🌺 - Bab 120

176 14 1
                                    

Beg dilempar diatas meja dengan kasar. Lucky Girls yang duduk disitu terkejut terus tangan mereka terangkat serentak. Amymas dipandang pelik. Nak marah pun janganlah libatkan kitorang bisik hati Sally.

"Kau okey ke?" Tanya Sally.

"Tak!" Pantas Emylia jawab

"Kau marah lagi ke?" - Sally

"Ha lah!" Jawab Emylia kasar

"Kau jumpa mama kau ke?"

"Yes! Dan aku dapat setempek penampar yang aku tak pernah rasa seumur hidup aku!" Jawab Danisya dengan pantas, Lucky Girls dipandang.

Biji mata Lucky Girls membulat kerana terkejut dengan kata-kata Danisya tu. Kena tampar? Omg! Danisya pandang semula.

"Ye ke kau tak pernah rasa?" Perli Zatty sambil senyum, sebelum ini Danisya pernah kena penampar dengan dia, dan Daniel.

"Maksud aku dari mama aku sendiri. Korang tu siapa pun aku tak kenal ada hati nak lempang aku.." Danisya

"Confirm kau melampau beb.." - Sally

"Memang pun! Aku jerkah mama aku sendiri! Aku perduli apa, aku sayang dia, aku percaya mama aku tapi tak sangka dia menipu aku hal yang macam ni.." nafas Danisya naik turun

"Dia cakap untuk kebaikan kitorang.. kebaikan konon.. lagi tambah kejahatan aku ada lah.." Emylia tidak memandang mereka, malah dia memandang ke kawasan lain.

"Tak baik lah kau kata mama kau macam tu. Kalau kau membuli tu aku sokonglah juga tapi ni kau cakap macam-macam dekat mama kau.. aku tak boleh nak sokong tau.." - Zatty

"Kisah apa aku.. ada aku minta sokongan aku? Tak ade kan.." Danisya berlagak sendiri, siap jeling lagi.

"Aku pun dapat penampar sebab jerit dekat mama aku, aku terus blah dari situ sebab aku rasa mama aku dah melampau pergi tampar aku" kata Kaisara pula.

"Wait.. kau kata mama kau melampau. Ini banyak tak sedar diri wey, kau tu yang melampau tau.." Kata Lucy sambil menunjuk ke arah Kaisara

Amymas hanya menjeling. Kawasan itu sunyi buat beberapa saat, kerana tiada seorang pun yang bersuara Lucy terus bersuara.

"So, kau nak buat apa sekarang ni?"

"Entah.. buat masa ni aku terfikir nak membuli Aminah dengan Saleha tu lah. Kalau aku rasa sakit hati sangat aku.." Daniaya memandang Lucky Girls "Aku pergi cari bapak diorang yang pembunuh tu"

Sally terkejut

"Hah??! Bahayalah bodoh, kau sendiri yang dengarkan Faizal kata bapak diorang tu kaki mabuk, kaki judi, kaki perempuan, minum ketum, hutang along pun ada juga.. lagi apa? Bahayalah.." kata Sally dengan wajah yang mula risau

"Buat masa ni.. aku rasa macam nak halau Mak Tom je dari rumah aku.. besar gemok.. besar gemok je aku tengok orang tua tu. Sekali Sufiah tu aku nak halau.." - Emylia

"Kau nak halau Piah? Eh.. Piah tak payahlah wey. Dia baiklah. Mak dia je yang jahat tak terkata. Lagi pun Piah tengah kerja kan sekarang.." tegur Zatty

"Entah.. aku serabut. Sufiah tu aku rasa di macam talam dua muka kau tahu tak? Mak jahat mestilah anak pun jahat.." balas Emylia.

"Ewah.. kau cakap macam tak sedar diri.." tegur Lucy

"Apa?" Emylia pelik

"Mak kau baik tapi kau jahat tak fikir pula? Nak cari kesalahan Piah tu apahal?" - Lucy

"Kau pun sama je. Lagi satu.. aku dengan Mak Tom sekali dengan Piah tu tak ada pertalian darah pun. Kenapa dia tak pergi cari keluarga dia je.. aku orang luar ni juga yang dia nak cari.. apahal.." bebel Emylia tak puas hati

Miss TroubleMakersDove le storie prendono vita. Scoprilo ora