sudah separuh sedar?

"Saya nak solat."

Bibir Mad berhenti di tengkuk Khadeeja. Ah, kain apa yang menghalang bibirnya menyentuh kulit leher Khadeeja? Enggan membuka mata, Mad memegang leher Khadeeja. Seperti kain kapas.

"Mad, saya nak solat." Khadeeja mengulang perkataannya.

"Nak solat? Solatlah! Aku tak halang pun!"

Tak halang tapi tangan yang memeluk semakin erat. Cakap tak serupa bikin.

"Saya tak boleh bangun. Tangan awak ni.  "

Khadeeja mencuba untuk melepaskan diri. Sangat sukar memandangkan Mad bukan sahaja memeluk Khadeeja tetapi separuh tubuhnya sudah menimpa Khadeeja. Berat sungguh, macam gajah!

Tidakkah Mad sedar tubuh Khadeeja yang kecil ini tak mampu menahan beratnya yang tertumpu pada tubuh sebelah kiri Khadeeja. Khadeeja menarik tangan Mad yang melingkar di pinggang kurusnya. Huh, tangan orang ke besi ni? Tak bergerak langsung.

"Mad!" Khadeeja memukul perlahan tangan Mad.

Mad tertawa dalam diam. Sedar Khadeeja sedang menahan nafas dalam geram kerana ulahnya. Bukan dia tak dengar Khadeeja mahu solat. Dan bukan juga dia tidak sedar usaha keras Khadeeja mahu melepaskan diri daripada pelukannya. Saja dia berlama-lama memeluk Khadeeja. Dia suka aroma semula jadi tubuh Khadeeja yang segar.

Perlahan-lahan Mad lepaskan pinggang Khadeeja yang ramping. Sedikit lemak pun tak ada. Macam tak cukup makan saja. Kurus semacam.

Mad telentang. Dia sudah melepaskan candunya, dia mahu menyambung tidur semula.

"Awak...." Khadeeja menggoyangkan bahu Mad yang mahu terlelap semula.

"Apa lagi? Kan aku dah lepas. Nak aku cium pula ke?" Soal Mad.

Khadeeja menarik tangannya daripada terus menggoncangkan bahu Mad. Orang nak tanya kiblat aje pun. Dalam hati Khadeeja menceber. Macamlah tadi dia tak cium pipi Khadeeja. Mengada-ada.

"Saya nak tanya arah kiblat."

"Oh!"

Khadeeja mengamati arah yang ditunjukkan oleh Mad tanpa disedari suaminya itu main tunjuk saja. Mad sendiri tak tahu arah kiblat menghala ke mana. Dia bukan pernah solat selama dekat apartmen. Nasiblah Khadeeja dapat suami yang tak prihatin soal dosa.

Khadeeja bangun membuka telekung. Meletakkan telekung tersebut di atas sejadah di atas katil yang belum dibentangkan. Dia menuju ke bilik air untuk mengambil wuduknya yang telah batal. Sesekali bibirnya merungut marahkan Mad. Melengah-lengahkan solatnya saja!

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now