🌺 - Bab 9

551 39 1
                                    

Emylia berlari ke arah lelaki itu dengan kasar dia menarik tangannya lelaki itu. Lelaki itu terkejut dan hampir sahaja terjatuh. Nasib baik badannya dapat menimbang. Lelaki itu menggosok tangannya yang sakit!

Tau pun sakit! Jam aku sakit kau boleh blah macam tu je kan? Padan muka kau jantan tak berguna di alam ini! Tau lari je, tak gentleman langsung lah! Ni mesti kes pondan, kau pondan ke? Mesti pondan baru tarik sikit dah gosok tempat sakit.

"Awak ni kenapa? Tak ade adab ke?" Marah lelaki tadi. "Sakit tau tak? Cubalah berlemah lembut sikit. Awak tu perempuan bukannya jantan" sambung lelaki itu.

Mereka ni lelaki atau perempuan? Perangai macam lelaki tapi berpakaian perempuan dan suara pun macam perempuan. Tak ada pula keluar suara kasar. Ni tak salah ni mesti kes tomboy! Wait? Diorang tomboy?

"Ooo.. kau tau pula sakit! Hati aku yang sakit ni kau tak ambik tau pula!" Marah Emylia. Boleh dia buat buat tak tahu. Melampau betul lah lelaki ni.. "And one more jam aku yang kritikal ni kau tak ambil tahu pula" sambung Emylia bengang.

"Huh? Kenapa dengan jam awak?" Tanya lelaki tu.. setahu dia, dia takde kacau satu pon barang perempuan itu. Kenal pun tidak. Tiba tiba jam kritikal nak bagitahu aku pula! Ingat aku nak ambil kesah ke? Memang taklah. Sape jam tu ah? Kritikal? Sakit ape? Soal lelaki tadi di dalam hati.

"Ni! Jam tangan aku pecah disebabkan jantan tak guna macam kau ni!" Jawab Emylia bengang sambil menunjuk jam tangannya yang pecah itu, dia tak kira, dia nak minta ganti rugi juga.

Lelaki tadi memandang jam tersebut. Oo! Jam tangan rupanye. Ingat jam ape lah tadi.. aku ingat laki dia ke, kalau betul pun laki dia, aku rasa laki dia lari awal dah. Ada yang nak ke perempuan macam nie? Dah lah biadap.

"Aku nak kau ganti rugi! Aku tak kira! Kau dah bagi pecah jam aku!

"Betul! Ganti rugi!" Kata Danisya

"Kau fikir murah ke?" Kaisara pula bertanya.

"Awak semua ni kaya kan beli jelah yang baru!" Sindir lelaki itu.

"Buat apa nak beli yang baru? Kau yang pecahkan. So kau lah yang kena ganti!" Bengang betul Emylia, sejak bila pula dia kaya? Diorang ni still pelajar kot, kerja pun tak!

"Dh buat salah tu, ganti je lah!" Danisya pula yang menyambung, bukan apa tapi malu tengok diorang bertengkar je kerja, orang yang lalu lalang semua tengok mereka. Boleh jadi famous nie!

Emylia mengangguk angguk tanda setuju. Emysha pula rasa seperti Emylia dah terlalu melampau. Dia sendiri yang nampak Emylia langgar lelaki tadi tapi dia cuma diam je, malas nak turut serta. Baik dia diam daripada malukan diri sendiri.

"Tapi saya tak langgar awak pun. Kenapa saya kena ganti pula?" Lelaki tadi taknak mengalah!

Emylia memandang Kaisara seperti memberi isyarat kepada Kaisara. Mereka saling berpandangan lalu memandang lelaki tadi.

"Bayar je lah!!" Jerkah Kaisara.

Mereka yang melihat itu terkejut apatah lagi lelaki yang kena itu, lagi malulah semua orang lalu lalang itu melihat mereka. Ehh betina ni!

Lelaki itu mengeluh geram. Daripada aku malukan diri sendiri dengan perempuan gila and the geng ni, baik aku bayar balik jam dia walaupun bukan salah aku!

"Okey okey! Saya ganti balik. Awak tunjuk kedai yang awak beli.tu, pilih je mana awak nak, saya bayar!" Kata lelaki itu terus mengalah, disebabkan taknak memalukan diri sendiri sahaja.

Emylia senyum "Okey!"

Hati yang tersenyum terus mereka langkah pergi menuju ke arah kedai tadi. Emylia pun memilih jam yang nak dibelinya. Kenapa corak dengan warna yang sama dengan dia beli tadi habis eh? Ada pon warna lain dengan corak lain, langsung tak menarik. Emylia mengeluh

"Alah! Jam tadi dah habis" rungut Emylia, dia memandang lelaki itu. "Hoi! Jam tadi dah habis, so kau kena tambah ganti rugi" kata Emylia kepada lelaki iyu.

"Ape pula habis? Tu ada je" jawab lelaki itu sambil menunjuk ke arah jam yang serupa dengan Emylia beli tadi, cuma beza warna dan corak sahaja.

"Memang lah ada! Tapi corak dengan warna aku nak tak ada! Tak.. aa.. da!" Balas Emylia sengaja menyebut satu satu.

Kemudian dia memandang sekeliling, apabila dia berkenan dengan satu jam ni dia menepuk kuat belakang lelaki tadi, terkejut lelaki itu!

"Wey! Aku jam tu" Emylia menunjuk ke arah jam yang bernilai RM 980.99 itu.

"Whatever" Balas lelaki itu, malas nak layan.

Selepas membeli mereka pun pulang ke rumah kerana kepenatan. Sampai ke rumah mereka hanya meletak barang di atas sofa dan terus menuju ke dalam bilik masing masing. Mereka buat apalagi kalau bukan terus golek atas katil.




___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now