🌺 - Bab 44

304 25 1
                                    

Semasa Amymas ingin pergi ke kelas, mereka singgah ke tandas dahulu untuk membasuh tangan. Mereka sebenarnya kena gerak pukul 7 dengan mama mereka kerana pukul 8 kena ke kolej.

Disebabkan taknak datang kolej awal, mereka pergi merayau sekitar kawasan kolej itu. Selepas jam menuju pukul 8 mereka nak melambatkan masa lagi. Mereka pun masuk tandas.

Bila masing masing dah basuh tangan mereka pun keluar dari tandas dan mengambil beg masing masing. Apabila Kaisara mengangkat begnya ada sekeping kertas jatuh tetapi Kaisara tidak perasan yang perasan kertas itu jatuh adalah Emysha.

"Kai, kertas kau jatuh" kata Emysha tenang sambil memperbetulkan bajunya dibahagian pinggang.

Kaisara menoleh belakang dan memandang kertas tersebut. Bila masa datang beg aku ada kertas ni? Yang ada assignment dengan laptop dan buku nota. Mai mana kertas ni.

"Bukan aku punya. Dalam beg aku mana ada kertas kosong macam tu" balas Kaisara pelik.

"Tapi jatuh dari beg kau" Emysha taknak mengalah.

Emylia dan Kaisara pandang satu sama lain. Bukan Kaisara punya? Jadi surat ni.. mereka seperti dapat agak sesuatu. Lalu Danisya mengambil dengan pantas. Kertas itu dibuka dan dibaca...

Satu saat, dua saat....

"Aku dah agak dah! Memang nak kena serang lagilah jantan ni!" Tetiba sahaja Danisya berkata begitu dengan kuat.

"Eh.. dia ni. Kang aku karate betul betul baru tahu" - Emylia

Kaisara mengambil kertas itu, dia juga turut membaca kertas tersebut. Terkejut ke tak terkejut diwajah Kaisara bila baca kertas itu.

~ Mybaby Kaisara. I love you so much! Macam mana dengan pickupline saya itu? Awak boleh terima saya tak? I cintakan you wahai Kaisara.

~ Saya tahu awak jahat, terlalu jahat tapi bukan awak je yang jahat, geng awak jahat sekali tapi itu semua benda biasa, Kai. Boleh tak awak terima saya? Saya sangat- sangat cintakan awak.

~ I miss you Kaisara. Tolonglah terima saya seadaanya. Cinta saya dengan awak tak pernah terpadam buat selamanya.

#secretadmire

Emylia pandang Danisya dengan pandang yang ingin berbuat sesuatu. Danisya faham sangat dengan pandangan Emylia itu. Itu bermakna, pergii serang Faizal !!!!!

Emylia dan Kaisara menuju ke dewan bahagian senior, Emysha dan Kaisara terkejut kerana mereka pergi macam tu je. Dengan rasa malas Emysha dan Kaisara mengejar Emylia dan juga Danisya.

Kelihatan kelas Faizal tiada pensyarah lagi dan semua pelajar otw masuk. Mereka mencari kelibat Faizal di dalam dewan itu tetapi tidak jumpa, bila pandang sekeliling, baru nampak Faizal yang baru sahaja nak masuk kelasnya.

Faizal yang semakin dekat itu, nampak Amymas tengah berdiri di dewan kelasnya. Terus dia berasa pelik dan terus tegur.

"Hello guys. Korang buat apa dekat sini?" Tanya Faizal pelik, kebetulan kawan si Faizal ni ada dekat belakangnyan

"Kau mai sini!" Danisya menarik lengan Faizal dengan kasar untuk pergi jauh sedikit dari dewan itu.

Faizal terkejut apabila lengannya ditarik kasar. Dalam hati tidak tahu apa yang telah berlaku sebenarnya.

"Kau ni memang nak aku karate kau ke apa? Aku dah cakap dengan kau jangan bagi surat ke kertas ke apa-apa dekat Kai, kau memang nak cari pasal kan?" Danisya membaling kertas tersebut ke muka Faizal.

Faizal terkejut dengan tindakan Danisya, kertas yang jatuh itu diambil dengan wajah yang pelik dan dibaca terus.

