🌺 - Bab 111

183 12 0
                                    

Lucky Girls melangkah masuk ke dalam caffe tersebut. Kelibat Amymas di cari-cari oleh mereka, beberapa saat kemudian mereka nampak Amymas tengah berbual di meja yang sedikit tersembunyi. Mereka pergi kepada Amymas.

"Hello my new friend!" Tegur Lucy dengan suara yang agak ceria sambi kaki jalan mendekati mereka.

Amymas menoleh kepada Lucky Girls dan hanya memandang ke arah Lucky Girls tanpa bersuara sehingga lah mereka datang lebih dekat kepada Amymas.

Sebaik sahaja mereka tiba kepada Amymas. Mereka sedikit pelik bila Amymas hanya diam sambil termenung dan tidak berkata apa-apa pun. Lucky Girls memandang satu sama lain.

"Hello you guys" tegur Lucy

Amymas memandang Lucky Girls dan kembali termenung semula selepas tengok wajah ketiga-tiga perempuan tersebut.

"Kenapa dengan korang ni?" Soal Sally sedikit pelik, kalau nak ikutkan mesti mereka akan balas kata-kata Lucky Girls terutamanya Danisya.

"Hahhha... Say something guys. Why you diam macam ni? Nak kata bisu tak juga" Lucy cuba menceriakan keadaan.

"Hahaha.. gelaklah sikit. Jangan nak serius sangat beb. Kitakan baru je nak start friendship kita.." Sally

"Korang sakit ke?" - Lucy

"Diorang sakit ke? Kenapa aku nampak diorang macam sihat je, kalau diorang sakit kita kena heret diorang pergi jumpa bomoh tau.." balas Sally

"Bomoh? Why bomoh?" - Zatty

"Muka diorang serius tu. Mestilah diorang sakitkan? Selalunya orang sakit asyik diam je. Orang sakit selalu diam sebab tahan sakit.. kut. Kalau tak pun menangis" balas Lucy pula.

Amymas hanya mendengar

"Aku rasa kan.. ni bukan dioranglah. Entah-entah ada sesuatu yang dah rasuk si Amymas ni dak?" Teka Lucy

"Benda apa yang nak rasuk diorang beb? Kau agak-agaklah. Setan pun geli nak duduk dalam balas diorang.." perli Sally sambil ketawa, sebenarnya dia nak riuhkan kawasan itu supaya Amymas bersuara.

"Ya tak ya juga kan.." sokong Lucy

"Korang tak suka eh bila kita dah berkawan?" Soal Zatty tiba-tiba membuatkan Amymas memandang mereka sekilas.

Apabila bila Zatty habis bersuara dia terkejut sedikit bila Amymas pandang dia dengan pantas disebabkan soalannya itu.

"Aku ada salah cakap ke?" Soal Zatty mengaru kepala sambil tersengih di depan mereka.

"Apahal kau tanya macam tu?" Soal Emylia serius sahaja, dia rasa okey je bila berkawan dengan Lucky Girls walaupun masih ada ayat sindir.

"Yelah. Korang macam taknak layan je bila kitorang datang jumpa korang ni. Kenapa korang diam je? Ingatkan kitorang datang sini dapat berbual dengan korang tapi.. korang jadi bisu pula" - Zatty

"Bukan.. aku sebenarnya fikir pasal family kitorang ni.." balas Danisya dengan jujur.

"Fikir apa? Kenapa dengan family kau? Kau gaduh dengan mama kau eh? Biar betul kau beb.. kau menang ke mama kau yang menang? Kau kena marah tak? Kau kena lempang tak?" Bertubi-tubi soalan daripada Lucy

"Mama tak pernah lempang kitorang okey.. never. Tak pernah langsung. Kau jangan nak main reka cerita tau.." balas Danisya sambil membuat isyarat. I see you.

"Aku tanya je.. bukan reka cerita pun, reka cerita apa henda?. Bodohlah kau ni tak reti beza.." perli Lucy sambil menggosok lehernya.

Danisya hanya menjeling..

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now