🌺 - Bab 20

416 31 2
                                    

Cuaca panas terik. Mereka satu dewan di denda berdiri ditengah-tengah panas kerana tidak mahu mengaku. Habis terbakar kulit mereka semua.

"Siapa yang pergi letak gam dekat meja pensyarah tu?"

"Diorang punya salah kita kena denda sekali. Sakit hati betul lah"

"Siapa punya kerja, ingat bagus ke buat semua tu? Dah lah taknak mengaku salah pula tu"

"Ni berapa lama kena berdiri dekat tengah-tengah panas ni? Boleh demam aku!"

Amymas mengeluh berat dan hanya mendengar pelajar lain merungut. Aduih, plan gagal. Nak kenakan orang lain, orang lain yang kena, padan muka kena berdiri tengah panas.

"Arghh! Ingat sekolah rendah ke nak denda macam ni?!" Jerit Emylia, dia dah penat nak berdiri. Semua hanya memerhatikan dia.

"Emylia! Baik awak diam, kalau tak saya akan tambah masa lagi. Saya tanya tak ada yang nak mengakukan? Padan muka korang" kata Tuan Malik itu.

"Tuan, macam mana nak mengaku kalau bukan kami yang buat?" Rungut pelajar perempuan itu.

"Fikirlah sendiri. Disebabkan 'dia' awak semua kena" balas Malik

"Tapi ni denda budak kecil lah, tuan. Ingat kitorang darjah satu ke? Nak kena berdiri tengah panas punya lama?" Tegur Emylia lagi.

"Saya bagi warning dekat awak, Emylia"

"Tuan, bagi lah den.." belum habis Emylia bersuara pensyarah itu telah pun potong kata-kata Emylia.

"Saya tambah lagi setengah jam!" Tegas suara Malik.

"What?!" Terjerit semua pelajar.

Mereka memang betul-betul dah penat nak berdiri. Memang lama gila dibuatnya, semasa tengah berdiri sambil termenung. Ada beberapa sekumpulan dari kelas mana tak nampak, diorang menuju ke arah mereka.

"Ye tuan. Kenapa panggil kitorang? Btw kenapa baju Tuan basah?" Tanya seorang lelaki yang mewakili mereka.

Oh.. kelas si Lucky Girl ni rupanya. Mereka memang kelas asing kalau kelas sekali tak ke perang dunia mereka.

"Okey.. saya nak tanya awak semua. Ada tak di antara awak semua ni berniat jahat pergi letak gam dekat meja dewan kelas diorang ni?" Tanya Malik sambil menunjuk semua dari kelas Amymas.

"Aduh tak habis habis orang tua ni. Memang tak akan ada siapa yang jawab lah" bebel Emysha perlahan, pergi tanya kelas lain. Manalah diorang tahu apa-apa.

Mereka semua saling berbisik satu sama lain. Pelik apa yang ditanya oleh pensyarah tu kepada mereka. Dia yang berani letak gam? Takkan lah pasal gam pun panggil mereka datang pandang luas tu. Panas.

"Tak ada siapa mengaku ke?"

"Gam apa ni, tuan? Saya tak faham lah" kata Lucy pelik sambil mengipas diri sendiri.

"Ada orang letak gam dekat meja pensyarah, punya banyak dia letak dan ikut firasat saya, dia beli satu botol besar agaknya nak tuang dekat situ" terang Malik.

Amymas memandang satu sama lain. Bijak betul orang tua zaman sekarang tapi mereka masih taknak mengaku itu salah mereka.

"Kitorang tak tahu apa-apa lah. Kitorang nak balik dewan. Panas ni tuan!" Balas Lucy serius.

"No. Disebabkan tak ada sesiapa yang mengaku, awak semua kena join diorang berdiri tengah panas! Cepat!"

"Hahh?!!"

"Pergi berdiri dengan diorang. Cepat!" Tegas suara lelaki itu memarahi mereka.

Apalah nasib mereka, nak kenakan orang tak menjadi ke si Daniel tu licik orangnya atau pakai ilmu sihir ni? Amymas kena berbuat sesuatu.

"Tuan" panggil Emylia lagi.

"Apa lagi?"

"Saya sakit perut tuan, tolong izin kan saya pergi ke tandas" Emylia meminta izin untuk ke tandas seperti budak baru belajar.

"Bukan main baik lagi bahasa kau, Lia. Ada apa-apa ke?" Jerit Zatty dari barisan yang jauh sedikit, saja nak cari pasal.

"Tuan.. sakit perut ni" Emylia tidak melayan Zatty yang cari pasal itu.

"Tuan, saya pun sakit perut tuan. Saya nak pergi buang air besar boleh tak tuan? Berak tak boleh tahan tuan" Danisya pula bersuara dan tak larat nak berdiri lama-lama.

Baru sahaja pensyarah itu nak bersuara, Danisya sambung bersuara.

"Lagi satu, ni denda budak tadika lagi tuan" Danisya malas nak berdiri lama-lama.

"Betul juga tu.." kata Zatty perlahan sambil berfikir. Denda budak kecil.

"Baik awak berdua diam, jangan nak sakitkan hati saya. Kalau tak saya akan tambah lagi sejam. Disebabkan awak dua, saya akan tambah 2 jam!" Ugut Malik dengan nada yang tegas.

Amymas, Lucky Girls dan pelajar lain terkejut dengar apa yang dikatakan oleh pensyarah tua itu.

"Apa ni? Ingat kitorang robot ke?!" Pantas Danisya bersuara tegas.

"Wey, Nisya! Kau diam boleh tak? Jangan disebabkan kau, kami semua ni kena berdiri punya lama!" Jerit Sally tegas kerana jarak mereka yang jauh.

"Kau apahal? Mulut aku suka hati aku lah!"

"Kau jangan cari pasal lah betina!"

"Mulut kau jaga sikit boleh tak? Ingat aku binatang kena suka hati kau je nak kata aku betina? Bodoh sangat ke tak reti beza manusia dengan binatang bro?!"

"Mulut aku suka hati aku lah. Btw, Aku bodoh ke kau bodoh. Kau diam je lah! Perempuan!"

"Kau tu lah diam, gila ke apa? Ada hati nak tegur orang, diri sendiri pun tak perfect?!"

"Kau sapa nak kata kau gila? Excuse me! Aku lagi matang dari kau tahu tak?!"

"Sapa kata kau matang? Otak bendul ada hati nak cakap diri sendiri matang. Ah puih blah lah kau. Kau tu diam je lah!"

"Kau jaga sikit mulut tu, beb!"

"Sapa beb? Aku ada nama lah! Nama aku Danisya, Nur Danisya Zilla. Suka hati tok nenek kau je nak panggil macam tu! Ing.."

Tiba-tiba...

"Diam!!"

Hilang sabar Malik ingin melayan mereka daripada tadi. Bajunya penuh dengan gam dan tak ada baju yang perlu untuk diganti sekarang.




___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now