🌺 - Bab 32

352 27 4
                                    

Habis sahaja waktu kelas, mereka terus keluar kilang kabut untuk mencari si Faizal. Kau ni kan Faizal, Aku dah cakap jangan nak lamar kawan aku.

Mesti di dalam hati kau tu ada cakap 'siapa kau nak halang aku suka,cinta Kaisara. Kau mak dia ke? Nenek dia ke?'.. ehh.. bukan mak dengan nenek ke aku ni kawan dia, kawan baik!

Kaisara pun tak minat mana-mana lelaki dekat kolej ni, atau pun dekat mana-mana tempat sekali pun, Kaisara memang tak ada terima. Emysha, Emylia dan Kaisara tak halang pun, Kaisara Tak Akan Terima!

Tapi.. nak kena ajar sikit orang yang tak faham bahasa macam diorang ni. Kenapa mereka serang Faizal? Sebab buat masa ni Faizal yang tak habis-habis datang dekat Kaisara.

Kalau ikutkan, waktu macam ni Faizal akan pergi makan dengan kawan-kawannya. Mereka terus berjalan ke arah kantin untuk mencari kelibat Faizal. Mereka nampak Faizal dengan beberapanya sedang lepak di meja hujung sekali.

Apalagi? Amymas terus pergi ke sana. Nak serang si Faizal ni. Biar malu sikit depan orang ramai yang ada dekat kantin ni. Kau berani buat kau beranilah tanggung malu, bro!

Separuh jalan nak pergi ke arah Faizal, mereka ternampak Lucky Girls ada di sana juga, meja Faizal duduk dengan meja Lucky Girls duduk hanya selang 3 meja. Lantaklah, diorang kisah apa nak serang Faizal depan semua orang termasuk Lucky Girls.

"Hey, Faizal!" Kuat suara Danisya memanggil Faizal, disebabkan suara Danisya semua memandang ke arah mereka.

Faizal mengeluh berat dia kenal sangat dengan Amymas, Amymas confirm akan serang dia mesti bersebab tapi kali ini mereka serang sebab apa? Faizal langsung tidak tahu apa apa.

Lucky Girls yang dengar itu memandang dengan pandangan yang pelik. Apa mereka nak buat dengan si Faizal ni, Faizal ni pun satu lah cinta Lucy dekat dia taknak ambil tahu.

"Aku nak tanya kau! Apa ni?" Danisya membaling kertas itu kepada Faizal, mendarat betul betul dekat hadapan Faizal.

Kawan-kawan Faizal hanya memandang dengan penuh kejutan. Perempuan marah lelaki? So cute. Mereka tengok reaksi Faizal membaca kertas itu.

"Tak payah nak baca lama lama lah. Ayat sendiri takkan tak ingat kut!" Balas Emylia pula.

"Aku tak.." belum Faizal berkata..

"Kau tak apa? Aku dah cakap jangan nak kacau Kaisara kan? Kau memang jenis tak faham bahasa ke nak kena hantar dekat tadika ke?" Marah Emylia.

"Excuse me. Yang patut kena hantar dekat tadika tu you guys bukan baby i! You ni kenapa nak kena serang baby i? Gila ke?" Tegur Lucy yang berdiri dibelakang Amymas, kini datanglah si penyebuk

"Kau cakap dekat boyfriend kau ni, jangan nak bagi apa-apa surat cinta pun dekat Kaisara sebab Amymas tak suka bercinta. Makin lama makin rimas dengan perkataan suka, cinta bagai" balas Emylia.

Lucy mengambil kertas itu dan baca.

"Hello! Ni bukan tulisan baby i okey!"

"Kau tahu mana tu bukan tulisan dia? Kau kelas dengan dia ke? Takkan"

"I tahu lah dia sebab baby i. I couple dengan dia.. kan baby?"

"Dah tahu couple dengan dia, tolonglah tegur dia jangan nak bagi surat cinta dekat Kaisara dan jangan nak ganggu dia. Tanya khabar pun tak payah" balas Emysha dengan tenang.

"Aku suka Kaisara bukan cintakan dia" balas Faizal tenang.

Lucy dan Kaisara terkejut. Nasib baik suka je, kalau suka aku pula yang serang kau, Kaisara Hazel ! soal Lucy dalam hati.

"Suka apanya dekat sini tulis cinta!" Emylia menunjuk kertas itu.

"Kau cakap apa tadi Faizal?" Kaisara ingin Faizal mengulangkan balik ayatnya.

Adakah si Kaisara ni rasa malu apabila Faizal hanya suka dan tidak cintakan dia? Yelah Kaisara ingat Faizal suka termasuklah cinta dia? Malu ke si Kaisara? Atau kecewa?

"Saya suka awak bukan cinta awak!" Balas Faizal.

"Seriusly?" Bulat biji mata Kaisara.

"Alhamdulilah! Ada juga orang yang tak cintakan aku. Bolehlah aku hidup aman!" Tetiba sahaja Kaisara membuat cara membaca doa.

"Tak payah nak awak-awak sangatlah dengan Kaisara! Aku bagi amaran dekat kau tau. Kalau kau still bagi, aku karate kau!" Kata Danisya dan terus pergi dari situ.

Danisya, Emylia sempat jelir lidah dekat Faizal sebelum pergi dari situ, Emysha hanya jeling dengan ekor mata manakala Kaisara sempat senyum sebelum mengikut yang lain.

Faizal, kawan-kawannya bersama Lucky Girls hanya memandang sehingga kelibat diorang hilang. Faizal mengeluh berat, apa ni? Surat ni bukan dia yang buat, bukan dia seorang sahaja yang minat Kaisara.

"Baby, i tahu you tak salah. I rasa Amymas tu gila lah baby"

"Gila gila pun cute bila marah" kata salah seorang kawan Faizal dengan senyuman.

"Cute? Muka kalah longkah pecah. I, Sally dengan Lucy lebih comel, cantik, cute, okey" balas Zatty dengan berlagak.

"Tah.. you tarik balik kata-kata you tu" ugut Zatty.

"Kalau tak?" Bidas kawan Faizal

"I boleh cekek you sampai keluar anak tekak! You ingat i tak berani ke?" Balas Zatty dengan pandangan yang tajam.

"Okey.. you all pun comel" mengalah juga kawan Faizal.

"Baby! Saman lah diorang tu"

"Tak payahlah" jawab Faizal. "I dengan you kan dah tak ada apa apa Lucy?"

"Sapa kata?" Selamba sahaja Lucy balas.

Faizal hanya menggeleng kepala. Ada juga perempuan akhir zaman yang berlagak tak suka dengan perkataan cinta dekat kolej ni? Tapi yang menyakitkan hati, aku yang jadi mangsa surat tu. Siapa sebenarnya pemberi yang sebenar?!







___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now