26

1.9K 189 31
                                    

26

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

26...🦋

SEBELAH tangan berusaha memasukkan kunci, sebelah tangan lagi membimbit plastik beg. Sebelum balik dia sempat singgah di Watsons untuk membeli barang keperluan diri. Dah naik segan asyik pinjam barang Mad.

Khadeeja mengeluh. Berasa agak letih. Ramai sungguh pelanggan di restoran hari ini. Sampai tak menang tangan mereka bekerja. Mungkin disebabkan hujung bulan. Waktu-waktu orang baru memperoleh gaji. Maka ramailah pula yang berniat menghabiskan duit.

"Assalamualaikum," ucap Khadeeja perlahan.

Kasut diletakkan di rak. Tidak perasan langsung kelibat sesusuk tubuh di ruang tamu.

"Wa'alaikummussalam."

Mata Khadeeja terbuntang. Terkejut kerana ada yang menjawab salamnya. Namun rasa paniknya melebihi rasa terkejut yang dirasakan.

Mad! Oh, jantung tolong jangan gugur sekarang. Kenapa Mad dah balik?

Khadeeja segera melihat jam di dinding. Dia tak lambat. Dia balik macam biasa. Aduhai, macam mana boleh kantoi pula ni! Sepasang mata Mad sedang menguliti setiap inci tubuhnya. Serasa bagai mata itu saja mampu melapah sedikit demi sedikit kulit, seterusnya dagingnya pula.

"Kenapa? Tak percaya aku dah balik? Jam tu tak salah."

Mad merenung muka Khadeeja yang pucat lesi. Muka dah macam orang jumpa hantu. Takut kan? Orang yang baru buat dosa, kemudian tertangkap, begitulah reaksinya.

Khadeeja kaku seperti patung. Dada berombak ganas. Seram sejuk membalas renungan Mad. Patutlah sepanjang hari dia tak senang duduk, rupanya ada petaka menunggu di rumah. Matilah dia.

"Munafik." Sepatah kata terlontar dari bibir Mad.

Mata Khadeeja terasa panas. Hanya sepatah gelaran disebut dalam nada normal, sudah cukup membuatkan Khadeeja rasa tertampar.

"Kau tarbiah aku tentang dosa orang tak solat. Tapi kau buat dosa-dosa lain. Padahal aku dah bagi tahu kau aku tak izinkan kau kerja. Kau nak aku sebutkan dosa isteri yang keluar rumah tanpa izin suami ke? Ke kau belajar tak habis bab ni masa kau sekolah dulu?"

Mad mengetap gigi. Ingat senang ke nak bertahan daripada jangan memaki hamun Khadeeja? Payah sangat! Dia rasa nak meletup. Nak lambung Khadeeja macam bola, biar Khadeeja dah tak berani buat perangai lagi.

"Kau lupa lagi ke siapa aku? Kau nak aku perkenalkan diri?" Mad buat-buat gelak.

Terdengar ngeri di telinga Khadeeja. Air liur ditelan.

Mad bangun menghampiri Khadeeja. Secara tiba-tiba mengikut refleks minda yang cepat memberi amaran, Khadeeja berundur ke belakang. Tubuh kecilnya menyentuh pintu yang tertutup.

Akhirnya Mad sampai di hadapan Khadeeja. Tubuh tingginya menjulang menutupi tubuh Khadeeja. Saat ini bukan Mad yang Khadeeja nampak. Sebaliknya seekor raksasa yang mencari peluang untuk membaham mangsanya.

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now