27

1.9K 180 26
                                    

27

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

27...🦋

LAMA Khadeeja menunggu. Tersengguk-sengguk dia menahan kantuk. Pandangan tak lepas dari daun pintu yang tertutup. Kalau boleh dia hendak buka pintu luas-luas supaya dia boleh nampak bila Mad balik.

Perasaan risau, takut dan berdosa bercampur aduk, buatkan dia susah hendak bernafas. Dia risau sekiranya sesuatu yang buruk terjadi pada Mad. Takut kalau marah Mad tidak surut-surut. Yang lebih menyesakkan jiwa, dosa-dosa yang ditanggung sepanjang dia keluar rumah tanpa izin Mad.

Dia hendak mengadu pada seseorang tapi siapa yang faham gelodak perasaannya?

"Ibu. " Pada saat bersendirian seperti ini hanya nama itu yang mahu disebut.

Biarlah orang nak kata apa pun, namun hati remajanya tulus menyayangi ibu yang sudah tak berjasad. Perasaan rindunya terhadap susuk seorang ibu tak pernah berkurang. Di saat dia tidak pernah mengharapkan kehadiran seorang ayah, dia terlalu merindukan pelukan hangat seorang ibu. Peritnya apabila menjadi seorang anak yang terbuang.

"Eja buat banyak dosa. Eja tak kenal dia, macam mana Eja nak anggap dia suami? Dia...." Khadeeja teresak-esak sambil memeluk lutut. Dia duduk di tepi dinding tidak jauh dari pintu. "Dia dekat dengan Eja, tapi Eja rasa dia jauh. Eja takut...."

Dia takut untuk menyayangi. Dia ragu untuk percaya. Di mana hendak dicari sebuah kekuatan yang tak pernah dia miliki. Manik-manik jernih semakin lebat merembes di pipinya.

"Saya dah cakap dekat awak banyak kali. Awak yang tak nak dengar. Tengok sekarang apa dah jadi?" Bebel Nabila di hujung talian.

"Saya tahu saya salah," akui Khadeeja.

"Awak bukan tak tahu apa yang awak buat tu salah. Tapi awak tetap buat juga. Awak tahu tak niat kita takkan pernah menghalalkan cara? Awak jangan main-main dengan hukum Khadeeja. Suami awak tak salah pun bila dia tak bagi awak kerja. Dia banyak duit, dia mampu sara awak."

Dia hanya mampu mendengar. Nak menjawab dia dah tahu dia berada di pihak yang salah. Tak mungkin dia boleh tegakkan benang yang basah.

"Awak nak buat apa sekarang?"

"Saya tak tahu " Bibirnya dikemam.

"Awak menangis ke, Khadeeja?"

"Tak...." Namun suaranya kedengaran serak.

Nabila mengeluh perlahan. Dalam keadaan terdesak macam ni pun Khadeeja masih nak sembunyikan perasaan. Macam ni ke sahabat? Kenapa susah sangat Khadeeja nak percaya pada dia?

"Awak kena minta maaf dengan suami awak."

"Kalau dia tak nak maafkan saya?"

"Masuk nerakalah awak," jawab Nabila selamba. Kadang-kadang dia terlalu geramkan Khadeeja. Usaha pun belum, tapi dah fikir negatif melulu. Macam mana nak berjaya kalau awal-awal dah ada mind set seperti itu?

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now