🌺 - Bab 39

344 28 2
                                    

Emysha membaling kain buruk itu dekat cermin tandas dengan biadab. Benci betul dia kena cuci tandas, baru mereka tahu berapa susahnya Cleaner buat kerja selama ini.

Sally yang berada disebelahnya itu.. tengah mengambil kain buruk tersebut menggunakan hujung jari kerana geli terlalu geli dengan kain buruk itu tetapi asyik jatuh sahaja.

Amymas selamat kerana mereka sempat meminta sarung tangan panjang sehingga paras siku dekat makcik-makcik Cleaner. So, mereka senang nak buat kerja.

"Kau ambil lah kain tu cepat sikit! Dah 5 minit nak tunggu kau ambil kain tu, Bukan susah mana pun!" Bebel Emysha selamba.

"Kau tu senanglah! Pakai sarung tangan!" Balas Sally geram. "Kau minta sarung tangan tu dekat sapa?!" Kasar Sally tanya.

"Amboi bahasa kau! Nak aku jawab tanya elok-elok sikit. Kau tanya elok-elok pun aku tak akan bagitahu!"

Sally merungut, buat muka, hentak-hentak kaki sebab benci! Emysha yang berada disebelah itu memandang dengan soalan tertanya-tanya dikepala. Gila ke?

Emylia datang ke arah Emysha dan Sally untuk mengambil sabun, baru tangannya menyentuh botol sabun, ada sorang makcik cleaner menegur, mereka semua pandang makcik itu.

"Boleh ke buat kerja ni? Makcik rasa serba salahlah pula nak biarkan kamu buat. Ini kerja makcik" kata wanita separuh umur itu.

"Takpe makcik! Makcik pergilah berehat ye.. hobi kami memang suka cuci tandas pun, kan..kan" Emylia senyum sambil menyiku lengan Sally untuk mengangguk setuju.

"Makcik pergi rehat dengan kawan-kawan makcik!" Kata Emysha pula.

"Kalau kamu dah kata macam tu.. baiklah!" Makcik itu pun keluar dengan rasa yang lega.

Hilang sahaja kelibat makcik itu, Sally membaling kain buruk itu sampai terkena baju Emylia! Sengaja dia berbuat demikian, disebabkan dia dah pegang kain kotor tu, terus dia basuh tangan dengan penuh rasa jijik!

"Bodoh! Kau apahal, sial?" Maki Emylia bengang!

"Kau tu yang apahal? Sejak bila hobi aku cuci tandas? Aku paling benci kemas mengemas!" Marah Sally kasar.

Lucy yang berada di dalam atas yang tengah memberus jamban itu terus keluar apabila mendengar suara Sally, kelihatan seperti marah sahaja.

"Kau apahal tengok-tengok? Siapkan kerja kau lah! Sibuk je.." sindir Emylia.

Habis sahaja kata-kata Emylia, Danisya muncul dari penjuru tandas dalam keadaan seperti ingin berlawan sahaja, macam-macam cara silat yang ditunjuknya.

Semua terkejut tengok Danisya yang tetiba sahaja jadi macam tu, kena sampuk ke macam mana ni? Sawan? Sewel? Gila? Nyanyuk? Lucky Girls buat muka menyampah.

"Macahh!.. ushh.. wok! Waaa..chahhhhh! Yuuhhuuuuu! Waca.. waca..! Waaacaaaa!" Danisya berpusing sedikit dan kain buruk yang ada dekat tangannya itu dibaling kepada Sally.

Sally yang berdiri itu terkejut tetapi tidak sempat mengelak! Habis terkena tepat tepat pada muka Sally. Sally menjerit seperti orang gila arah, dia memandang Danisya tajam.

"Fuhh! Balingan aku tak pernah tak tepat!" Danisya bangga diri dan meniup hujung jari seperti meniup pistol.

"Kau ni memang sial lah! Kau kenapa nak kena baling dekat muka aku barua?!" Maki Sally betul betul marah.

Danisya berpusing sambil membuat tangan gaya ular, siap cium tangan sendiri. Dia pusing sebanyak 3 kali kemudian Sally dipandang sambil tangan dia buat-buat nak patuk Sally.

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now