🌺 - Bab 98

202 15 0
                                    

Amymas duduk dirumah selepas beberapa minggu perangai mereka dah berubah walaupun mereka masih lagi tidak tukar percakapan mereka tetapi perangai suka cari gaduh dengan orang sudah pun hilang dekat diri mereka.

Emysha membuka almari yang tersembunyi sedikit di pintu belakang biliknya. Almari itu sudah lama dia tidak buka kerana didalamnya hanya ada sebuah buku majalah lama, dia pun tidak tahu kena semua barang yang dianggap sampah itu disumbat didalam biliknya. Sebaik sahaja dia buka pintu tersebut ada sesebuah buku yang kelihatan seperti buku lama.

Sebaik sahaja tangan ingin menyampai buku tersebut terus pintu biliknya dibuka luar membuatkan dia terkejut sehingga terjadi, kebetulan dia terduduk kangkung di belakang pintu tersebut. Dia meliha wajah siapa yang buka pintu biliknya.

"Ish! Kau ni Lia, nasib baik tak terkepit jari kaki aku dekat pintu ni. Kau nak apa?" Soal Emysha sedikit kasar kepada adiknya.

"Jom keluar. Aku laparlah, aku dah ajak Kai dengan Nisya depa tengah bersiap kut" balas Emylia tanpa memperdulikan kata-kata Emysha sebentar tadi.

"Malaslah" Emysha memandang buku itu semula dan dia mengambil buku itu terus dia bangun berdiri, dia nampak Emylia memandangnya saling berganti dengan buku tersebut.

"Buku apa tu? Kenapa kau buang buku lama? Buang jelah. Buat semak bilik kau je" kata Emylia sambil mengikut kaki Emysha pergi ke arah katilnya.

"Kau kenapa tak siap lagi?" Soal Emysha tanpa menjawab soalan adiknya itu.

"Buku apa tu?" Ulang Emylia, dia juga tidak menjawab soalan kakaknya sendiri.

"Pergilah bersiap dulu" kata Emysha tenang.

"Buku macam album je" balas Emylia sambil memandang buku tersebut. Setahunya, kalau album hanya ada dekat rumah mama mereka sahaja. Tak pernah ada di rumah mereka, tetapi datang mana album lama ni?

Tiba-tiba Kaisara dan Danisya memasuk bilik Emysha membuatkan pandang kepada album tersebut terus memandang ke arah kedua-dua rakan mereka itu. Kaisara dan Danisya mendekati mereka.

"Korang ni kenapa tak siap lagi?" Soal Kaisara

"Tengok apa tu?" Soal Danisya pula

Mereka mendekati Emysha yang memegang buku tersebut. Emysha perlahan-lahan membuka buku tersebut kelihatan penuh dengan kenanang lama bersama arwah papa mereka. Papa mereka dan mama mereka rapat sebelum mereka lahir lagi.

Terasa rindu pula terhadapan arwah papa mereka, mereka tidak pernah tahu bagaimana papa mereka boleh meninggal dan kenapa papa mereka meninggal. Kerana perangai Miss TroubleMakers dan perangai yang mahu tahu akan sesuatu benda itu telah membuatkan mereka tidak tahu punca kematian arwah papa mereka. Oleh kerana itu, mereka seperti ini tahu sangat-sangat punca kematian arwah tetapi bagaimana? Mungkin mereka kena tanya kepada mama mereka.

Amymas membuka semua bahagian muka surat, memandang penuh dengan gambar mereka tiga keluarga itu. Ada satu gambar, gambar itu hanya gambar papa mereka yang bergambar bersama. Mungkin papa dengan mama mereka kawan dari sekolah rendah lagi, mungkin tetapi kenapa papa mereka pergi tinggalkan mereka?

"Rindu papa" tutur Danisya tiba-tiba.

Mereka hanya melihat kesemua gambar mereka bersama apabila sampai di muka surat belakang sekali mereka melihat ada sekeping surat. Mereka terus memandang satu sama lain.

"Bukalah baca" - Danisya

"Surat orang lah dey" kata Emylia

"Surat orang apa kalai dah ada dalam album tu mangkuk ayun. Mungkin surat papa ke surat mama ke atau pun surat kita.. ahh.. kan? Bukalah"

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now