🌺 - Bab 16

474 32 2
                                    

Emysha, Emylia, Danisya dan Kaisara duduk di atas sofa yang empuk. Mereka memesan makanan apabila pelayan restoran itu datang kepada mereka. Masing-masing melepaskan geram kepada si Daniel itu. Bajet bagus! Macam dia baik sangat.

"Ish! Serabutlah aku dengan Daniel tu! Dia sapa nak tolak markah kita?!" Danisya melepaskan geram dan bengang yang teramat. Kalau ikutkan hati nak saja dia naikkan kaki dengan Daniel tu, nasib baik dia lagi tua!

"Entah! Sabar jelah dengan dia tu" Balas Emylia dengan tenang, kali ini dia sudah jadi seperti kakaknya. Selalu dia yang akan marah dahulu.

"Aku rasakan kita kena plan something lah" Sambung Emylia sambil tersenyum jahat. Yang lain memandang Emylia seperti berminat dengan cadangan itu.

"Tapi macam mana? Kau nak buat apa?" Tanya Kaisara kepada Emylia.

Muka mereka berubah. Yelah mereka nak buat apa kan? Mereka nak kenakan Daniel macam mana?

"Kita letak gam dekat kerusi dia" cadang Emysha sambil tersenyum.

"Tapi tu dah memalukan dia dah" balas Danisya membuat muka kesian.

"Ewahh.. dia memalukan kita dekat dewan tadi tak apa pula, nilah masa nak kenakan dia balik!" Emylia berkata dengan semangat.

"Kita beli 5 botol gam. And then kita tuang dekat kerusi dan meja dia, padan muka dia" kata Emysha sambil meneguk airnya.

"Lepas memalukan dia dengan senjata gam, kita buat dia malu dengan semua pensyarah yang ada pula tapi kita kenakan dengan cara yang lain pula" Kata Emylia dengan penuh semangat apabila ingin mengenakan seseorang.

"Depan pensyarah lain? Tak jahat sangat ke? Kesian dia" Kaisara tidak sampai hati ingin mengenakan lelaki itu didepan semua pensyarah.

"Jahat tak jahat tu belakang cerita. Dia dah malukan kita satu dewan kau tahu ke tak? Mestilah kau tahu, kau pun kena sekali" balas Emylia kepada Kaisara.

Kau ingat kau sorang je boleh malukan kami? Hey! Ini Amymas lah! Amymas boleh buat teruk lagi daripada tu. Kau tunggu jelah pakcik Daniel yang perasan bagus. Tak kena mana pun kau punya matang tu, perli kami bendul macam kau hebat sangat. Siap kau!

Mereka berbual dan mengutuk Daniel sambil menjamu selera. Semasa tengah berbual Emylia memandang kiri kanan sambil ketawa tiba tiba dia terpandang seseorang yang dikenali. Eh Daniel lah, Emylia memanggil mereka semua.

"Wey.. wey!" Emylia menepuk meja kuat sedikit untuk rakan yang lain.

Emysha, Kaisara dan Danisya memandang Emylia pelik .

"Daniel lah tu" Emylia menunjuk kearah Daniel bersama dengan seorang wanita tua. Mereka memandang ke arah yang ditunjuk oleh Emylia itu.

"Kita baru je mengutuk dia, panjang umur pendek akal" kata Kaisara

"Ni bukan panjang umur pendek akan tapi ni bakal melalui rasa malu suatu hari nanti, kau tunggu jelah Daniel!" Kata Danisya sambil senyum jahat. Dia memandang sahabat-sahabatnya saling bergilir

Emysha, Emylia, Kaisara faham maksud pandangan dan kata-kata Danisya sebentar tadi. Kita harus kenakan Daniel itu.

"Sebelum kenakan dia, sapa perempuan tu?" Tanya Emysha sambil memandang Daniel dan wanita itu. Yang lain turut sama memandang ke arah perempuan itu. Betul juga, tak nampak pun.

"Mana la aku tahu. Aku bukan anak dia" balas Danisya

"Tapi tak sangka ada orang tua nak dekat dia. Dia pum sama ja. Pergi couple dengan orang tua buat apa, tak sweet langsung" Emylia memandang ke arah mereka lagi.

"Orang tua jela yang nak dekat dia. Lagi satu bagus la pakcik dengan makcik couple." Perli Emylia lagi sambil ketawa sedikit.

"Jomlah" ajak Kaisara tiba-tiba.

Mereka memandang Kaisara dengan pelik. Kaisara memberi isyarat mata, barulah mereka faham apa maksud Kaisara itu, Kaisara mengajak mereka untuk kenakan Daniel semasa Daniel dengan wanita tua itu tengah dating.







___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersOnde histórias criam vida. Descubra agora