🌺 - Bab 53

263 22 2
                                    

Pemenang telah diumumkan sebentar tadi, ada 20 group dan 20 group itu hanyalah orang yang terpilih dalam pertandingan tersebut. Diantara 20 group itu, 3 pemenang telah diumumkan sebentar tadi.

Emysha dan Kaisara mendapat tempat yang ke-17. Danisya dan Emylia yang berlagak dirinya akan menang telah mendapat tempat yang ke-19 manakala Zatty dan Sally mendapat tempat yang terakhir dalam pertandingan tersebut.

Walaupun dalam tempat secondlast. Danisya dan Emylia tetap bangga diri kerana itu adalah kali pertama dia berjuang untuk memasak dengan penuh semangat.

Danisya dan Emylia mengambil masakan mereka dan pergi ke arah Emysha dan Kaisara. Masakan itu dihulurkan ke muka mereka secara tiba-tiba, Kaisara dan Emysha buat tak faham apa yang mereka mahukan.

"Rasalah!" Kata Emylia penuh senyuman.

Terkejut Emysha dan Kaisara, lihat pada masakan mereka pun penuh dengan kejijikan. Emysha menggeleng tanda tidak mahu rasa, Danisya hulur pula ke arah Kaisara.

"Taknak aku!" Balas Kaisara.

"Alaa.. rasalah!" Pujuk Danisya.

"Takdak.. takdak.. aku tak suka!" Balas Kaisara membelakangkan Danisya dan Emylia.

Danisya dan Emylia seperti diketepikan. Mereka memandang masakan mereka sendiri. Apa yang tak sedap? Rasa lemaklah kan? Itulah yang dianggap dalam kepala otak, malah ayam pun tak ada, nak kata masak lemak pun tak. Eww..

Danisya dan Emylia datang ke arah Zatty dan Sally yang tengah lepak itu, dengan senyuman yang bangga dia memberikan pinggan tersebut kepada Zatty dan Sally.

"What's this?" Soal Zatty pelik, geli.

"Wahai musuh yang dibenci.. sila lah raserrr masakan kuuu.. dan kawan kurrr!" Balas Danisya senyum baik kononnya.

"Geli lah i dengan masakan you. Orang lain warna kuning tapi you warna merah? Eeww!" Balas Zatty dengan aksi gedik.

"Ala.. raserrrlah!" - Emylia.

"Kenapa pula i kena rasa masakan you?"

"Sebab ini first time aku masak. Aku rasa kagum dengan diri aku sendiri dn aku nak kau cuba rasa masakan aku dengan Danisya" balas Emylia senyum ada makna.

"You rasa lah masakan you sendiri"

"Aku nak suruh kau rasa untuk kau beritahu macam mana dengan masakan aku sebab aku tak percaya Kaisara dengan Emysha" Danisya memberi alasan, padahal Kaisara dgn Emysha pun taknak rasa.

"Okey i boleh rasa masakan you. Tapi you kena rasa masakan i dulu. Amacam?" Balas Sally membuat cabaran..

Danisya dan Emylia memandang ke arah masakan mereka. Coklat tua warna dia? Mereka membuat reaksi geli nak mampus dengan masakan musuh mereka itu.

"Geli lah korang punya masakan! Nak termuntah aku!" Jujur Danisya berkata, kau nak orang rasa masakan kau tapi kau balas macam tu dekat orang. Memang orang taknaklah jawabnya!

"You taknak rasa? You pergi blahh lah!" - Zatty.

Emylia dan Danisya banyak buat muka menyampah! Suruh rasa je pun. Mereka memandang sekeliling nak bagi siapa rasa ehh? Ramai juga orang yang ada disitu. Mereka berfikir sebentar..

Haa.. bagi semua orang rasa masakan kami. Mereka senyum semula. Punya ramai orang yang ada di situ, mereka memaksa semua pelajar yang ada disitu untuk makan masakan mereka yang tidak sedap itu, tambah masin pulak tu.

Paling menyesal apabila mereka duduk berhampiran dengan Amymas. Ada je kerja mereka nak buat, paksa orang makan masakan mereka tu kerja juga.

Tanpa berasa malu mereka memuji masakan mereka sendiri di atas pentas besar itu, sibuk duk bagi rasa masakan mereka, mereka ternampak Daniel yang baru bangun untuk ke arah sangki.

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now