🌺 - Bab 11

524 34 3
                                    

Selepas habis subject pengajaran Puan Choung pada pukul 2 petang, giliran pensyarah baru itu yang mengajar mereka pula. Memang saat dinanti nantikan oleh mereka. Nak tengok juga siapa yang berani menolak markah mereka kan?

Pensyarah itu telah pun masuk ke kelas mereka, tapi mereka masih lagi berbual-bual dengan rancak. Tak sampai 2 saat, semua pelajar berdiri untuk memberi salam bersama sama tetapi Amymas langsung tidak berdiri malah berbual lebih rancak.

Habis sahaja mereka memberi salam, mereka masih lagi berbual tanpa memperdulikan orang lain. Cara mereka berbual itu memang menganggu keterangan orang lain. Bukan itu sahaja cara mereka duduk juga agak tidak sopan mengalahkan lelaki, ada yang letak kaki atas meja, ada yang letak atas kerusi sambil sandar. Kau ingat ni kolej bapak kau?

Suara deras mereka telah menyedarkan pensyarah baru itu. Pensyarah itu melihat ke arah suara yang amat bising itu.. makin lama makin terkejut sedikit diwajah lelaki itu.

Diorang bukan ke 4 orang perempuan biadap yang cari pasal dengannnya dekat shopping mall tu? Ehhh.. kenapa pula selama ni aku tak nampak dia? Tah-tah diorang budak yang dah lama ponteng, yang langsung tak datang tu. Lihat pada penampilan seperti sihat walafiat jee.. mesti kes sengaja taknak hadir ke kelas. Hampir dua minggu je mana mereka pergi? Bisik hati pensyarah.

Mereka masih lagi berbual rancak, senang kata dewan itu penuh sahaja dengan suara mereka.. cuba bayangkan dewan besar tu dengar suara mereka sahaja? Kuat tak kuat macam tu? Mereka masih lagi berbual. Tak reti hormat aku yang dah masuk ni ke? Ouh.. lupa memang tak reti pun sebab tu lah naik terjah je aku dekat shopping mall tu.

"Excuse me! Korang yang dekat belakang tu boleh senyap sikit tak? And please fokus in my class" suara pensyarah itu agak tegas.

"5 minit! 5 minit!" Kata Danisya tanpa memandang wajah pensyarah itu.

"10 minit! 10 minit!" Emylia menukar kata kata Danisya sambil ketawa.

"Excuse me! Saya bukan tiang tau! Jangan bersembang semasa kelas saya dan jangan melawan! Diam!!!" Suara pensyarah itu agak tegas sekali.

Pelajar lain hanya memandang Amymas dan Amymas memandang pensyarah itu dengan wajah yang tak puas hati! Kau nak apa jantan? Kacau mood kami je nak bersembang! Desis hati Amymas.

Wajah pensyarah itu seperti pernah lihat. Kau ni macam kenal je.. tapi dekat mana ehh? Ke halimunasi aku je? Soal Danisya dalam hati sambil mengaru dagunya..

"Wey.. macam kenal je tu" soal Danisya perlahan.

"Kan.. tapi dekat mana eh?" Soal Kaisara mengaru dagunya juga. Serius mereka kenal lelaki ni tapi tak ingat di mana.

"Entah" balas Emylia sepatah.

Suara mereka yang agak kuat itu juga boleh didengari oleh semua orang termasuk pensyarah itu. Mereka berbual agak kuat walaupun suara lembut. Tidak sampai 10 saat mereka memandang satu sama lain! Terkejut beruk, arggh mati macam nie! Mereka ternganga luas. Mereka menggosok mata mereka. Betul ke apa yang mereka nampak nie?

"Four people who haven't been to my class before. Did they come today?" Pensyarah itu sengaja tanya begitu.

"Yes Sir Daniel! Mereka ada datang" jawab salah seorang pelajar lelaki itu.

"Ok good! Lepas habis kelas, tolong jumpa saya ye" kata Daniel agak kuat.

Ouh Daniel rupanya nama dia! Nama macam orang tua, menyampah dengar, mereka memandang satu sama lain. Amymas menelan air liur, takut, seram sejuk.

"Kau lah ni! Pergi marah dia kenapa?" Rungut Kaisara tiba tiba. Takut juga lelaki tu kata apa apa nanti. Dah lah nak jumpa.

"Apa aku pula, korang pun sama je!" Marah Emylia taknak mengalah. "And kau yang jerkah dia" Sambung Emylia sambil menunjuk Kaisara.

"Ni semua salah korang! Kalau korang tak jerkah dia dulu ni semua tak akan jadi!" Kata Danisya pula.

"Kau pun sama!" Kata Kaisara dan Emylia serentak kepada Danisya. Danisya hanya jeling sedikit.

"Dah dah! Diam lah! Sekarang ni rilex rilex dulu, jangan nak kalut kalut sangat. Benda biasa je lah semua nie, dia berani ke marah kita?" Emysha menyoal dengan tenang, wahh hebatnya kamu, yakinnye kamu.

Emylia, Danisya dan Kaisara memandang Emysha yang senyum tanpa rasa takut. Cakap macam tak takut langsung. Last-last dia orang pertama yang lari bila kena marah.





___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now