🌺 - Bab 122

149 14 1
                                    


Dua bulan lebih kemudian..

Lucky Girls dapat tahu yang Amymas sudah dapat alamat rumah Aminah dengan Salehah terus mereka berasa panik.

Selama tempoh berminggu tu.. memang Amymas tidak puas hati dan mereka ada beritahu Lucky Girls, bagaimana cara sekali pun, mereka akan dapatkan alamat rumah Aminah dan Saleha.

Lucky Girls menjadi panik apabila mereka dapat berita yang Amymas akan ke rumah Aminah dan Saleha itu daripada Ying Xoo. Ying Xoo memberitahu bahawa Amymas akan pergi ke rumah Aminah pada hujung minggu ini.

Sally memandu dengan laju menuju ke rumah Amymas. Beberapa minit kemudian Lucky Girls sampai dirumah Amymas.

Kereta diparking didepan rumah banglo dua tingkat itu. Lucky Girls mengintai ke dalam rumah tersebut. Loceng ditekan berkali-kali apabila tiada sesiapa pun menyahut kehadiran mereka.

Dua saat, tiga saat kemudian boleh nampak tubuh besar Mak Tom menghampiri mereka dengan berkain batik dan t-shirt biasa. Ditangannya seperti mengaul sesuatu, masak apa dia ni?

"Mak Tom, Amymas ada tak?" Soal Lucy dengan suara yang biasa, kasar tidak, lembut pun tidak.

"Sapa Amymas? Aku tak kenal!" Jawab Mak Tom kasar dengan tangan masih mengaul acuan tersebut.

Gemok je Lucky Girls melihat Mak Tom. Dahlah pintu pagar pun tak buka. Mereka hanya berbual sebalik pagar itu.

"Mak Tom! Saya taknak gaduh tau.. saya tanya elok-elok. Amymas ada tak?" Ulang Lucy lagi sekali.

"Berapa kali aku nak habaq aku tak kenal sapa Amymas!" Balas Mak Tom kasar sambil memandang tempat lagi sambil mengaul acuan itu. Sengaja.

"Aku rasa macam nak lepas kaki je dekat orang tua ni kau tau tak?" bisik Lucy dekat telinga Zatty dan Sally.

"Aku pun.. tapi tak baik" balas Zatty turut membisik juga.

"Kau rasa apa patut kita buat hah?" Soal Lucy separuh berbisik

"Mak Tom. Buka pagar ni.."

"Aku mana reti buka pagar ni.." - Mak Tom

"Mak Tom jangan main-main.. tak kelakar tau. Kucing pun pandai buka pagar.." - Sally

"Aku cakap benda betul lah. Hang ingat aku duduk KL ka selama ni? Hang ingat rumah aku dekat kampung ada pagar ka?" Soal Mak Tom kasar

"Panggil lah Amymas.."

"Malas aku nak tengok muka depa.." Mak Tom memandang ke atas langit sambil mengaul acuan itu. Tengok apa taktahu

"Kalau dah rasa hampa tak boleh masuk tu, baik hampa angkat kaki balik rumah hampa.. bye bye dan bye!" Mak Tom melangkah pergi dari situ.

Tubuh Mak Tom dipandang sehingga hilang.

"Aku benci betul orang tua ni.. tak sedar ke dia duduk rumah siapa.." rungut Lucy dengan geram, tangannya mengenggam penumbuk.

"Bertawakal lah. Bukan kau je yang benci dia, ramai lagi.." Zatty menggosok belakang Lucy seperti kanak-kanak baru lepas menangis.

"Dah tu kita nak buat apa ni?"

"Kita panjat pagar ni.." Lucy senyum senget sampai memandang pagar yang sedikit tajam dibahagian atas itu.

"Kau gila ka?!" - Sally

"Dah tu kau nak masuk macam mana? Kau nak tunggu sampai Amymas bangun macam tu? Sampai kau mati pun diorang taknak bangun, itu bermaksud kau dengan dia sama-sama mampus!" - Lucy

"Aku tak ada masalah nak panjat.. tapi.." Sally memandang Lucy yang tersenyum sendiri itu dengan wajah yang pelik.

"Kau kenapa? Kau kena ingat tau.. kita ponteng kolej sebab nak tegur si Amymas tu. Takkan lah nak terpacak dekat luar je.. baik tak payah datang sini kalau macam tu.." - Lucy.

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now