06

2.8K 315 21
                                    

06

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

06...🦋

TERHENDAP-HENDAP Khadeeja keluar dari bilik. Kepala tertoleh ke sana sini, mata meliar. Tak ubah seperti pencuri lagaknya. Berjengket-jengket dia menuruni anak tangga. Tak boleh ada bunyi, nanti seluruh isi rumah terjaga kerana ulahnya.

“Besarnya!” Khadeeja berdecak kagum. Mulutnya melopong. Terpesona melihat susun atur perabot di ruang tamu.

Fuh, set sofa saja ada tiga jenis. Belum lagi TV plasma yang tergantung di dinding. Sedikit saja lagi boleh disamakan dengan layar di panggung wayang. Mewah betul!

Kalau dah macam ni, bukan setakat kaya tapi dah kaya-raya. Tapi Khadeeja pelik dengan sikap Datin Saloma. Bukan saja peramah, baik hati pula tu. Mak ngah dia yang sedang-sedang elok berduit pun dah sombong membongkak, berlainan sekali dengan sikap Datin Saloma. Agaknya sebab itu kekayaan keluarga ini melimpah ruah, berkat sikap yang tak pernah lalai dengan pangkat dan harta.

“Huh.” Khadeeja menghela nafas panjang.

Sampai bila dia kena tinggal di sini? Rumah ini besar, lengkap dengan keperluan. Namun, dia semakin terasa sunyi. Jiwanya tak betah berada di tempat yang bukan tarafnya. Dia rindukan biliknya di rumah sewa. Cuma sebuah bilik kecil, tetapi dia selesa di situ. Hatinya tenang.

Apa cerita Nabila agaknya? Sepanjang kejadian ini berlaku, Nabila mengambil cuti panjang. Mahu mengikut emak dan ayahnya pulang ke kampung. Katanya alang-alang dah bercuti, biar lama sikit.

Nabila pasti sudah pulang ke rumah. Dia yakin Sakinah pasti tak habis-habis akan memburukkannya. Kawan serumahnya itu memang tidak sukakan dirinya. Sakinahlah yang bertanggungjawab menghubungi Melur dan orang lain bagi melaporkan kejadian yang telah berlaku. Kalaulah Sakinah bertanya dulu...

"Bilalah dia ni nak balik?"

Penat dia tunggu Mad balik. Dah lewat malam tak balik-balik lagi. Dia tak risaukan Mad, tetapi ada hal yang ingin dibincangkan dengan Mad.

Dia dah kahwin. Nak keluar bekerja mestilah kena minta izin suami kan?

Ding! Ding! Ding!

"ALLAHUAKBAR!" Spontan Khadeeja terjerit. Kus semangat! Kuat bunyi jam antik di ruang tamu.

Dadanya diurut. Boleh koma jantung kalau hari-hari kena sergah.

Jarum jam sudah menginjak ke pukul satu pagi. Sampai bila dia kena tunggu? Matanya sudah mengantuk. Sakit kepala mulai menyerang kembali, serasa berdenyut-denyut.

"Balik ke tak balik ni? Mengantuknya."

Khadeeja menutup mulut yang menguap. Matanya mula mengeluarkan air mata. Semakin payah menahan kantuk.

"Dia tak balik ke malam ni?"

Kalau Mad tak balik habislah Khadeeja. Tauke Wong, bos kedai buku tempat Khadeeja kerja bagi cuti sehari saja. Kalau dia tak pergi kerja esok, dia takut dia akan dibuang kerja. Tauke Wong sudahlah cerewet orangnya.

Khadeeja mulai pening. Mahu keluar begitu saja sebelum Mad memberi keizinan Khadeeja lebih takut lagi. Khadeeja takut berdosa.

Dalam saat-saat seperti ini baru Khadeeja rasa betapa pentingnya alat perhubungan yang dipanggil telefon. Perlunya sentiasa mempunyai baki yang aktif supaya dapat digunakan sewaktu kecemasan.

