20

2.6K 213 24
                                    

20

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

20...🖋️

RUMAH moden bergaya minimalis itu cukup besar. Baru sahaja diubah suai beberapa tahun yang lalu. Setiap sudut rumah itu menggambarkan jati diri pemiliknya yang sentiasa hidup dalam kesederhanaan meskipun dilimpahi kekayaan melimpah ruah.

Lokman adalah seorang lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan tetapi di sebalik prinsip itu pembawaan dirinya begitu sederhana. Tidak pernah menongkat langit. Bila berbicara, dia sentiasa merendah diri namun wibawa diri tak pernah luntur.

Mata redup nan hangatnya mengedarkan pandangan ke setiap sudut rumah. Tidak ada sudut yang terkecuali dari pemerhatiannya.

Rumah besar dan lengkap dengan segala perabot dan perkakas mewah berjenama tetapi sayang rumah itu sunyi. Bagaikan ada sesuatu yang menjadi batu penghalang yang menyebabkan gembira itu ada, tapi bahagia jarang singgah masuk. Alangkah manis jika penghuni rumah ini lebih ramai. Pasti suasana tidak sesunyi ini.

"Abang, air." Segelas jus oren diletakkan di atas meja di hadapannya.

"Terima kasih." Dia menatap wanita cantik yang baru melabuhkan duduk di sebelahnya. Aliya nama wanita itu. Isterinya.

"Dari tadi saya nampak abang termenung. Abang fikir apa?"

Lokman mengeluh dalam. "Kalau kita dah tak ada nanti, mana agaknya harta-harta ni semua kita nak salurkan?"

"Tak apalah, abang. Mungkin kita dah boleh mula fikir tentang hal tu." Aliya tersenyum.

Terlihat tulus namun sinar mata yang bening itu memancarkan kepedihan yang cuba disembunyikan. Dia tahu penyebab kepada kesengsaraan yang ditanggung isterinya. Sangat tahu!

Penyesalan! Sarat sekali ditanggung oleh mereka.

"Abang dah minta orang tolong tanyakan?"

"Sudah."

"Ada berita?" Dia menangkap nada yang cukup bersemangat dalam suara itu. Menyiratkan harapan yang menggunung. Mata Aliya juga lebih bercahaya. Buat dia jadi sulit nak bercerita.

“Abang?”

"Banyak benda jadi lepas kita pergi." Dia membuang keluh.

“Kenapa? Apa yang dah jadi?”

Jantung Aliya dipalu debar. Dah mula rasa tak sedap hati. Meskipun begitu dia perlu mendengar segala cerita Lokman. Sepahit mana pun sebuah kenyataan yang bakal diberitahu dia harus menelannya. Dia tidak boleh lari dari kenyataan seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Abang, ceritalah. Saya nak tahu." Aliya memohon dengan penuh pengharapan.

Tolong beritahu dia bahawa di sana tanpa kehadirannya, semua orang sedang baik-baik saja. Hidup mereka bahagia walaupun dia tidak termasuk dalam lingkungan kebahagiaan itu. Jangan menambahkan lagi perasaan bersalah yang ditanggung selama ini.

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now