🌺 - Bab 50

292 24 2
                                    

Amymas pulang ke rumah, kereta diparking dihalaman rumah tersebut. Emylia yang memandu itu menutup enjin kereta, mereka terus keluar dari kereta dan pintu rumah dibuka begitu sahaja.

Dirinya terasa penat itu terus melompat ke atas sofa tanpa memperdulikan mama mama mereka yang ada di situ. Macam ni rupanya perangai anak diorang bila lepas balik dari kolej.

"Ya allah korang ni! Kenapa yang balik balik terus lompat atas sofa? Pergilah bersihkan diri dulu ke apa ke" tegur Karina kepada mereka.

"Memang korang setiap hari macam ni ke?" - Darwina.

"Tak sopan langsunglah korang ni. Dah macam anak jantan mana pun mama tak kenallah" perli Karina kepada anak anak sendiri.

"Mama! Jangan nak bising time time macam ni boleh dok? Kitorang penat mama ada tahu tak?" Balas Danisya selamba.

"Korang bukan balik awal ke? Kenapa magrib baru nampak batang hidung?" Tanya Ellyna pula, pergi mana anak mereka ni.

"Mama kena tahu. Peluang nak basuh kereta tanpa banyaran satu sen pun.. dah ada petang tadi. Mana boleh lepas peluang macam tu, rugi" balas Danisya.

Mereka kena tunggu minah yang cari pasal tu kemas rumah Lucky Girls selama 3 jam dan kereta mereka selama 1 jam. So, mereka terpaksa tunggu sebab tiada kesian-kesian bagai.

"Pergilah mandi dulu lepastu solat dulu. Baru lah tidur" tegur Karina lagi.

"Mama jerus air panas nanti baru korang tahu. Tu baru air panas bukan azab api neraka lagi. Korang ingat mudah mudah tu je kena nak tidur time magrib?" Tegur Ellyna pula kepada anak dara dia yang empat ekor ni.

"Mama.. i dont want your.. ceramah. I know that" Kaisara pula yang bersuara dalam mata yang tertutup.

"Kenapa nampak penat sangat macam ada buat something yang tak kena je? Cuba jujur dengan mama" tanya Ellyna pelik.

"Korang ada gaduh ke?" Soal Darwina pula, dia kenal sangat dengan anaknya tetapi tidak pastilah firasat dia tu betul atau tidak.

Danisya terus bangun dari baring, dia duduk sandar dekat sofa itu. Mama mama dia dipandang saling bergilir, ada benda yang diberitahu.

"Mama tahu tak.. dekat kolej tu. Diorang boleh buat pertanding memasak, wajib untuk semua perempuan dekat kolej tu lepastu, yang sakit hatinya. Pensyarah tu boleh paksa kitorang masuk sekali" mengadu Kaisara menukar topik

"Mama tahu tak. Kitorang tak reti masak! Bahan dapur pun mana kitorang kenal" sambung Kaisara lagi, sejujurnya mereka taktahu apa apa mengenai dapur.

"Bila pertandingan tu mula?"

"Minggu depan punya minggu depan" balas Kaisara.

"Lambat lagi. Jom lah mama ajar masak"

Emysha, Emylia, Danisya yang mendengar itu terus bangun dari tidur dengan mengejut. Ajar masak? Ni
yang tak suka ni.

"Mama tak apa mama. Kitorang pandai masak. Mama tak perlu nak tolong apa-apa pun" beritahu Emylia.

"Kitorang tak belajar pun kitorang dah pandai" kata Emysha berlagak.

"Tadi kata bahan dapur pun tak kenal. Macam mana boleh pandai masak?" Soal Ellyna pelik apabila anaknya kata begitu.

"Mama ingat kitorang ni teruk sangat ke? Masak? No hal lah bro" kata Danisya berlagak besar.

"Korang pandai masak dah kan. Apa kata mama berehat, korang masa pula hari ni" Karina sengaja berkata demikian kerana dia kenal dengan anaknya.

What? Kitorang masak?!!!

"Alamak mama! Sakit perut muncul tiba-tiba. Alahaii perutku.. kenapa kamu sakit time time macam ni.. sedarkah kamu bahawa kamu telah menyakitkan seseorang?" Daniya berkata demikian dan menuju ke arah tangga.

"Mama! Masuk bilik dulu. Papa rojer.." Danisya berlari masuk dari bilik.

Ellyna, Karina dan Darwina memandang Emysha, Emylia dan Kaisara pula. How about you?

"Mama! Kaki terseliuh lah pula.. aduh sakit mama! Sakit kebenor ni mama! Alamok aii.. kenapa kau terseliur time-time macam ni.. aduih!" Emylia memegang kakinya sendiri.

Emylia paling tidak munasabah kerana dia dari tadi duduk je sejak bila dia layan dan terseliur. Mama mereka sangat kenal dengan perangai mengelat mereka.

"Nak masuk tandas kejap lah mama, lepastu nak tidur! Malas nak masak, ehh.. eh bukan malas.. sakit kaki nak masak" Emylia pergi masuk tandas dan jalan dia seperti orang terencat Kaisara.

Kaisara dan Emysha dipandang.

"Mama! Tangan Kai terlanggar bucu sofa lah mama. Sakitnya.. mama! Kai tak boleh nak buat kerja. Sakit sangat ni. Kai nak rehatkan tangan Kai" Kaisara berlari ke arah biliknya, sakit langgar bucu sofa. Sofa tu lembut macam mana kau nak rasa sakit.

Ellyna, Karina dan Dariwna menggeleng kepala melihata gelagat anak diorang itu, dari dulu sampai sekarang tak berubah-rubah. Emysha yang duduk di sofa iti dipandang lagi.

Emysha perasan mama mama dia memandang dia macam tu. Dia bangun sambil tangannya mengambil beg dia.. dia memandang mamanya semula.

"Sha, malas" hanya itu yang dikatakan oleh Emysha.

Diantara mereka, Emysha lah yang paling jujur dan tenang apabila berkata kata. Tak payah susah payah nak pura pura sakit tu sakit ni.







___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now