"Kau ni.. dari dulu sampai sekarang mesti baca balik ayat kau kan.. takkan ayat sendiri pun boleh lupa! Tak munasabah betul lah kau lupa!" Danisya memarahi Faizal dengan wajah yang bengang.

"Kau memang nak aku tendang, belasah kau ke macam mana? Aku dah cakap cara elok kau tak nak dengar!" - Emylia.

"Look. Aku tak tulis pun surat ni. Aku taktahu apa apa pun. Ni bukan tulisan aku lah!" Beritahu Faizal dengan wajah yang penuh kejujuran.

"Kau ingat aku boleh percaya ke? Kau cakap dalam kertas ni kau cintakan Kaisara tapi dulu kau cakap kau suka dan minatkan Kaisara je.. masalah sekarang ni mana satu, dalam surat ni kau tulis cinta! Kau tak sedar ayat kau sendiri ke?" Marah Danisya.

"Masalahnya ni bukan aku yang tulis, aku tak pernah lah bagi-bagi surat ni. Tak pernah okey! Bukan aku sorang je yang minatkan Kaisara ni, ramai lagilah" - Faizal

"Kau tahu tak kenapa aku cakap kau yang bagi surat ni? Sebab kau sorang je yang suka menunjuk-nunjuk yang kau sukakan Kaisara. So, aku dah da.." belum habis Emylia habiskan kata-kata, ayatnya dipotong.

"Kau sedar balik ayat kau tu. Kau cakap aku, terlalu menunjukkan? Jadi aku boleh je tunjuk depan-depan kalau aku cintakan Kaisara ni! Buat apa nak tulis dekat kertas bagai?" Pantas Faizal mencelah.

"Orang yang tak menunjuk, mybe dia akan bagi surat dekat Kai yang pasti bukan aku yang bagi!" Sambung Faizal tegas.

Kaisara taktahu dah nak buat apa apabila kawannya bergaduh dengan Faizal pasal dirinya. Kaisara dah tayang muka malu, taktahu nak buat apa, kerana dia fikir apa yang dikatakan Faizal itu ada betul juga.

"Dahlah. Aku nak masuk dewan dah!" Faizal membuat muka meluat dan kakinya melangkah pergi dari situ.

"Perghhh! Pengecut, kena serang dengan perempuan pun dah nak lari awal!" Jerit Danisya selamba

Kaki Faizal berhenti apabila Danisya berkata begitu. Dia pandang Amymas saling bergilir tetapi biji matanya bertumpu ke arah Danisya.

Terkejut Danisya apabila Faizal memandangnya sebegitu tetapi dia tidak tahu kerana dia adalah seorang yan berani dan terlebih berani.

"Kau cakap apa? Pengecut?" Soal Faizal

"Kau memang pekak ke nak dia ulang balik?" Balas Emylia selamba sambil memandang Danisya.

"Ouh jadi aku tak salah dengarlah kan yang korang cakap aku 'pengecut' kan? Korang dengar baik-baik. Aku bukan pengecut tapi aku taknak bergaduh terutamanya dengan perempuan loser macam korang" sindir Faizal selamba badak.

What? Loser?

"Loser kau kata? Hey.. oulala babyy! Kau memang nak aku tumbuk muka kau eh?" Danisya dah hilang sabar.

"Tumbuklah" kata Faizal selamba dan terus pergi dari situ.

Danisya dan Emylia menahan geram! Dia perhatikan Faizal masuk ke dalam dewan.. perlahan-lahan mereka mengikuti sehingga pintu dewan itu dan mereka berhenti.

"Pengecut!" Danisya menendang pintu itu sedikit membuatkan semua mata memandangnya, kecuali Faizal.

Malas Faizal nak layan. Emylia yang ada dengan Danisya tu ingin memanggil Emysha dan Kaisara tetapi mereka tiada di situ.

Emylia memerhatikan sekeliling, kelihatan mereka dah pergi dari situ tanpa mengajak dia dengan Danisya. Biadab betul tinggalkan aku dengan Danisya, desis hati Emylia.









___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now