14

2.5K 271 7
                                    

14

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

14...🖋️

"INI saja maklumat yang saya dapat, bos." Serentak dengan itu fail yang mengandungi pelbagai maklumat itu bertukar tangan. Sebuah sampul surat besar turut disertakan bersama fail tersebut.

Amin gemuruh melihat muka bosnya. Janganlah Syed Amirul marah lagi. Tidak mustahil jika kerja selama berbulan-bulan itu tidak memuaskan hati bosnya.

"Keluar. Ada apa-apa, nanti aku panggil lagi.” Amin menarik nafas lega mendengar arahan itu.

Tidak perlu diulang, segera Amin meninggalkan bilik bosnya. Tidak tahu sama ada kerjanya memuaskan hati atau tidak, tetapi dia telah melakukan yang terbaik.

Ingat senang ke nak jadi penyiasat tak bertauliah? Harapkan duit sahaja yang menjadikan kerjanya lebih mudah. Jika tidak jangan haraplah semua maklumat itu berada dalam tangan.

Entah siapa gerangan gadis di dalam gambar itu. Dua orang yang berbeza namun memiliki wajah yang hampir seiras. Seorang gadis dalam gambar lama nampak terurus sedangkan gambar gadis yang saban hari diekorinya kelihatan selekeh.

Seketika kemudian Amin sudah duduk santai di kerusi empuknya. Keningnya berkerut, penuh dengan lapisan-lapisan halus pada dahi.

Siapa budak perempuan dalam gambar itu agaknya? Sewaktu mula-mula diberikan arahan untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang gadis itu, Amin sempat kaget. Mana dia tak kaget, kerjanya selama ini menguruskan pejabat, bukannya jadi Mat Tahir pengekor mata air orang.

"Bos ni terjebak dalam kenangan silam ke?" Amin memainkan janggut di dagu. Dia tertanya-tanya sendiri dengan sikap lelaki yang lebih sering dipanggil bos itu. Perubahan sikap bos menjadi tanda tanya Amin.

Semenjak mereka pulang ke Malaysia beberapa bulan yang lalu, dia sering disuruh mengekori seorang gadis muda yang melakukan dua kerja itu. Siang hari bekerja di kedai buku, malam pula bekerja di sebuah restoran makanan segera.

Kadang-kadang dia jadi bosan menunggu gadis itu pergi dan pulang kerja. Kerana sesungguhnya rutin gadis itu tidak pernah berubah. Setiap hari keluar bekerja dan setelah pulang hanya terperap di rumah.

Bos juga mudah berubah sikap dalam sekelip mata jika melibatkan gadis itu. Tidak faham sungguh Amin dengan sikap bos.

Seperti malam celaka itu berlaku yang membawa kepada kesialan berganda Amin pada keesokan harinya. Lebam pipi, berdarah hidungnya ditumbuk bos kerana dikatakan tidak becus melakukan pekerjaan.

Hei, dia pun manusia! Tahu letih, tahu sakit. Dia belajar di universiti cara-cara untuk menguruskan syarikat bukannya belajar cara-cara menjadi penyiasat persendirian. Sejak bila profesionnya bertukar dia pun tak tahu. Sekarang dia lebih banyak berada di luar berbanding di pejabat. Semuanya gara-gara gadis muda itu.

Malam itu Amin terlalu lelah. Sangkanya setelah dia melihat gadis itu selamat masuk ke dalam rumah, dia boleh pulang dan tidur dengan nyenyak di rumahnya.

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now