Khadeeja renung telefon rumah berwarna emas di tepi dinding. Telefon itu juga tidak berguna. Hendak didail nombor siapa? Dia tidak tahu nombor Mad.

"Kenapa belum tidur lagi?"

Huargh! Serta-merta Khadeeja menegang! Tiba-tiba ada suara kasar menegurnya, mahu dia tak terkejut? Tak sangka masih ada penghuni rumah besar ini yang belum tidur.

Air liur ditelan. Tekaknya terasa pahit. Lebih pahit dari ubat-ubatan yang dipaksa telan oleh Qaseh tengah hari tadi. Dia tak sempat menolak, Qaseh sudah jegilkan mata. Mahu tak mahu dia telan juga.

"Da...datuk." Tergagap-gagap Khadeeja menyapa Datuk Akil.

"Awak buat apa kat sini?"

"Errr... saya tunggu Mad, datuk," jawab Khadeeja serba-salah.

"Mad tak balik lagi?"

Khadeeja menggeleng. Haruslah tak balik lagi. Kalau dah balik, buat apa dia tunggu? Mesti dia pun dah lena diulit mimpi.

"Pergi tidur. Kalau dia belum balik waktu macam ni memang tak baliklah jawabnya. Sia-sia kalau awak tunggu. Lagipun rumah ni rumah persinggahan Mad aje. Dia ada apartmen," beritahu Datuk Akil.

Pertama kali Datuk Akil berbicara sepanjang itu dengan Khadeeja. Pertama kali juga Khadeeja dapat melihat wajah Datuk Akil dengan lebih jelas. Handsome! Muka Mad jelas difotokopi dari muka Datuk Akil.

"Khadeeja, pergi tidur." Tegas suara Datuk Akil.

Datuk Akil merenung tajam wajah Khadeeja. Boleh tahan degil menantu dia ni. Cakap dua kali pun tak dengar juga.

Dia memang kena tidur ke? Jadi Mad sah tak balik malam ni?

Lambat-lambat Khadeeja bangun. Sebagai seorang manusia yang menumpang dan sedar diri, Khadeeja sedar dia harus patuh dengan arahan Datuk Akil.

"Khadeeja.” Datuk Akil memanggil sebelum Khadeeja menjejak anak tangga.

Dia menoleh. "Ya, datuk?"

"Panggil saya papa. Kamu sekarang sebahagian daripada keluarga ini. Dah jadi anak saya juga," ujar Datuk Akil dengan suara tegas.

Kecut perut Khadeeja mendengarnya. Suara Datuk Akil yang berwibawa membuat Khadeeja jadi tersudut sendiri.

"Ba...baik datuk. Eh, maaf! Pa...pa." Tergagap- gagap Khadeeja hendak panggil Datuk Akil papa. Berbelit-belit lidah. Susah dia hendak anggap Datuk Akil sebagai bapa, sementelah dia tidak mempunyai ayah. Kebiasaan membuatkan dia sukar menerima sesuatu yang datang secara mendadak.

Datuk Akil mengangguk. "Selamat malam." Ucapnya tenang.

Khadeeja terpanar. Datuk Akil ucap selamat malam padanya?

Datuk Akil mendaki tangga, berjalan di sebelah Khadeeja yang masih tercengang di kaki tangga. Tergeleng-geleng Datuk Akil melihat tingkah Khadeeja.

Bagaimana anaknya yang liar mengalahkan kuda tersesat boleh jumpa gadis sepolos Khadeeja?

"Tidur, Khadeeja!"

Terkejut Khadeeja melihat Datuk Akil sudah berada di tingkat atas. Lajunya Datuk Akil naik tangga. Datuk Akil daki anak tangga satu persatu ataupun Datuk Akil terbang macam Superman?

Tak boleh jadi ni! Cepat-cepat Khadeeja mendaki anak tangga. Lalu terburu-buru masuk ke dalam bilik Mad.

Khadeeja berbaring di atas tilam empuk Mad. Hanya sedikit ruang diambil di atas katil itu kerana Khadeeja tidak biasa tidur di tempat luas.

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now