"Faizal biy! Mari duduk tepi i.." Lucy menarik kerusi untuk Faizal, Faizal hanya duduk dengan tersenyum.

Amymas sudah membuat muka pelik

"Aku suka bila korang dah tak perli, menghina orang dah. Boleh dah aku tengok keayuan korang berempat ni.." puji Faizal

"Kau puji atau kau perli?" - Emylia

"Betul, aku ikhlas. Korang nampak lebih baik bila dah berubah macam ni, tapi aku tau yang korang tak berubah sepenuhnya lagi tapi berusahalah buang perangai Miss TroubleMakers korang yang jahat tu jauh-jauh" - Faizal

"Kenapa kau nak sibuk wahai Faizal oulala baby? Kau buat main berlagak lagi sampai kitorang nak datang pun kau lari dari kitorang kan.. tapi kena sekarang kau sendiri yang datang sini, wahai Faizal oulerlerrr ngokngek?" Soal Danisya dengan wajah yang pelik

Lucy yang dengar itu, terus menarik dan mengenggam koler baju Danisya secara tiba-tiba. Danisya dan yang lain agak terkejut dengan tindakan Lucy itu.

"Kau panggil Faizal apa tadi?!" Soal Lucy tegas.

"Lek lu bro, jangan marah. Benda boleh bawak bincangkan wahai sahabat. Shuh.. shuh.." Danisya sengih sendiri dan dia membuat gaya halau ditangan Lucy yang memegang bajunya.

"Aku dah warning kau kan?!" Marah Lucy, dia pandang Faizal yang terkejut itu dengan senyuman "Biy, i akan balas dendam untuk you, i love you, baby, muah!" Sempat lagi si Lucy itu walaupun tangan masih memegang bajunya Danisya, kemudian Danisya dipandang dengan wajah yang serius.

"Lepaslah dia, sayang.. kesian i tengok muka juling Danisya tu. Tak pe, i anggap yang diorang ni gila je. Lepaslah.." tegur Faizal kepada Lucy.

"Betul ni you nak i lepas dia?" - Lucy

Faizal mengangguk terus Lucy menarik tangannya semula dan Danisya pura-pura batuk, konon baru terlepas daripada dicekek pontianak yang gilakan boyfriend sendiri.

"Kau dengan aku belum selesai lagi Danisya. Kau panggil Faizal macam-macam lagi siap kau, yang tadi kenapa kau nak kena ada perkataan baby? Hah?!" Marah Lucy dengan tegas "Kau ingat aku tak jeles ke gila?!"

"Eh.. lek jangan marah, nanti muka berkedut, Faizal lari tau.. kan Faizal kan. Lah.. chill lah. Yang baby tu bukan maksud aku minat atau suka dekat dia ke apa tapi maksud aku panggil baby tu, sebenarnya babi..." Danisya senyum bangga.

Tiba-tiba baju Danisya ditarik kali kedua. Kali ini lebih kasar lagi daripada tadi, Danisya agak terkejut dengan tindakan tersebut. Wey boleh jahanam baju aku!

"Kau sengaja nak cari pasal kan?!"

Danisya sengih..

"Sayang.. you lepaslah dia tu. You anggap je otak dia tak stabil, tak berfungsi. You janganlah tarik dia macam tu, dah macam mayat hidup i tengok" tegur Faizal lagi

"Sebab dia tak ada cacat mana-mana, tak ada sakit otak tak stabil lah.. i tarik dia macam ni sebab i tahu dia sengaja nak cari pasal dengan you baby!" Balas Lucy dengan muka yang sedih

"Apa? Babi?" Soal Danisya

Bajunya ditarik lagi..

"Kau diamlah.." kasar Suara Lucy.

Danisya hanya diam seketika dan dia membiarkan tangan Lucy memegang bajunya sambil berpura-pura seperti mayat hidup disitu, macam-macam gaya dia buat, lihat siap dikeluarkan untuk lakonan tersebut.

Lucy melepaskan baju itu dengan kasar dan Danisya menyapu tempat yang Lucy sentuh seperti jijik dengan sentuhan tersebut dengan Danisya memperbetulkan bajunya.

"Lucy.. i pergi masuk kelaslah. Kelas i dah nak mula.." Faizal senyum kepada semua dan dua mula mengangkat langkahnya pergi dari situ.

Semasa dia ingin pergi, dia terserempak dengan Daniel dan dia hanya senyum kepadanya. Amymas dan Lucky Girls hanya memandang ke arah Daniel itu. Ada interview ke ni? Sat dia ni datang sat dia ni pula yang datang.

"Assalammualaikum" Daniel senyum

"Wslm" jawab Amymas dan Lucky Girls.

"Saya dengar mama awak semakin sembuh, betul ke? Awak pula dah tak buat perangai kan?" Soal Daniel dengan senyuman.

Amymas hanya mengangguk sahaja.

"Mama saya happy bila dapat tahu awak dah berbaik dengan mama awak semula dan dia happy juga bila dapat tahu yang awak semua dah berubah, tak macam dulu dah.." beritahu Daniel lagi.

"Okey.." hanya itu sahaja Emylia balas.

"Tapi awak jangan ingat awak semua tak datang beberapa minggu tu. Kerja assignment awak tak ada tau.. kerja awak lagi berganda daripada Lucky girl" beritahu Daniel lagi. "Saya nak beritahu tu je. Assalammualaikum" Daniel pergi dari situ.

Amymas membuat muka. Kau memang sengaja tau Daniel, mentang-mentang aku dah tak melawan macam dulu, kau nak cari pasal kan? Menyampah aku bisik hati Amymas.

"Aku sokong kau nak kenakan Daniel dengan Tuan Malik.." kata Danisya tiba-tiba kepada Lucky Girls. Lucky Girl hanya tersenyum sendiri.

Kawasan itu sunyi seketika.. kemudian Zatty ternampak seseorang yang sangat dia kenal lalu bahu Sally dan bahu Lucy tepuk sedikit, dia bangun dari duduk.

"Beb, aku gerak dulu. Aku nampak mangsa kitorang.." beritahu Zatty selamba.

"Mangsa?" Emylia pelik

"Iyaa.. dia ni langgar aku minggu lepas siap tertumpahkan air dekat aku lagi tahu tak? Lepastu buat muka tak bersalah. Aku nak pergi buli dia.. bye bye!" Zatty terus mengangkat langkah pergi dari situ

Amymas hanya memandang ke arah Lucky Girls. Sunyi pula bila duduk diam-diam macam ni, tapi ini untuk kebaikan juga daripada membuli. Amymas ternampak Ying Xoo memanggil mereka terus mereka bangun dari duduk dan ikut Ying Xoo sebelum kelas mula.














__________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now