🌺 - Bab 93

189 14 5
                                    

Emysha datang ke arah kawannya dan Lucky Girls. Dia membuat muka menyampah, meluat dan benci dekat Lucky Girls. Hampir-hampir sahaja tangannya disentuh oleh lelaki tua yang gatal. Siapa yang cari pasal dulu? Padan muka.

"Puas hati korang?" Soal Emysha kasar

"Tak.. sebab persembahan kau tak menarik langsung. Kau tak boleh ke buat lebih baik lagi dari tadi? Macam tu pun budak tadika pandai buat kau tahu?" Perli Lucy selamba sambil ketawa sedikit.

"Kalau kau hebat sangat, kau lah pergi buat. Aku pang satgi kau ni, entah-entah kau punya cari pasal lagi biadab dari aku!"

"Dah.. dah! Lia, kau pergi pula!" Arah Zatty kepada Emylia yang mendiamkan diri itu.

Emylia memandang Lucky Girls senyum. Dia mengambil microphone dari Emysha dan dia memandang Lucky Girls semula. Kau tak kenal siapa Emylia lagi.

"Kau tengok aku.." kata Emylia berlagak.

Seperti biasa, Emylia memperbetulkan pakaian dia seperti rakannya yang lain. Kemudian dia memandang Lucky Girls semula, kau ni bila nak pergi serangnya dari tadi pandang kitorang dengan senyuman berlagak kau bisik hati Sally meluat.

Emylia pergi ke arah seorang budak perempuan dan kawannya. Emylia tidak sanggup menolak perempuan tua, itu terlalu biadab dan dia susah janji dekat mama dia bahawa dia akan berubah tetapi terpaksa buat sebab Lucky Girls punya syarat taik ayam.

Emylia memandang kedua-dua perempuan itu dengan senyuman dan tanpa bersuara. Kedua-dua perempuan itu memandang Emylia semula, maklumlah. Emylia ni boleh tahan cantik dan dua perempuan itu balas senyuman Emylia.

Bagi kedua perempuan tersebut, orang senior macam Emylia ini boleh dijadikan idola mereka kerana kecantikan sahaja. Kedua-dua perempuan itu pelik kenapa Emylia langsung tidak bersuara dan hanya senyum kepada mereka?

"Kak? Akak ada nak apa-apa dari kitorang ke?"

Emylia senyum dan tiada suara, dah macam orang bisu sahaja dan gerakan dia lebih kurang macam robot rosak. Emylia sengaja membuat seperti gaya robot rosak untuk menarikan lagi lakonannya.

"Kak.. akak okey tak?"

Emylia senyum dan memandang makanan mereka dengan senyuman yang tergoda dengan makanan. Kedua perempuan itu agak ketakutan dengan cara Emylia, macam mana nak buat idola kalau macam ni, psycho?

"Akak nak kitorang tolong akak apa-apa ke?"

Emylia memandang mereka dengan tajam dan senyuman yang mengerikan. Kedua perempuan itu sudah memandang satu sama lain. Emylia tanpa rasa bersalah terus menolak salah seorang perempuan itu sampai jatuh dari kerusinya.

Kerana hentakan yang kuat, semua memandang ke arah mereka. Kalau masuk kali ni dah 3 kali ada masalah dekat cafe itu. Kedua-dua perempuan itu terkejut dengan tindakan Emylia terus mereka memandang satu sama lain.

Emylia pula tanpa rasa bersalah, duduk dekat tempat perempuan itu dan dia mengambil kesemua makanan mereka dan dia makan tanpa rasa bersalah, nanti minta maaflah. Yang mereka tahu sekarang ni, Lucky Girls yang cari pasal.

"Akak?! Akak ni kenapa kena tolak saya lepas tu makan makanan saya? Akak gila ke?" Marah budak itu apabila tolakan Emylia agak sakit dibahagian bontot.

"Aku sihat je" jawab Emylia selamba sambil menyuap makanan tersebut ke dalam mulutnya, sedap juga makanan yang diorang oder ni.

"Akak jangan cari pasal dengan saya akak. Akak sengajakan nak buat saya sakit hati kan? Akak kalau akak tak ada duit akak cakap dengan cara baik, janganlah nak tolak saya macam akak ni kebulur sangat"

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now