17

1.8K 185 32
                                    

17

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

17...🖋️

DUA PULUH tahun telah berlalu dengan sia-sia. Sebaris nama Nur Amira masih belum mampu dilupakan Syed Amirul. Sering kali dia memikirkan jika dia tidak bersikap pengecut, pasti keadaan menjadi berbeza. Dia boleh menyelamatkan lebih banyak jiwa. Dia juga tak perlu mengusung perasaan bersalah ini ke mana saja dia pergi.

Gambar wajah polos yang terlihat tidak bahagia itu direnung sedalam-dalamnya. Kenapa nasib malang itu tidak berakhir selepas kematian Amira? Kenapa harus Khadeeja pula yang menanggungnya?

"Anak Mira cantik. Sama macam Mira." Sekeping gambar Amira yang telah lusuh disentuh.

Apa yang perlu dilakukannya? Rancangan yang telah tersusun rapi menunjukkan tanda-tanda bakal menemui jalan buntu. Perlukah dia berhenti setakat ini?

Syed Amirul menekan interkom. "Masuk!"

Tak lama kemudian Amin tergopoh-gapah masuk ke dalam biliknya.

"Ya, bos!" Amin tegak berdiri. Siap bertempur seperti perajurit di medan perang.

Bilik bosnya dikerling. Gambar bersepah di atas meja. Pecahan kaca bertaburan di atas lantai. Bahu gagah Amin melorot jatuh. Pasti dia akan diberi tugasan yang tidak-tidak. Dan semestinya tugasan itu tiada kena mengena dengan pekerjaannya.

"Siasat kat mana budak ni sekarang."

Mudah sungguh arahan diberikan. Amin bukan detektiflah, bos! Bos banyak duit, kenapa tak upah penyiasat persendirian? Kenapa nak susahkan dia yang yatim piatu?

"Kenapa kau tercegat lagi? Sekarang aku kata!"

"Ya, ya. Baik bos."

Amin menikus. Rangkaian kata yang bermain di minda, mampir setakat di tekak. Tidak boleh disuarakan. Dia masih mahu hidup lama.

Prang! Prang! Prang! Bunyi kaca pecah.

Di luar pintu Amin meringis. Susah dapat bos gila macam Tuan Syed. Dengan dia-dia kena buat kerja gila.

“Amin!” Diana datang menyergah Amin sebaik saja Amin kembali ke mejanya.

Amin tidak mempedulikan Diana. Amin fokus melihat skrin komputernya.

"Kau buat apa?" Seperti biasa Diana menarik kerusi lalu duduk di sebelah Amin. Kerana Amin tidak menjawab soalannya, dia terus menarik skrin komputer supaya menghadapnya. "Khadeeja lagi?"

Amin diam. Dah tahu lagi mahu tanya. Kalau dia cakap bodoh, marah. Tak sedar suka sangat tanya soalan bodoh. Jelas-jelas terpampang maklumat Khadeeja di situ.

"Pak su ni gilalah. Banyak lagi perempuan lain. Kut ya pun suka daun muda, janganlah bini orang!" Getus Diana sambil membaca maklumat yang tertera.

"Eh, selama kau ikut pak su, ada tak pak su jumpa dengan pakar sakit jiwa? Aku dah happy sangat bila tahu pak su bukan gay, tak adalah dia mengurat kau. Sekarang ni selera pak su ni pula buat aku risau. Daun muda okey lagi, tapi bini orang? Apa kes? Sah-sah kerja orang gila," ujar Diana berkobar-kobar.

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now