🌺 - Bab 114

173 15 1
                                    


Kunci kereta diambil dan Amymas keluar dari kereta mereka dengan keletihan yang amat. Terus membuka pintu untuk masuk ke dalam. Baru sahaja kaki melangkah masuk, kaki mereka terus terhenti apabila mendengar suara menegur dari tepi.

"Haa hampa? Baru balik ka?"

Danisya menoleh dengan wajah yang menyampah, sebaik sahaja matanya dan mata Mak Tom bertentangan terus dia senyum dengan senyuman palsu.

"Tak.. baru nak pergi kolej" perli Danisya dengan senyuman yang tidak ikhlas.

"Hampa masuk ni tak reti bagi salam ka, ketuk pintu tu dulu ka? Suka hati ja masuk?" Soal Mak Tom dengan muka yang tak bersalah.

Danisya memandang rakannya yang lain dengan wajah yang agak pelik. Emylia dan Kaisara juga turut memandang mereka. Apa soalan orang tua tu?

"Mak Tom sedar tak? Mak Tom tu duduk dekat rumah saya? Takkan tu pun tak sedar? Kenapa pula saya nak kena ketuk dulu dan bagi salam dekat rumah sendiri kalau nak masuk?" Soal Danisya panas tapi ditahan.

"Kenalah. Hampa ingat ni hotel ke nak keluar masuk ha? Rumah hampa sendiri pun kenalah bagi salam!"

"Saya bagi salam dalam hati setiap kali saya masuk rumah saya sendiri. Tak perlu kut nak bagi salam sampai melalak tak tentu pasal.. kan?" - Emylia

"Tahulah rumah saya ni cantik, besar, banglo lagi tu.. bukan macam rumah Mak Tom dekat kampung tu kan? Tapi tak perlu kut buat rumah saya macam rumah Mak Tom!" - Danisya

Mak Tom berpeluk tubuh

"Malas betul saya nak layan Mak Tom ni. Suka sangat cari pasal kenapa taktahu.." bebel Danisya dan kakinya ingin menuju ke arah tangga.

"Aku tak habis cakap lagilah dekat hampa.." kata Mak Tom sambil memandang mereka yang ingin menjejak tangga.

Amymas mengabaikan Mak Tom.

"Hey! Aku ada benda nak tanya hampa ni. Hampa pekak ka? Orang tua tengah bercakap hampa pi macam tu ja. Biadap!"

Amymas naik tangga

"Hey! Berubah ke idok?" Perli Mak Tom "Sama je perangai hampa. Kalau tak berubah, hampa tak sayang mama hampa lah maksud kan?"

Amymas mengabaikan itu juga tetapi kali ini langkah Danisya yang paling hadapan itu terhenti membuatkan yang berada di belakang nya juga menghentikan langkah mereka apabila mendengar soalan dari Mak Tom.

"Dah tau hal betul ka pasal bapak hampa tu?" Soal Mak Tom

"Baik hampa pergi cari bukti yang aku cakap betul ka mak hampa cakap betul.." sambung Mak Tom seperti yakin sangat yang ada orang langgar arwah papa.

"Bukti apa?"

"Bukti apa-apa jalah. Hampa pi lah tanya sapa-sapa yang kenal bapak hampa lepastu tanyalah depa macam mana bapak hampa boleh mampus dan dari situlah aku boleh butikkan yang mak hampa tu dah menipu hampa.." balas Mak Tom.

Danisya ketawa sedikit..

"Mak Tom ni tak habis-habis kan nak kata mama kitorang menipu? Masalah sekarang ni Mak Tom yang menipu kitorang sebab kitorang mana pernah nak percaya Mak Tom" Balas Danisya dengan senyuman menyindir.

"Mak Tom terima jelah akikat yang tipu helah Mak Tom kali ni tak menjadi. Hahah.. Mak Tom tak akan dapat menipu kitorang.. haha.. apa Mak Tom kata tadi? Mama menipu? Agak-agaknya berapa kali nak beritahu Mak Tom yang mama tak pernah tipu kitorang? Nak pukul kitorang lagilah.." Beritahu Emylia dengan senyuman senget.

"Mak Tom patut bersyukur yang mama pujuk rayu kitorang suara terima Mak Tom dengan anak Mak Tom tu tinggal dengan kitorang ni. Ni ada hati nak tuduh mama bukan-bukan.." kata Kaisara pula.

"Mama buat baik.. Mak Tom macam pijak mama kitorang.." kata Emysha perlahan tetapi masih boleh didengari mereka.

Mak Tom kelihatan menahan geram. Hampa nak main-main dengan aku ka budak? Aku tak sabar bila hampa dapat tahu mama hampa menipu hampa.. tunggu jelah bisik hati Mak Tom bengang dan masih tidak puas hati.

"Anak Mak Tom tu mana?"

"Anak aku kerjalah! Hampa tu yang balik awal sangat pasal pa? Selalunya balik lambat sampai tak ingat rumah sendiri. Ni aku baru orang luar kalau mak hampa dah lama membebel tak silap aku.." beritahu Mak Tom dengan suara kasar.

"Balik awallah sebab dah habis kelas. Kalau dah bertaubat orang tak jejak kaki pergi clubing dah.." balas Danisya selamba sahaja.

Mak Tom memandang Danisya tajam.

"Hampa pi kelab malam ka?"

"Dulu.." Danisya menjawab perlahan dengan wajah yang tidak bersalah.

Mak Tom buat muka seperti tidak dapat percaya apa yang telah dia dengar sebentar tadi.

"Astagfirullahalazim.. aku ingakan hampa ni mulut ja puaka tapi tak sangka perangai hampa pun sama ja puaka dia.." perli Mak Tom.

"Kitorang bukannya minum benda alah tu pun.. sentuh pun tak. Yang nak kecoh kenapa.. mulut Mak Tom tu yang puaka.." balas Danisya.

"Jaga sikit mulut kalau dah taubat.." - Mak Tom

"Dahlah Mak Tom.. saya dah taknak ambil tahu pasal arwah papa saya dan tak perlu kut setiap kali kitorang balik nak cakap pasal orang yang dah mati.." kata Danisya dengan wajah yang serius dan kaki terus melangkah naik.

Mak Tom hanya melihat mereka dengan senyuman yang jahat. Mungkin sekarang hampa ingat aku menipu yang ada orang langgar bapak hampa tapi suatu hati nanti kalau hampa tau mesti hampa sujud rayu dekat aku bisik hati Mak Tom.















__________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now