24

2K 193 32
                                    

24

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

24...🦋

SUDAH lama Aliya tidak ke sini. Banyak perubahan yang telah berlaku. Pekan kecil itu semakin padat dengan susunan kedai yang begitu dekat dengan jalan. Dia sengaja ke sini setelah mendapat keizinan Lokman. Dia menolak ketika Lokman meminta dia ditemani seseorang. Dia mahu bersendirian.

Kaki Aliya berhenti di hadapan sebuah restoran makanan segera. Lapar pula rasanya. Segera dia masuk ke dalam restoran itu.

"Satu set snack plate," pesannya di kaunter.

Tidak lama dia menunggu, pesanannya sudah siap. Dia memilih tempat duduk paling dekat dengan pintu. Boleh melihat orang lalu lalang.

Dia ingat di sinilah kali pertama dia menemukan Amira dan Lokman. Tak sangka restoran makanan segera ini bertambah besar. Jika dahulu hanya satu lot kedai, kini telah dibesarkan menjadi dua lot kedai. Lebih selesa dan lebih banyak meja disediakan.

Berada di dalam restoran ini membuatkan dia merindukan Amira. Perasaan itu tidak dapat dikekang. Kalau dia boleh kembali ke dua puluh tahun silam, dia pasti akan mengubah sejarah yang telah tercipta.

"Mira tak salah. Kenapa kakak sampai hati fitnah Mira macam ni?"

Mata Amira merah. Dia dapat melihat dengan jelas luka di tangan Amira. Dia yakin bukan hanya di situ Amira terluka. Dia mendengar jeritan Amira yang dilibas ayahnya malam semalam.

"Mira tak goda suami kakak. Dari dulu sampai sekarang Mira benci dia!"

Aliya terlalu turutkan egonya. Dia rasa tercabar. Entah mengapa dia perlu mencari seseorang untuk melampiaskan semua sakit di hatinya. Dan pilihannya jatuh pada Amira.

Amira, adik kecil yang paling disayang.

Namun, dia terlalu takut kehilangan Lokman yang sangat dicintainya. Lelaki itu adalah nyawanya. Dia boleh mati jika kehilangan Lokman.

"Apa salah Mira pada kakak? Kenapa kakak buat Mira macam ni? Kakak dah tak sayang Mira ke?" Amira mengongoi. Menangis terduduk sambil memegang kaki Aliya.

Aliya memejamkan mata. Dia terluka. Merasakan sakit yang sama dengan Amira. Namun perasaan ragu dan kasihan yang sesekali muncul, terpaksa diabaikan. Dia memilih untuk percaya apa yang dia dengar.

Ketika Aliya dan Lokman memilih untuk meninggalkan rumah itu pada keesokan harinya, Amira hanya menatapnya sayu di sebalik jendela. Dia melihat kelainan pada jiwa itu. Tanpa dia sedar, hari itu dia bukan saja kehilangan seorang adik, malahan separuh jiwanya juga perlahan-lahan mulai mati.

Hari terakhir dia melihat Amira merupakan hari yang amat disesali sepanjang dua puluh tahun pelariannya di bumi asing. Hatinya retak, sukar untuk dicantumkan kembali. Adanya Lokman di sisi tidak mampu membuatkan dia sepenuhnya bahagia. Setiap detik dia berasa ada yang kurang dalam hidupnya. Dia mula dihambat rindu. Perasaan bersalah juga kian membelenggu.

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now