25

2K 193 28
                                    

25

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

25...🦋

JIKA bukan disebabkan desakan Iskandar, Mad tidak akan masuk ke dalam restoran makanan segera ini. Melihat deretan manusia yang beratur dia sudah jadi malas. Apalagi kalau terpaksa menunggu lama, perut yang lapar pun boleh jadi hilang selera.

Kebetulan mereka baru pulang melihat tapak projek, Iskandar pula buang tabiat hendak makan ayam goreng. Iskandar bagi alasan dia tengah mengidam. Tengkorak dia mengidam! Spesis pun sama dengan Mad, ada hati nak guna alasan tak masuk akal.

"Kau tunggu ajelah. Aku order."

Memang patut pun dia jadi bos besar, Iskandar jadi kuli. Iskandar yang kemaruk sangat hendak makan paha ayam mulus, silakan pesan makanan. Dia tahu nak makan saja. Tak ingin dia beratur panjang-panjang demi dua tiga ketul ayam goreng.

Dia menuju ke tingkat atas. Biar jauh sedikit dari hiruk-pikuk di kaunter.

Seluruh tingkat atas ditelek. Tidak ramai yang makan di atas. Lebih bagus begitu. Tidak ada bunyi bising yang akan menyerabutkan kepalanya terutama suara kanak-kanak menangis. Bukan dia tidak sukakan kanak-kanak. Namun, dalam keadaan emosinya yang tidak begitu baik ini dia mahu duduk tenang tanpa sebarang gangguan.

Bro ! Kau berkhayal apa aku panggil tak dengar?” Iskandar mengoceh bising.

Mad buat tak endah. Malas mahu melayan Iskandar yang sedang membawa nampan penuh berisi makanan. Nak makan atau melantak?

Ayam enam ketul. Cheesy wedges dua bekas. Kentang goreng dan nuget pun ada!  Gila betul. Dah macam orang bela saka pula.

Iskandar ambil seketul paha ayam. Dilahap sesungguh hati.

Mad jadi pemerhati. Dia bukan suka sangat makan ayam goreng saja. Tak mengenyangkan perut. Nasi lebih menjadi pilihan hati. Maklumlah perut dia perut orang Melayu.

"Bro , aku nampak orang gaji kau." Iskandar bersuara dengan mulut yang penuh. Buruk perangai sungguh.

"Kau cakap apa? Makan dulu bagi habis dalam mulut boleh tak? "

Iskandar menelan makanan di dalam mulutnya. Air Pepsi diteguk rakus.

"Aku nampak orang gaji kau," jelas Iskandar.

"Orang gaji aku? Siapa?" Mad mengambil seketul cheesy wedges.

"Kau jangan buat pasal. Berapa orang gaji kau ada?"

Makin Mad tak faham. Orang gaji mana pula?

Bila masa dia ada orang gaji? Orang gaji rumah keluarganya ke? Kenapa pula Iskandar sibuk dengan mereka? Tak pernah-pernah pun dia hendak ambil tahu.

"Eh, apasal muka kau blur? Budak perempuan yang buat kopi sedap itulah!”

"Khadeeja?" Mad tak jadi menyuap ayam ke dalam mulut.

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now