05

2.9K 325 38
                                    

05

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

05...🦋

MAD salahkan dirinya yang bodoh. Gelojoh dan terlalu mudah tergoda.

Tolonglah, Khadeeja tu cekeding aje kut? Macam mana dia boleh terpesona melihat Khadeeja?

Ah, jahanam iblis syaitan yang menghasut!

Kalau ya pun nak sesatkan dia, pilihlah sikit gerangan perempuan yang boleh menambahkan kesesatannya. Huh, ini Khadeeja pun jadi!

Pertama kali berdepan dengan yang halal, Mad gelabah! Dia masih dapat merasakan debaran keras di dadanya. Dia sudah separa mabuk, namun manis bibir Khadeeja masih dapat dirasakan.

Ciuman yang sesat lagi menyesatkan!

"Hi, dear!"

Mad kerling makhluk TUHAN yang tiba-tiba datang lalu meletakkan tangan di pahanya. Biadab! Dia memang tak suka sifat perempuan yang terlebih jalang. Datang tak diundang, pergi nak kena halau.

"Belanja I minum?" Wanita itu kenyitkan matanya.

Mad mula rasa hendak menyumpah seranah. Namun, dia tidak melakukan seperti yang dimahukan otaknya. Dia mengeluarkan dompet, beberapa keping duit diambil.

"I’m not in the mood." Duit itu diselitkan ke celahan baju terbuka yang dipakai oleh wanita tersebut.

"Ah, it's okay! Have fun, dear." Bukan main kembang lagi senyuman wanita itu kerana mendapat habuan percuma. Bukan selalu lelaki hendak membayar jika tidak diberikan layanan first class. Nak-nak lagi lelaki seperti Mad.

"Call me if you need me. I’m at your service."

Giliran wanita itu pula memasukkan kadnya ke dalam poket baju kemeja Mad. Sebelum berlalu dia sempat mengecup sekilas pipi Mad.

"Pelacur!" Gumam Mad sambil merengus.

Di sini terlalu banyak perempuan murahan. Body tergadai baik secara percuma atau diberikan bayaran. Mereka rela diperbudakkan, diperlakukan seperti pelacur. Kalau tanya pendapat Mad, jujur dia akan kata dia jijik dengan wanita-wanita jalang itu.

Dia tiada pilihan lain untuk melepaskan kebutuhan biologinya. Tak mungkin dia memilih yang suci murni kerana sejahat-jahat dirinya, tidak pernah terlintas di fikiran hendak merosakkan gadis yang baik-baik.

Macam mana pula dengan Khadeeja?

Argh, kenapa pula dia teringatkan Khadeeja? Dah bengong kut otaknya. Baru beberapa jam sebilik dengan Khadeeja dia sudah sebiul ini. Dia menggeleng keras. Menghalau bayangan seraut wajah Khadeeja.

"Mike, segelas lagi!"

"Awal lagi ni, bos! Kepala sudah ting tong ka?" Pelayan yang diminta segelas air haram itu menegur. Pelik apabila awal-awal lagi Mad sudah kecundang. Menolak apabila ada perempuan cantik mendampinginya.

KUUKIR HANYA NAMAMUWhere stories live. Discover now