18

2.7K 270 54
                                    

18

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

18...🖋️

SEMENJAK di perhentian bas lagi hati Khadeeja berdetak tak keruan. Dia rasa seperti sedang diperhatikan walhal dia bersendirian. Terdetik di fikirannya, kebarangkalian Mad yang mengekori gerak-gerinya namun pemikiran itu akhirnya disangkal. Macamlah dia penting sangat sehingga Mad hendak berlagak spy. Entah-entah Mad tak peduli dia kerja atau tidak. Saja lelaki itu hendak tunjuk kuasa sebagai suami dengan menolak permintaannya. Ego lelaki kan tinggi. Tak gitu?

Pintu restoran dikuakkan perlahan. Mulai saat ini, di sinilah satu-satunya tempat dia mencari rezeki. Setelah menimbang tara baik dan buruk keputusannya, dia akhirnya memilih terus bekerja di sini. Dia hanya perlu menukar jadual kerja, dari malam kepada pagi. Hal itu sudah dinyatakan kepada pengurus, dan dia telah diberikan kebenaran. Buat sementara waktu dia akan bekerja di sini dahulu. Mungkin nanti dia akan mencari kerja lain yang lebih dekat dengan apartmen Mad.

"Khadeeja!" Dia disambut Nabila.

"Wa'alaikumussalam,” sahutnya polos.

"Eh, sorry! Assalammualaikum, Khadeeja!" Nabila tersengih malu.

Khadeeja terus masuk ke dalam bilik yang disediakan untuk kakitangan. Dia membuka sweater lalu memakai apron yang disimpan di dalam loker.

"Awak okey tak?" Soal Nabila yang mengekorinya.

"Okey."

"Betul ke ni?"

Nabila tak percaya. Tengok muka tak bermaya Khadeeja, Nabila boleh menebak keadaan Khadeeja. Nabila hanya ingin tahu apakah Khadeeja akan jujur padanya. Seperti biasa, Khadeeja bijak berpura-pura. Suka simpan masalah sendiri. Mulut boleh menipu, air muka Khadeeja menunjukkan sebaliknya.

"Awak kena cerita banyak benda dekat saya. Semua!"

Banyak yang Nabila mahu tanyakan. Sejak kejadian itu berlaku Nabila belum dapat berbual dengan Khadeeja. Kalau boleh Nabila mahu Khadeeja berkongsi masalah dengannya. Sekalipun tak dapat membantu, sekurang-kurangnya dia boleh menjadi pendengar yang setia.

Khadeeja sibuk menyimpan barang-barangnya. Tidak peduli pandangan risau mahupun simpati yang diberikan Nabila.

"Pergilah buat kerja. Nanti kena marah," usir Khadeeja halus.

"Baru jumpa pun. Tak bagi peluang langsung saya nak lepaskan rindu." Bibir Nabila memuncung.

Khadeeja angkat kening. Mukanya datar. "Tak payah nak drama sangat. Sekarang waktu kerja. Tak sesuai nak sembang.” Tangan Nabila yang memakai jam ditarik. Jam tangan ditunjukkan ke muka Nabila.

"Alah, awak ni. Belum...."

"Ewah-ewah, sembang pula dia. Kerja berlambak kat luar tu!" Sergah Ashanti, penyelia mereka sebelum Nabila menuntaskan bicaranya.

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now