🌺 - Bab 75

229 20 2
                                    

Kaisara mengikut langkah sahabatnya memasuki rumah itu. Kaisara memandang sekeliling kerana ini kali pertama dia rasa curiga dengan sahabatnya sendiri. Apabila susah sampai dibahagian pintu, dia ternampak seseorang lelaki yang diikat dikerusi, kelihatan seperti keletihan sahaja.

Dia melihat ada sebuah pasu bunga pecah tidak jauh daripada lelaki itu, nak kata lelaki itu yang pecahkan tidak logik kerana lelaki tu agak jauh dari pasu tersebut.

Mereka menunjuk bilik yang dipenuhi dengan gambar Kaisara itu kepada Kaisara. Kaisara agak terkejut melihat gambar tersebut, memang banya gambar mereka tetapi yang paling banyak adalah gambar Kaisara sendiri.

Kaisara pergi ke arah lelaki itu dan dia memandang lelaki tersebut. Kesian lelaki itu, diikat semalaman. Danisya memberitahu nama lelaki itu adalah Rayyan. Kaisara menunduk sedikit memandang lelaki itu.

"Hello!" Kaisara mengoyangkan tangannya dekat muka Rayyan yang terlena itu, lelaki itu tidak bergerak.

"Helloooo!" Kali ini sedikit kuat suara Kaisara.

Rayyan seperti dengar suara seseorang itu terus membuka mata sedikit, makin lama makin luas. Wajah yang pertama dia pandang adalah Kaisara kerana Kaisara betul-betul berada dihadapannya. Kaisara?

"Kaisara?! Kai saya betul-betul minta maaf! Saya tak sengaja langgar awak masa tu! Saya nak cepat time tu sebab mak saya kritikal dekat hospital. Saya betul-betul nak minta maaf! Tolong maafkan saya!" Kata Rayyan dengan penuh kerayuan.

Kaisara sedikit terkejut apabila lelaki itu terus berkata begitu kepadanya, Kaisara memandang sahabatnya sebelum memandang Rayyan semula.

"Kau okey tak?" Tanya Kaisara sedikit cemas.

"Kaisara, saya minta maaf sangat sangat, saya tak sengaja langgar awak, saya memang tidak sengaja nak langgar awak dan saya tak sanggup nak berhadapan awak masa tu! Tolong maafkan saya!"

Rimas Emysha, Emylia dan Danisya dengar.

"Hoi..hoi! Tak payah nak drama sangatlah!" - Danisya sengaja menegur Rayyan kerana lelaki itu merayu macam orang hilang akal sahaja.

"Kai.. kawan awak ni gila. Tolong lepaskan saya Kai. Dari semalam saya tak makan. Lapar" kata Rayyan dengan suara yang lembut dan manja.

Kaisara garu kepala yang tidak gatal, kenapa dia rasa lelaki itu seperti fimiliar dengannya? Malas Kaisara nak ingat semua tu. Dia memandang Emylia yang berpeluk tubuh disebelahnya.

"Lia, kau lepaskan dia" arah Kaisara dengan suara yang agak ketakutan.

"Aku lepaskan dia? Tapi.." Emylia mengaru kepala juga, dia memandang Rayyan dengan pandangannya sedikit takut.

"Korang kata kalau Kaisara dah sedar. Korang nak lepaskan aku kan? Cepatlah! Dah semalaman aku duduk sini kau tahu tak? Kerja pun aku tinggal macam tu je!" Marah lelaki itu.

"Korang lepaskan lah dia wey" kata Kaisara sambil menunjuk lelaki itu.

"Tapi aku takutlah" - Emylia.

"Kau lepaskan dia cepat" arah Kaisara lagi.

"Ta..kutt!" Emylia menjauhkan dirinya sedikit.

"Kesian dia wey" beritahu Kaisara dengan kesian.

"Aku takutlah nak lepaskan dia" - Emylia

"Kau dah ikat dia, kau lah lepaskan dia" - Kaisara

"Aku takutlah.." jawab Emylia jujur.

"Kepala otak korang! Korang dah ikat aku lepastu korang takut nak bukak ikatan aku? Buka lah sial! Ingat kelakar ke buat macam ni?" Marah Rayyan, dia ternampak Danisya dan Emysha chek semua benda yang ada di rumahnya.

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now