09

2.6K 290 14
                                    

09

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

09...🦋

MENCUKA muka Datin Saloma. Berbincang dengan Mad ibarat mencurah air di daun keladi. Keputusan yang diharapkan tak dapat, hati jadi bertambah sakit.

"Papa!" Datuk Akil jadi sasaran. Diam saja dari tadi. Tak boleh ke bersuara sikit? "Cakaplah sesuatu!"

Datuk Akil masih diam. Duduk tenang di sebelah Datin Saloma.

Datin Saloma merengus. Tak puas hati dengan dua beranak yang tak endah dengan suaranya. Baik papa dengan anak, sama saja perangai. Dua-dua degil.

"Mad, kenapa nak bawa Khadeeja keluar? Kan elok kalau duduk dekat rumah ni. Rumah ni besar. Bilik banyak. Lagipun boleh Khadeeja temankan mama. Orang lain dekat rumah ni tak pernah tak busy. Tinggal mama sunyi sorang-sorang. Mad tak kesiankan mama ke?" Rungut Datin Saloma dengan suara sayu.

Baru dia hendak bergembira ada menantu yang boleh temankan dia di rumah, alih-alih malam ini kegembiraannya diragut. Mad memberitahu hasrat nak bawa Khadeeja tinggal di apartmen.

Mad dan Khadeeja berlaga pandang. Khadeeja mengunci mulutnya rapat, tak nak komen apa-apa. Keputusan keluar dari rumah ini adalah keputusan Mad. Sebagai isteri solehah, kononnya, dia ikut saja asalkan Mad tak suruh dia buat benda haram.

Lagipun dia agak bersetuju mereka keluar dari rumah ini kerana ini adalah untuk kebaikan bersama. Memandangkan mereka belum tahu untung nasib rumah tangga mereka, lebih baik jika mereka jauh dari keluarga. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, maka tidak perlulah hal itu sampai melibatkan keluarga.

"Apartmen tu kecik, Mad. Tak selesa. Kenapa Mad nak jugak duduk situ?

Mad tergelak. Apartmen dia kecil? Biar betul Datin Saloma ni! Mahal kut dia beli apartmen tu. Balkoni pun luas. Kalau nak main kejar-kejar tanpa melanggar perabut pun boleh lagi.

"Mama, Mad dengan bini Mad ni bukannya besar sangat. Cuba mama tengok Khadeeja.” Kepala Khadeeja ditepuk-tepuk. Cepat isterinya merona. “Ketot je kan?”

Melihat Datin Saloma terjegil, Mad ketawa kecil. “Apa buat kepala isteri macam tu?”

“Mad buat apa? Mad tepuk manja, bukan tepuk sakit.” Bibirnya mengulum senyum. Sementara itu sempat dia usik pipi Khadijah yang kemerahan. Khadeeja segan dilayan mesra oleh Mad.

Datin Saloma mendengus. Namun, sejuk hatinya melihat layanan Mad pada Khadeeja.

“Lagipun kami berdua aje. Duduk rumah besar istana buat apa? Apartmen Mad tu dengan rumah kita ni bukan jauh sangat. Kita ni tinggal dalam bandar yang sama aje mama, bukan Mad nak bawa Khadeeja pindah dekat Afrika sana!"

Panjang muncung Datin Saloma. Ingat senang nak pujuk hati dia?

"Mama tetap tak setuju Mad bawa Khadeeja duduk dekat apartmen. Dulu masa Mad duduk situ Mad bujang. Sekarang Mad dah kahwin. Rumah macam tu tak sesuai untuk orang yang dah berkeluarga. Mad tahu tak sejak akhir-akhir ini berapa ramai budak yang jatuh dari apartmen tinggi? Mama risau!"

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now