🌺 - Bab 128

174 15 0
                                    


Emysha dan Danisya berjalan dalam keadaan selamba menuju ke arah pintu belakang rumah itu. Tunduk tidak, melihat kiri dan kanan pun tidak.

Sebaik sahaja muncul dipintu belakang. Mereka masing-masing mendiamkan diri dan Danisya tidak habis menjelingnya.

"Aku korek biji mata kau nanti, Nisya!" Beritahu Emysha tanpa menoleh ke arah Danisya langsung.

Danisya sedikit terkejut apabila Emysha berkata begitu. Dia tak pandang belakang dan macam mana dia boleh tahu, Danisya menjelingnya. Pada Emysha, dia sangat kenal perangai Danisya.

"Bukalah pintu tu.." kata Danisya sedikit perlahan, sambil memandang kiri kanan.

Danisya terfikir sesuatu..

"Eh jap.. yang aku pelik kenapa kita kena buat macam kita ni nak ceroboh rumah orang hah? Kenapa tak jumpa cara elok je?" Soal Danisya dengan wajah yang pelik. "Bolehlah diorang hidangkan minuman ke.."

"Sebab Aminah dengan Saleha sengaja taknak jumpa dengan kita.." balas Emysha bersahaja.

"Ouh gituew.. Kunci tak pintu tu?" Soal Danisya menjeling dan memandang menggunakan ekor mata "Bukalah cepat.." arah Danisya dengan berlagak.

"Kau nak arah-arah aku pula eh.. kau lah yang buka! Aku lagi tua dari kau!" Marah Emysha dengan tegas "Amboi ni..."

Danisya meleraikan tangan dari memeluk tubuh. Emysha dipandang dengan senyuman secara tiba-tiba, kemudian senyumannya tukar kepada muka sedih.

"Maaf kak.." Danisya menunduk muka dengan serba salah..

"Sekarang.. open the door!" Arah Emysha pula.

"Baik kak.."

"Kak Sha, Kunci ke tidak pintu ni?"

"Mana aku tahu! Bukalah!"

"Baik kak Sha sayang.."

Danisya mendekati pintu yang rasanya nak berkecai tidak lama lagi. Dia memegang timbul pintu tersebut dan lalu dipulas. Yes tidak kunci!

Dengan pantas, Danisya terus menolak pintu tersebut. Kelihatan Aminah dan Saleha sibuk menundukkan kepala mereka untuk sembunyi daripada Amymas.

Aminah dan Saleha terkejut apabila pintu dibelakang mereka dibuka begitu sahaja dari luar dan baru teringat yang mereka tidak kunci pintu itu, Aminah dan Saleha berlari memuju ke arah pintu utama.

Emysha dan Danisya mengejar mereka dirumah Aminah dan Saleha sendiri. Saleha membuka pintu utama itu tetapi mereka sangat terkejut apabila Emylia dan Kaisara pula yang terpacak dihadapan pintu itu sambi memegang kayu.

Aminah dan Saleha mengundur belakang sedikit dan mereka menoleh ke belakang melihat Emysha dan Danisya yang sibuk menghalang jalan mereka.

"Kau nak lari mana beb? Kau sengaja nak cari gaduh ke? Hah?!" Kasar Danisya bertanya kepada Aminah dan Saleha "Penatnya.. laju kau lari.." Nafas Danisya naik turut

"Hey! Aku datang sini nak jumpa bapak tak guna korang tu cara baik tau! Kau boleh buat aku kepenatan kejar korang dalam rumah korang sendiri apahal?!" Danisya geram, Danisya menjerit tiba-tiba membuatkan semua yang berada disitu terkejut.

"Kenapa kau nak kena lari? Aku bukannya bawak polis nak tangkap bapak tak guna kau tu!" - Emylia

"Aku lari sebab aku taknak gaduh dengan korang dan kenapa korang nak sangat jumpa dengan bapak kitorang hah? Apa yang diorang dah buat sampai dekat sini sekali korang datang?" Tegas Aminah bertanya.

Danisya menarik Aminah dan Saleha duduk dikerusi sofa milik mereka sendiri. Lalu sebelah kaki diletakkan diatas meja dengan biadab, yang berada dihadapan mereka itu. Sebelah tangannya, dia letak dipaha itu dan menunduk memandang Aminah dan Saleha saling berganti.

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now