10

2.8K 272 40
                                    

10

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

10...🦋

SATU persatu bajunya dimasukkan ke dalam beg kecil di atas katil. Mad meminta mereka berpindah secepat yang boleh. Jika tidak ditegah Datuk Akil, pasti malam ini juga Khadeeja mengikut kerja gila Mad.

Selesai berkemas, dia duduk di birai katil sambil membelai kain cadar di bawah punggung. Perbuatan kecil yang memberikan kesan tenang pada hatinya.

Saat ini hatinya sedikit pun tidak berasa bahagia. Rumah ini besar bagaikan istana. Begitu juga bilik Mad.

Jiwanya semakin sunyi. Dia sedang berada di suatu tempat yang tidak sepatutnya.

"Ibu..." Di kala jiwanya sunyi seperti ini dia selalu berharap Amira ada di sampingnya menjalankan tugas sebagai seorang ibu. Pasti hidupnya tidak akan sesunyi ini. Dia akan mempunyai tempat bergantung. Setidaknya dia dapat merasakan nikmat memiliki seorang ibu.

Dia menggenggam erat rantai di leher. Perbuatan yang sering dilakukan apabila dia mahu rasakan kehadiran Amira di sampingnya.

"Macam mana Eja nak bahagiakan diri Eja? Hati Eja tak boleh terima." Hanya dengan Amira dibahasakan dirinya sebagai Eja. Ketika itu dia berasa seperti anak yang manja. Bermanja pada ibu yang telah tiada.

Ah, dia rindukan Amira!

Dia mengerjapkan mata yang berair.

Bunyi ketukan pada daun pintu yang sedikit terbuka mengalihkan perhatian Khadeeja. Wajah Datin Saloma terjengul di sebalik daun pintu yang terkuak lebar.

"Boleh mama masuk?" Senyum lebar terukir mesra.

"Masuklah, mama." Kekok Khadeeja menjawab. Belum terbiasa lidahnya memanggil Datin Saloma, mama. Turut tersenyum membalas keramahan ibu mentuanya.

"Dah siap berkemas?" Datin Saloma memandang beg Khadeeja di atas lantai. Khadeeja mengangguk.

Datin Saloma duduk di sebelah Khadeeja. Memerhatikan dengan saksama wajah gadis yang baru sehari menjadi menantunya. Wajah yang membuat hatinya jatuh sayang. Dalam masa yang sama turut menerbitkan rasa simpati pada gadis naif itu ketika kali pertama melihatnya.

Hati tuanya mudah benar jatuh suka pada Khadeeja. Tidak perlu gadis ini berbicara banyak, cukup dengan menatapnya saja hati Datin Saloma sudah terpaut suka. Alangkah molek seandainya Mad mampu menjaga Khadeeja dengan baik. Memperlakukan Khadeeja sebagai isteri dengan selayaknya.

"Mama berat hati nak lepaskan Eja.”

Damainya hati Khadeeja ketika Datin Saloma memanggilnya Eja. Begini agaknya lembut suara Amira jika Amira masih hidup. Tak pernah ada orang lain yang teringin panggil dia begitu. Hanya Datin Saloma yang sudi. Kerinduannya pada Amira semakin menebal. Datin Saloma bangkitkan rindu yang menggebu. Rindu yang tak pernah mampu dicurahkan.

Datin Saloma mengeluh. “Mama tak faham kenapa Mad nak pindah. Rumah ni dah cukup besar. Budak tu memang susah nak faham dia. Bila dah buat keputusan tak ada siapa dapat membangkang lagi. Sama macam papanya. Keras kepala!"

Khadeeja hanya diam. Tiada niat mahu membalas. Baik untuk menafikan mahupun membenarkan kekesalan yang ditumpahkan oleh Datin Saloma.

Sikap Khadeeja yang satu ini jugalah yang membuatkan Datin Saloma berat hati untuk melepaskan Khadeeja jauh dari pandangannya. Datin Saloma bimbang Khadeeja akan menjadi mangsa buli suami sendiri. Apalagi kaki mengusik seperti Mad.

Meskipun apartmen Mad dan rumah keluarga tidak jauh mana namun tetap juga Datin Saloma risau. Membayangkan pernikahan Mad dan Khadeeja tidak seperti orang lain saja sudah membuatkan Datin Saloma tidak sedap hati.

"Eja."

Khadeeja mendongak lalu memandang Datin Saloma. Datin Saloma menarik tangan Khadeeja seraya menggenggamnya erat.

"Boleh mama minta Eja janji sesuatu?" Pandangan Datin Saloma penuh berharap.

Khadeeja tersenyum kecil seraya mengangguk. Terlalu banyak janji yang dipohon Datin Saloma. Kali ini apa lagi permintaan Datin Saloma?

"Mama harap apa pun yang terjadi, jika ada sebarang masalah sama ada dengan Mad atau sesiapa saja, Eja tak segan datang jumpa mama. Jangan pendam masalah Eja sendiri. Mama sentiasa ada untuk Eja," ucap Datin Saloma sambil menatap Khadeeja sayu.

Dia suka memanggil Khadeeja begitu. Dia dapat merasakan Khadeeja juga suka namun tak ditunjukkan. Mata Khadeeja lebih bercahaya setiap kali dia memanggil Khadeeja, Eja. Gadis ini terlihat seperti gadis yang benar-benar kekurangan kasih sayang. Kasihannya!

Khadeeja terdiam. Hati kecilnya tersentuh dengan perhatian yang diberikan Datin Saloma. Baru kali ini dia berasa ada orang menyedari kehadirannya dan bersungguh menganggapnya ada. Sungguhpun begitu hatinya ragu untuk berharap lebih jauh.

Bimbang di kala hati semakin sayang, semuanya hanyalah sebuah mimpi semata-mata. Mimpi indah yang perlu dilepaskan kala terbangun di pagi hari.

"Eja, boleh kan?" Datin Saloma mengusap kepala Khadeeja.

Apakah jawapan yang harus Khadeeja berikan? Khadeeja takut mengukir janji kerana itu sama seperti memberi harapan palsu kepada wanita separuh abad yang sangat baik hati ini.

"Bolehkah mama berharap pada Eja?"

Pandangan sayu nan berkaca-kaca diberikan Datin Saloma. Khadeeja serba salah. Apakah dia punya pilihan? Menolak atau menerima?

Di dalam hati kecamuk seribu. Ibarat kata pepatah, ditelan mati emak diluah mati bapak. Tiada pilihan yang lebih baik. Kedua-duanya sama menyepit Khadeeja.

Tangan Datin Saloma yang sedang mengusap kepalanya semakin menghangatkan hatinya yang rapuh. TUHAN, bolehkah dia berharap sekali ini? Bolehkah dia menyambut kasih yang ibu ini hulurkan? Salahkah jika pada akhirnya Khadeeja meluluhkan hatinya yang kontang?

"Insya-ALLAH, mama." Suaranya kecil dan halus. Tapi Eja tak mampu janji. Hati kecil Khadeeja berbisik lirih.

Datin Saloma senyum lebar sampai ke telinga. Bersyukur dengan jawapan tidak pasti yang diberikan Khadeeja. Tidak pasti Khadeeja akan menunaikan janji atau tidak, sekurang-kurangnya dia boleh terus berharap bahawa Khadeeja akan datang padanya di satu hari yang tepat.

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now